25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 10, 2026
Utama Blog Laman 324

Bapa terkejut dan puas hati apabila anak-anak hadiahkan tilam baharu sempena hadiah hari jadi

0

Bilakah kali terakhir anda memberi hadiah kepada ibu bapa anda? Sebenarnya, bukan hadiah yang menjadi kayu ukur untuk menentukan kasih sayang tetapi ingatan anda kepada merekalah yang membuatkan ibu bapa terharu dengan pemberian anda.

Bukan semua ibu bapa mahukan kereta mewah mahupun rumah yang besar sebagai hadiah, tetapi cukuplah sekadar anda sentiasa berada di sisi menemani usia tua mereka.

JukinMedia

Tular sebuah video memaparkan gelagat seorang warga tua yang kelihatan terkejut dan terkesima dengan pemberian yang ikhlas daripada anak-anaknya. Dalam video berdurasi 2 minit 25 saat itu, anda dapat lihat bapa ini sedang duduk di atas tilam seperti rutin kebiasaan.

JukinMedia

Anaknya kemudian meminta lelaki ini untuk duduk di bahagian tengah katil dengan harapan bapanya dapat merasai perbezaan yang ada pada tilam baharu itu. Namun apakan daya, lelaki ini masih belum dapat menangkap klu yang diberikan oleh si anak.

“Kenapa ayah duduk di hujung katil? Cuba duduk di tengah. Wah, pernahkah ayah duduk di atas katil seperti itu sehingga kaki ayah tidak menyentuh lantai?”.

JukinMedia

Bapa ini kemudian mula menekan di bahagian tengah tilam dan bertanya kepada anak perempuannya sama ada tilam yang sedang didudukinya itu adalah tilam yang sama.

“Adakah ini tilam yang sama? Awak pasti? Rasa seperti lain!,” tanya bapa ini.

JukinMedia

Dia kemudian diminta untuk berbaring di atas tilam baharu itu dan dengan serta-merta, bapa ini terus terpegun setelah menyedari kelembutan dan betapa empuknya tilam tersebut.

Anaknya turut menjelaskan bahawa tilam baharu itu adalah pemberian kesemua anak-anaknya setelah si bapa pernah menyampaikan hasrat untuk mendapatkan tilam baharu sebagai hadiah hari jadi.

JukinMedia

Lihatlah reaksi comel bapa ini dalam video ini. Betapa seronoknya dia menguji ketahanan tilam itu dengan melantunkan badannya.

Macam kanak-kanak kecil pula. Comel betul! Pasti bapa ini akan terus menghargai pemberian anak-anaknya setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur.

‘Teman’ bapa buat persembahan, si kecil ini dapat perhatian ramai dengan telatah comelnya ketika menari di atas pentas

0

Terkadang telatah anak kecil memang sukar diduga. Ada sahaja perbuatan mereka yang buatkan ramai tergelak lucu. Dengan kecomelan dan riak selamba mereka boleh buatkan semua orang mula jatuh hati padanya.

Lihat sahaja anak kecil ini sebagai buktinya. Selepas menonton video di bawah ini anda juga pasti akan mula geram dengan kecomelannya.

Facebook
Facebook

Apa yang berlaku ialah si kecil ini telah berlari ke tengah pentas di mana bapanya, Coffey Anderson, sedang menyanyi dan bermain gitar. Tidak hanya itu dia juga sepertinya sangat seronok mendengar muzik tersebut sehingga membuatkan dia terus menari.

Tingkahnya telah membuatkan penonton bersorak. Sepertinya orang ramai mula memberi perhatian mereka kepada si comel ini.

Facebook

Tidak lama selepas itu dia berlari ke sisi pentas dan terus menarik sebelum masuk semula ke tengah pentas dan menari pula bersama bapanya. Nampak benar dia sedang menikmati momen-momen tersebut sehingga dia tidak menghiraukan orang lain.

Facebook
Facebook

Kalau budak kecil lain mungkin mereka berasa takut atau malu berhadapan dengan orang ramai tetapi berbeza sekali dengan anak penyanyi ini. Mungkin dia mewarisi bakat penghibur daripada ayahnya!

Lihatlah gelagat si kecil itu, comel sungguh melihatnya menari :

Anak lelaki Michael Jackson teruja ceritakan pengalaman membesar bersama bapa

0

Siapa tidak kenal dengan penghibur antarabangsa mendiang Michael Jackson yang sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Namun begitu, dunia dikejutkan dengan kematiannya pada tahun 2009.

