Pekerjaan sebagai penyampai berita merupakan salah satu tanggungjawab yang besar kerana selain daripada perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu baru berkenaan isu semasa, mereka juga perlu kekal serius dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Hal ini demi memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah sahih dan tepat sekali gus dapat mengelakkan penyebaran berita palsu. Namun pada 18 Mei lalu, telah tular sebuah video di Facebook memaparkan gelagat seorang penyampai berita kaji cuaca yang berhadapan dengan satu situasi melucukan.

Dalam video berdurasi 56 saat itu, ketika membuat laporan cuaca, seorang penyampai berita saluran Fox 9 dikatakan sedang berhadapan dengan situasi di mana telah berlakunya masalah teknikal pada skrin di belakangnya.
Secara langsung, isu teknikal ini membuatkan penampilan penyampai berita itu kelihatan melucukan ditambah dengan kesan grafik yang cukup menghiburkan.

“Ini sangat melucukan. Apa yang sedang berlaku?”.

Wanita ini yang pada awalnya kelihatan serius tidak dapat menahan ketawa apabila melihat dirinya di skrin dengan lebih daripada 10 bayangan. Dia turut bermain-main sambil melakukan aksi gerakan tangan dan badan dan ini sangat melucukan!

Bukan sahaja dia, rakan penyampai lain turut terhibur melihat visual lucu ini dan turut kedengaran tertawa bersama. Isu teknikal ini berlanjutan selama hampir setengah minit dan sepanjang tempoh itu, wanita ini terpaksa menghentikan tugasnya kerana tidak dapat menahan ketawa.

Malah, meskipun isu teknikal ini telah berjaya diselesaikan segera, wanita ini dan rakan penyampai masih belum boleh bertenang dan masih tertawa apabila menyaksikan segmen laporan kaji cuaca itu secara langsung ditayangkan ke seluruh negara. Pasti akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Lucu betul masalah teknikal ini: