26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 328

Idea transformasi pagar jadi meja untuk sesi minum petang bersama jiran dapat pujian ramai

0

Pada zaman dahulu, hidup berjiran merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan. Selain sering bertukar juadah lauk, hidup berjiran juga penting terutamanya apabila ada majlis keramaian seperti kenduri perkahwinan, kematian atau lain-lain.

Berbeza dengan zaman moden di mana semangat hidup berjiran tidak lagi diamalkan disebabkan oleh gaya hidup masyarakat kini yang sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk berbual dan membentuk perhubungan baik dengan jiran tetangga.

Facebook

Namun, bukan semua individu begitu. Masih terdapat sebilangan antara kita yang tetap ingin meneruskan tradisi hidup berjiran ini bagi memupuk permuafakatan antara satu sama lain.

Facebook

Seperti di dalam video berdurasi 1 minit 19 saat yang dikongsikan di Facebook ini. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat bagaimana individu-individu ini menjadikan pagar yang membahagikan kawasan rumah masing-masing sebagai meja pelbagai guna!

Facebook

Pada asalnya, ianya kelihatan seperti pagar kayu biasa. Namun, hasil pertukangan yang bagus, pagar ini berjaya diubah menjadi meja kayu dalam hanya beberapa detik sahaja. Ianya sesuai terutamanya dengan musim wabak yang melanda dunia ketika ini di mana kita semua digalakkan untuk duduk di rumah.

Facebook

Tetapi meskipun hanya duduk di rumah, kita masih boleh bermesra dengan jiran tetangga dengan adanya meja ini. Pasti seronok dapat berbual sambil menikmati hidangan minum petang. Memang menyeronokkan!

Facebook

Anjing di dalam video ini juga seronok apabila pagar itu ‘dibuka’. Dapatlah anjing ini berlari berkejaran ke rumah jiran sebelah juga!

Penyampai laporan kaji cuaca tidak dapat menahan ketawa apabila masalah teknikal berlaku dan menyebabkan dirinya ‘beranak-pinak’

0

Pekerjaan sebagai penyampai berita merupakan salah satu tanggungjawab yang besar kerana selain daripada perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu baru berkenaan isu semasa, mereka juga perlu kekal serius dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Hal ini demi memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah sahih dan tepat sekali gus dapat mengelakkan penyebaran berita palsu. Namun pada 18 Mei lalu, telah tular sebuah video di Facebook memaparkan gelagat seorang penyampai berita kaji cuaca yang berhadapan dengan satu situasi melucukan.

Facebook

Dalam video berdurasi 56 saat itu, ketika membuat laporan cuaca, seorang penyampai berita saluran Fox 9 dikatakan sedang berhadapan dengan situasi di mana telah berlakunya masalah teknikal pada skrin di belakangnya.

Secara langsung, isu teknikal ini membuatkan penampilan penyampai berita itu kelihatan melucukan ditambah dengan kesan grafik yang cukup menghiburkan.

Facebook

“Ini sangat melucukan. Apa yang sedang berlaku?”.

Facebook

Wanita ini yang pada awalnya kelihatan serius tidak dapat menahan ketawa apabila melihat dirinya di skrin dengan lebih daripada 10 bayangan. Dia turut bermain-main sambil melakukan aksi gerakan tangan dan badan dan ini sangat melucukan!

Facebook

Bukan sahaja dia, rakan penyampai lain turut terhibur melihat visual lucu ini dan turut kedengaran tertawa bersama. Isu teknikal ini berlanjutan selama hampir setengah minit dan sepanjang tempoh itu, wanita ini terpaksa menghentikan tugasnya kerana tidak dapat menahan ketawa.

Facebook

Malah, meskipun isu teknikal ini telah berjaya diselesaikan segera, wanita ini dan rakan penyampai masih belum boleh bertenang dan masih tertawa apabila menyaksikan segmen laporan kaji cuaca itu secara langsung ditayangkan ke seluruh negara. Pasti akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Lucu betul masalah teknikal ini:

Facebook

Tuan kecilnya menangis tidak berhenti ketika dimandikan, kucing ini bimbang bayi kecil itu ‘didera’ oleh neneknya

0

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling banyak ragam dan telatahnya. Terkadang telatah mereka yang selamba dan lucu boleh buatkan sesiapa pun tergelak.

Selain lucu, mereka juga adakalanya sangat berhati-hati dan memiliki sifat melindungi yang tinggi.

