Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling banyak ragam dan telatahnya. Terkadang telatah mereka yang selamba dan lucu boleh buatkan sesiapa pun tergelak.
Selain lucu, mereka juga adakalanya sangat berhati-hati dan memiliki sifat melindungi yang tinggi.
Contohnya seperti kucing di dalam video di bawah ini. Lihat sahaja kebimbangannya ketika melihat tuan kecilnya tidak berhenti menangis, tidak senang duduk dibuatnya.


Dia mungkin menyangka tuan kecilnya didera oleh neneknya sehingga dia terus menangis kuat sedangkan bayi itu sebenarnya sedang dimandikan oleh neneknya.
Jadi, dia mahu menyelamatkan bayi itu daripada terus ‘didera’. Dia siap mencuit bahu tuannya supaya tuannya berhenti dan tidak terus membuatkan bayi kecil itu menangis.


Namun begitu, bayi kecil itu terus menangis ketika neneknya membersihkannya dan hal ini membuatkan kucing hitam itu tidak boleh bersabar lagi.
Dia kemudian mencuit lagi bahu tuannya sebelum dia memutuskan untuk menggigit bahu wanita itu dalam usaha untuk ‘menyelamatkan’ bayi tersebut.
Apa yang dilakukan kucing ini jelas menunjukkan dia mempunyai sifat melindungi yang tinggi.
Sifat kucing dalam video ini saling tak tumpah seperti memiliki sifat keibuan.