Di angkasa lepas, cecair bergerak bebas di udara memandangkan tiada tarikan graviti di sana. Bagi mengatasi isu ini, saintis kemudian telah mencipta ‘ferrofluid’ atau cecair ferro.
Untuk pengetahuan anda, cecair ferro akan tertarik oleh daya magnet sehingga graviti tidak lagi diperlukan untuk mengawalnya.
Cecair ferro ini diperbuat daripada nanopartikel besi dan jika anda meletakkan medan magnet padanya, ia akan mengikuti garis medan magnet, menghasilkan bentuk lonjakan seperti di bawah.

The Action Lab/Facebook
Pendedahan cecair ferro kepada tenaga magnet yang kuat akan menghasilkan bentuk lonjakan seperti itu sebagai tindak balas terhadap medan magnet.
Menariknya, cecair tersebut akan kelihatan padat namun jika disentuh, ia masih lagi cecair. Oleh kerana ianya cecair, tekanan pada permukaan menghasilkan bentuk lonjakan yang seragam.

The Action Lab/Facebook
Namun apa yang berlaku jika cecair ferro ini dalam kuantiti yang banyak ‘bertemu’ dengan magnet bersaiz besar?
Difahamkan bahawa kekuatan tarikan magnet ini mencapai lebih kurang 1,000 paun dan hasilnya adalah seperti berikut.

The Action Lab/Facebook
Jika diletakkan tangan padanya, tangan berasa seperti terapung. Agak pelik kerana ianya adalah cecair namun terasa seperti pepejal.

The Action Lab/Facebook
Untuk video eksperimen penuh, anda boleh tonton di bawah :
The Action Lab/Facebook