Siapa tidak kenal dengan Oyen? Kucing yang sememangnya banyak ragam dan hal. Bukan hanya di Malaysia, spesies berwarna oren ini sangat terkenal dengan kenakalannya di seluruh dunia. Sangat terkenal bukan?


Baru-baru seekor Oyen dikatakan membuatkan lagi ‘onar’ sehingga menyebabkan seorang wanita terpaksa mengikut kehendaknya. Apa yang berlaku ialah kucing tersebut telah naik ke atas motosikal seorang wanita yang memberikannya makan di tepi sebuah jalan.
Selepas diberi makan kucing tersebut terus naik ke atas motosikal tanpa dijemput dan langsung tidak mahu turun walaupun dipaksa. Dia bahkan kelihatan sangat garang dan tidak mahu wanita tersebut menyentuhnya.


Jadi, mahu tidak mahu wanita tersebut terus membawanya berjalan menaiki motosikal dan menghantarnya ke rumah tuannya seperti yang diminta oleh seorang pak cik. Namun, apabila mereka sampai di rumah tersebut Oyen tetap tidak mahu turun.

Akhirnya wanita tersebut menghantar Oyen ke sebuah surau selepas seorang pak cik memintanya untuk dihantar ke sana. Oyen akhirnya turun juga dari motosikal dan terus masuk ke dalam surau tanpa menoleh ke belakang lagi.
Sudahlah paksa orang bawanya jalan-jalan, ucap terima kasih pun tidak. Dasar Oyen!
Lihatlah perangai Si Oyen dalam video ni, memang tidak boleh tahan dengan perangainya.