Contohnya seperti kucing di dalam video di bawah ini. Lihat sahaja kebimbangannya ketika melihat tuan kecilnya tidak berhenti menangis, tidak senang duduk dibuatnya.

Facebook
Facebook

Dia mungkin menyangka tuan kecilnya didera oleh neneknya sehingga dia terus menangis kuat sedangkan bayi itu sebenarnya sedang dimandikan oleh neneknya.

Jadi, dia mahu menyelamatkan bayi itu daripada terus ‘didera’. Dia siap mencuit bahu tuannya supaya tuannya berhenti dan tidak terus membuatkan bayi kecil itu menangis.

Facebook
Facebook

Namun begitu, bayi kecil itu terus menangis ketika neneknya membersihkannya dan hal ini membuatkan kucing hitam itu tidak boleh bersabar lagi.

Dia kemudian mencuit lagi bahu tuannya sebelum dia memutuskan untuk menggigit bahu wanita itu dalam usaha untuk ‘menyelamatkan’ bayi tersebut.

Apa yang dilakukan kucing ini jelas menunjukkan dia mempunyai sifat melindungi yang tinggi.

Sifat kucing dalam video ini saling tak tumpah seperti memiliki sifat keibuan.

Tidak mahu turun dari motosikal, Oyen ‘paksa’ kakak ini bawanya jalan-jalan sebelum selamba meninggalkan wanita itu di luar surau

0

Siapa tidak kenal dengan Oyen? Kucing yang sememangnya banyak ragam dan hal. Bukan hanya di Malaysia, spesies berwarna oren ini sangat terkenal dengan kenakalannya di seluruh dunia. Sangat terkenal bukan?

Facebook
Facebook

Baru-baru seekor Oyen dikatakan membuatkan lagi ‘onar’ sehingga menyebabkan seorang wanita terpaksa mengikut kehendaknya. Apa yang berlaku ialah kucing tersebut telah naik ke atas motosikal seorang wanita yang memberikannya makan di tepi sebuah jalan.

Selepas diberi makan kucing tersebut terus naik ke atas motosikal tanpa dijemput dan langsung tidak mahu turun walaupun dipaksa. Dia bahkan kelihatan sangat garang dan tidak mahu wanita tersebut menyentuhnya.

Facebook
Facebook

Jadi, mahu tidak mahu wanita tersebut terus membawanya berjalan menaiki motosikal dan menghantarnya ke rumah tuannya seperti yang diminta oleh seorang pak cik. Namun, apabila mereka sampai di rumah tersebut Oyen tetap tidak mahu turun.

Facebook

Akhirnya wanita tersebut menghantar Oyen ke sebuah surau selepas seorang pak cik memintanya untuk dihantar ke sana. Oyen akhirnya turun juga dari motosikal dan terus masuk ke dalam surau tanpa menoleh ke belakang lagi.

Sudahlah paksa orang bawanya jalan-jalan, ucap terima kasih pun tidak. Dasar Oyen!

Lihatlah perangai Si Oyen dalam video ni, memang tidak boleh tahan dengan perangainya.

PKP 3.0: Perniagaan hanya dibenarkan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam

0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Di bawah PKP 3.0 yang lebih ketat, perniagaan hanya akan dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Selain itu, peningkatan penguatkuasaan dan lebih banyak sekatan jalan yang akan dilaksanakan sepanjang PKP kali ini.

Di samping itu, Ismail berkata akan ada pengurangan yang signifikan terhadap jumlah orang yang bekerja dari pejabat apabila sebanyak 80% daripada sektor awam akan mula bekerja dari rumah.

“Keupayaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT akan dikurangkan kepada 50% daripada kapasiti asalnya,” katanya semasa sidang akhbar semalam, 22 Mei.

@bernamadotcom/Twitter

Cuaca sejuk ekstrem di China mengorbankan 21 peserta maraton

0

Seramai 21 orang peserta maraton dilaporkan meninggal dunia setelah cuaca melampau melanda di daerah Gansu, Barat Laut China.

Maraton sejauh 100 kilometer itu bermula pada pagi 21 Mei lalu dengan keadaan yang baik dan cerah namun semuanya berubah selepas jam 1 petang.

Hujan dilaporkan turun bersama ais dan juga angin kencang sekaligus menganggu aktiviti larian berkenaan, lapor Global Times.

Penurunan suhu mendadak di Yellow River Stone Forest menyebabkan peserta mengalami hipotermia, sementara beberapa pelari yang lain dilaporkan hilang.

Twitter

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur kemudiannya menghentikan perlumbaan dan melancarkan pasukan pencarian untuk mencari peserta.

Operasi pencarian itu difahamkan masih diteruskan meskipun hari sudah beransur gelap, memandangkan sebilangan peserta hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T.

“Saya sehinggakan tidak dapat merasai jari saya sendiri kerana keadaan begitu sejuk. Lidah saya pula seakan turut membeku”, kata seorang peserta.

@Reuters/Twitter

Salah seorang mangsa, Liang Jing turut dijumpai meninggal dunia. Beliau adalah pelari maraton yang terkenal di China.

Beliau sebelum ini kerap kali menyertai larian maraton sebegini dan digemari oleh komuniti larian maraton. Liang Jing juga merupakan Naib Juara untuk acara ini dua tahun lalu.

Twitter

Janet Ng selaku Pengarah Hong Kong 100 Ultra Marathon dalam pada itu enggan mengulas lanjut tetapi sempat menzahirkan rasa sedih dengan kejadian itu.

Sehingga pagi 23 Mei, seramai 151 daripada 172 orang peserta dilaporkan selamat, dengan 8 daripadanya kini berada di hospital.

Bapa mainkan alunan muzik klasik piano dari anaknya lahir sehingga kini, hasilnya pasti membuatkan semua bapa teringin untuk ada kenangan sama dengan anak sendiri

0

Muzik memberikan sentuhan peribadi bergantung kepada interpretasi seseorang ketika menjiwai muzik.

Kepelbagaian muzik juga dapat membuatkan seseorang jatuh cinta dan mengalami pelbagai emosi. Hal ini kerana muzik bukan sahaja dapat membuatkan kita lebih tenang tetapi juga ditafsirkan sebagai medium untuk menghilangkan kesakitan.

Paul Barton yang merupakan ahli muzik dari British menjadikan minatnya terhadap muzik untuk diwarisi anak perempuannya dengan cara yang cukup unik. Sejak puterinya itu dilahirkan, Paul akan memainkan alunan muzik piano yang merdu setiap kali ada kesempatan.

Facebook

Paul akan bermain piano untuk anak gadisnya itu setiap hari dari usianya masih bayi sehinggalah kini sudah mencecah lima tahun. Tidak kira sama ada ketika sedang mendodoikan anaknya untuk tidur, ketika waktu lapang mahupun ketika sedang bermesra dengan anaknya.

Dalam erti kata lain, anak Paul telah didedahkan dengan pengaruh muzik dan bunyi piano sejak kecil dan si comel ini juga kelihatan seperti menunjukkan minat yang sama seperti bapanya.

Facebook

Ke mana sahaja bapanya pergi, pasti anak ini juga akan turut serta bersama dengan piano di sisi. Apabila sudah meningkat usia, anak kecil ini mula melatih jari-jemarinya dengan melakukan pergerakan sewaktu bapanya sedang mengalunkan muzik dari piano.

Facebook

Tidak berapa lama kemudian, pada penghujung video ini memaparkan kemahiran anak kecil ini dalam memainkan lagu kegemarannya yang berjudul ‘Moon River’ dengan menggunakan alat muzik melodeon. Lebih menakjubkan lagi, si kecil ini berjaya mewarisi bakat bapanya dan memainkan alat muzik itu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

Facebook

Berkat tunjuk ajar Paul dan kuasa muzik, anak kecil ini berjaya menguasai alat muzik hanya pada usianya yang baru mencecah lima tahun! Dia bukan sahaja berpotensi menjadi ahli muzik ternama suatu masa nanti tetapi dia juga mewarisi bakat bapanya yang menakjubkan!

Facebook

Paul Barton telah berjaya mencipta memori terindah dengan memainkan lagu-lagu klasik di samping mendidik anak kesayangannya untuk mengikuti jejak langkahnya di persada muzik. Semoga maju jaya buat adik ini.

Rakaman video yang sungguh mempesonakan :

Facebook

“Jangan salahkan diri kamu jika ibu akhirnya tidak bangun” luah seorang ibu sebelum diintubasi

0

Saban hari kes positif COVID-19 di negara kita semakin bertambah dan baru-baru ini angka kes harian melebihi 6,000 buah kes sehari. Hal ini sangat membimbangkan semua terutama mereka yang bertungkus lumus bekerja di barisan hadapan.

Pastinya pelbagai pengalaman yang menyedihkan terpaksa dilalui oleh mereka. Melihat kematian setiap hari pastinya membuatkan hati mereka tersentuh.

Gambar Hiasan/Unsplash

Seorang doktor dari Hospital Serdang, Dr Timothy Lau, berkongsi detik yang memilukan antara seorang pesakit dan anaknya beberapa saat sebelum dia diintubasi.

Dalam catatan Instagramnya, doktor tersebut ada mengatakan bahawa sebelum mengintubasi pesakitnya, dia selalu memberi mereka masa untuk menghubungi orang yang mereka sayangi.

timothylau_qs/Instagram

Suatu hari, seorang wanita menghubungi anak lelakinya sebelum dia diintubasi dan mengatakan, “ibu tidak menyalahkan kamu kerana membawa pulang covid ke rumah. Jangan salahkan diri kamu sekiranya ibu akhirnya tidak bangun.”

Pastinya kata-kata itu sangat menyedihkan hati sesiapa pun yang mendengarnya. Bayangkan seorang ibu yang sedang berjuang untuk hidup tidak pernah sedikit pun menyalahkan anaknya kerana membawa wabak penyakit pulang ke rumah.

Pengajaran buat semua, terus duduk di rumah dan jangan keluar tanpa ada keperluan. Kelak, apabila negara kita sudah pulih dari wabak ini, pulanglah kepada keluarga yang setia menunggu…

Seronok menari untuk dapatkan aiskrim percuma, telatah lucu kanak-kanak ini boleh buatkan anda rasa ingin menari sama

0

Siapa sahaja yang tidak suka akan aiskrim? Lebih-lebih lagi kalau dapat dinikmati ketika cuaca panas dan bahang, memang terbaik!

Tapi, anda tahu apa yang lebih menyeronokkan? Ya, kalau dapat aiskrim secara percuma, memang bertambahlah selera ketika menikmatinya!

Facebook

Jadi, untuk dapatkan aiskrim percuma, sekumpulan kanak-kanak di dalam video ini nampaknya sanggup untuk menari sakan. Dalam keadaan beratur di dalam barisan mereka satu persatu menari bersama seorang wanita yang sedang menjaga peti sejuk aiskrim tersebut.

Facebook
Facebook

Apa yang menariknya, wanita tersebut turut menari bersama mereka. Suasana ceria dengan lagu dan tarian mereka sudah tentu buatkan ramai yang turut teruja.

Kalau anda berada di sana, anda mungkin akan mahu menari bersama mereka!

Betapa seronoknya melihat mereka menari bersama dalam video ini.

Petugas barisan hadapan hampir pitam akibat berjemur bawah matahari terlalu lama ketika bertugas

0

Hari demi hari, kita dapat menyaksikan peningkatan jumlah kes virus Parti Komunis China (PKC) atau COVID-19 yang semakin membimbangkan. Tanggal 21 Mei 2021 mencatatkan sebanyak 6,493 jumlah kes baharu dengan 50 kematian.

Peningkatan jumlah pesakit setiap hari membuatkan ramai golongan petugas barisan hadapan kita tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa masing-masing apabila segelintir individu bertindak menuduh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanipulasikan data dan ujian calitan.

@kangjery97/Twitter

Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang warganet telah memuat naik satu video pendek memaparkan seorang petugas barisan hadapan yang terpaksa disiram dengan air selepas hampir pitam akibat berada di bawah terik matahari pada jangka masa yang lama.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Jery Alif Haiqal (@kangjery97) memuat naik video berkenaan bagi mengkritik tindakan sebilangan individu di media sosial yang sering melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap pihak KKM.

@kangjery97/Twitter

“Kepada mereka yang sering menuduh KKM memanipulasi data, tipu keputusan ujian calitan. Kau fikir aku suka-suka nak berpanas bawah matahari? Sampai nak pitam sampai kena jirus air. Kau tak hadap nak kena tengok budak kecil meraung menggelupur sebab sakit nak kena swab. Trauma tahu tak?!”.

Memetik kenyataan Jery dari World of Buzz, Jery yang bekerja sebagai Pembantu Kesihatan Awam di Johor memaklumkan bahawa peningkatan kes membuatkan mereka terpaksa mengerah barisan petugas hadapan dari jabatan lain untuk sama-sama membantu.

This image has an empty alt attribute; its file name is 220521_frontliner_02-1024x664.jpg
@kangjery97/Twitter

Jery turut mengingatkan rakyat Malaysia untu bersatu padu bagi memutuskan rantaian virus PKC ini memandangkan Malaysia kini sedang berada pada titik genting. Justeru, anda semua diingatkan untuk kekal berada di rumah dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Teruskan berdoa untuk kami. Ia mungkin tidak membawa makna besar pada anda tetapi ia sangat bermakna bagi kami”.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.