33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaGaya HidupReaksi kucing terperangkap di atas pokok selama dua hari terhadap penyelamatnya buat...

Reaksi kucing terperangkap di atas pokok selama dua hari terhadap penyelamatnya buat warganet cair

Memelihara seekor kucing boleh diibaratkan seperti tanggungjawab yang besar kerana kita sanggup melimpahkan kasih sayang, masa, wang ringgit dan segalanya untuk si comel itu.

Jadi, apabila kita mendapati kucing kesayangan hilang tanpa jejak, hati pastinya akan menjadi resah kerana bimbang akan keselamatan si comel. Seperti si gebu yang bernama Picasso ini yang dikhabarkan telah terperangkap di atas pokok setinggi 50 meter selama dua hari!

The Dodo/Facebook

Menerusi satu video berdurasi 5 minit 19 saat yang tular di Facebook, kucing jantan ini telah berada di atas pokok berkenaan dalam keadaan yang membimbangkan. Kakinya menggeletar dengan agak kuat dan kucing malang ini juga dipercayai telah terdedah kepada hujan.

Tom yang berkhidmat sebagai penyelamat kucing telah segera datang ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan Picasso yang keletihan. Sebaik sahaja menghampiri Picasso, kucing ini terus mengiau dan Tom terus berkomunikasi dengan kucing itu bagi menenangkannya.

This image has an empty alt attribute; its file name is 220521_savecat_03.jpg
The Dodo/Facebook

Picasso juga kelihatan selesa seolah-olah mengetahui Tom berniat baik dan sedang berusaha untuk menurunkannya daripada pokok yang tinggi itu. Tom mengambil masa untuk mendapatkan kepercayaan Picasso sepanjang berada di atas pokok berkenaan.

The Dodo/Facebook

Setelah merasakan Picasso semakin tenang, Tom mengangkat Picasso perlahan-lahan dan menariknya, kucing ini langsung tidak memberontak mahupun meronta. Sebaliknya, kucing ini terus merangkul Tom dengan erat.

Sambil membelai kepala Picasso, Tom cuba memasukkan kucing jantan itu ke dalam jaring bagi menjamin keselamatannya ketika menuruni pokok berkenaan. Picasso kini selamat berada di pangkuan tuannya.

The Dodo/Facebook

“Saya rasa gembira kerana dapat mengembalikan Picasso dalam keadaan selamat kepada tuannya. Melihat sebuah keluarga bersatu semula adalah satu peristiwa yang tidak ternilai“.

Lihatlah betapa cemasnya Picasso ketika terperangkap :

The Dodo/Facebook

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI