29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupTiga anak muda Malaysia fasih borak dalam bahasa Korea pikat hati warganet

Tiga anak muda Malaysia fasih borak dalam bahasa Korea pikat hati warganet

Fenomena K-Pop sememangnya menjadi kegilaan majoriti golongan muda bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia.

Budaya Korea kini semakin meluas di mana kita dapat melihat rata-rata individu sanggup bersengkang mata demi menonton drama Korea mahupun mempelajari tarian kumpulan penyanyi terkenal. Bahkan, ada juga segelintir peminat Korea yang sanggup mengambil kelas untuk mempelajari bahasa Korea.

안녕힐미Hello Hilmi/YouTube

Misalnya baru-baru ini, telah tular sebuah video berdurasi lebih 6 minit memaparkan tiga sekawan warga Malaysia yang berborak di dalam bahasa Korea sepenuhnya.

Penularan video di TikTok ini telah berjaya mencuri perhatian orang ramai kerana kefasihan tiga anak muda ini di dalam bahasa asing itu.

안녕힐미Hello Hilmi/YouTube

Dalam video berkenaan, dikatakan ketiga-tiga anak muda yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan sedang rancak berbual dengan memperkenalkan diri masing-masing dan negeri kelahiran. Dikatakan mereka berasal dari Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan serta mempunyai kerjaya masing-masing di Malaysia.

Penularan video ini turut membuatkan warganet memberikan lambakan respon yang rata-ratanya memuji kelancaran ketiga-tiga mereka di dalam berbahasa Korea. Antara komen yang menarik adalah:

안녕힐미Hello Hilmi/YouTube

“Aku belajar bahasa Korea dalam 2 ke 3 tahun. Lepas itu dapat kawan pandai cakap Korea. Seronok mengumpat sebab tiada siapa faham”.

“Saya pun orang Kelantan tapi tak pandai cakap Korea”.

“Seronoknya boleh borak dalam bahasa Korea”.

Seronok melihat mereka berbahasa Korea dalam video di bawah ini :