Pada zaman dahulu, hidup berjiran merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan. Selain sering bertukar juadah lauk, hidup berjiran juga penting terutamanya apabila ada majlis keramaian seperti kenduri perkahwinan, kematian atau lain-lain.
Berbeza dengan zaman moden di mana semangat hidup berjiran tidak lagi diamalkan disebabkan oleh gaya hidup masyarakat kini yang sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk berbual dan membentuk perhubungan baik dengan jiran tetangga.
Namun, bukan semua individu begitu. Masih terdapat sebilangan antara kita yang tetap ingin meneruskan tradisi hidup berjiran ini bagi memupuk permuafakatan antara satu sama lain.
Seperti di dalam video berdurasi 1 minit 19 saat yang dikongsikan di Facebook ini. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat bagaimana individu-individu ini menjadikan pagar yang membahagikan kawasan rumah masing-masing sebagai meja pelbagai guna!
Pada asalnya, ianya kelihatan seperti pagar kayu biasa. Namun, hasil pertukangan yang bagus, pagar ini berjaya diubah menjadi meja kayu dalam hanya beberapa detik sahaja. Ianya sesuai terutamanya dengan musim wabak yang melanda dunia ketika ini di mana kita semua digalakkan untuk duduk di rumah.
Tetapi meskipun hanya duduk di rumah, kita masih boleh bermesra dengan jiran tetangga dengan adanya meja ini. Pasti seronok dapat berbual sambil menikmati hidangan minum petang. Memang menyeronokkan!
Anjing di dalam video ini juga seronok apabila pagar itu ‘dibuka’. Dapatlah anjing ini berlari berkejaran ke rumah jiran sebelah juga!