Twitter

Buat ramai yang tidak tahu Michael Jackson memiliki tiga orang anak melalui dua perkahwinan. Ramai mungkin mengenali Paris, anak sulungnya yang kini memulakan kerjayanya sebagai model tetapi ramai yang tidak mengenali anak lelakinya yang jarang ditemu ramah iaitu Prince Jackson yang kini sudah menginjak usia 24 tahun.

princejackson/Instagram

Beberapa bulan kebelakangan ini, Prince ada tampil dalam sebuah wawancara bersama FOX Soul dan bercerita mengenai pengalaman hidupnya bersama bapanya. Katanya dia pernah ke Timur Tengah bersama bapanya ketika dia masih kecil.

princejackson/Instagram

Ketika itu dia masih tidak faham yang bapanya merupakan seorang selebriti. Ketika dia berkunjung ke Timur Tengah dia menyaksikan ramai orang yang datang untuk berjumpa dengan mereka.

Ketika dia berumur 10 atau 11 tahun dia menyaksikan persembahan pentas bapanya dalam sebuah ‘tour’ muzik. Pada masa itu terdapat ‘lautan’ ramai penonton yang menyaksikan persembahan tersebut sehingga ada yang pengsan.

princejackson/Instagram

Prince kemudian bertanya kepada bapanya, “mengapa mereka (penonton) pengsan? Saya melihat ayah setiap hari tetapi saya tidak pengsan.” Ketika itulah baru dia faham bahawa bapanya disayangi oleh ramai orang.

Apabila ditanya mengenai genre muzik yang didengari ketika membesar Prince memberitahu bahawa dia mendengar pelbagai jenis muzik, termasuk lagu-lagu yang terkenal serta lagu-lagu klasik. Antara lagu klasik yang didengari ialah lagu-lagu Mozart dan Beethoven. Sebagai seorang artis, bapanya sendiri juga meminati pelbagai genre muzik.

princejackson/Instagram

“Dan ayah saya juga akan mengatakan sesuatu seperti, ‘Saat kamu berhenti belajar adalah saat kamu akan mula mati.’ “

Prince mendapat kelulusan Ijazah Perniagaan dengan kepujian (cum laude) dari Universiti Loyola Marymount University pada tahun 2019.

Kecil lagi sudah mahir memasak persis tukang masak profesional. Lihatlah cara dia siang ikan, bukan semua orang boleh buat!

0

Masihkah anda ingat zaman kanak-kanak anda yang riang gembira? Setiap petang anda pasti akan keluar bermain dengan rakan-rakan dan menghabiskan kebanyakan masa dengan berseronok da pada usia berapa anda mula membantu ibu bapa melakukan kerja rumah?

Kebiasaannya kita cuma akan melakukan kerja rumah apabila disuruh dan itu pun setakat menjadi pembantu sahaja. Tetapi melihat bakat dan kehebatan kanak-kanak lelaki ini di dapur pasti membuatkan anda turut terkesima!

Sebuah akaun Facebook yang dikenali sebagai Be With You telah memuat naik video berdurasi 3 minit 19 saat memaparkan kehandalan seorang kanak-kanak lelaki dalam menyediakan juadah. Bukan sekadar membantu, kanak-kanak ini turut mengambil alih sepenuhnya tugas memasak di dapur.

Lihatlah caranya menyiang ikan, sungguh mahir dan kelihatan seperti seorang tukang masak profesional! Sedangkan ibu-ibu kita yang sekian lama berada di dapur pun belum tentu tahu menyiang ikan seperti itu!

Selain mahir menggunakan pisau, kanak-kanak ini juga tidak kekok apabila berada di dapur yang panas. Lihatlah gayanya ketika memegang kuali itu, gelagat macam orang dewasa. Memang berani!

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video itu berjaya menarik sehingga 144K tanda suka dan 19 juta tontonan. Kebanyakan pengguna Facebook lain memuji bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak ini selain yakin akan masa depannya.

“Dia akan jadi teman lelaki, suami, bapa dan tukang masak yang bagus. Sudah jelas dia sangat berbakat”.

“Budak yang berbakat. Pasti keluarganya sangat berbangga dengan budak lelaki ini”.

‘Segelintir kanak-kanak hanya tahu bermain telefon pintar. Kanak-kanak ini dibesarkan dengan baik”.

Lee, 20 tahun guna kuasa media sosial dengan harapan dapat bertemu ibu bapa kandung

0

Dalam hidup ini, tidak semua orang dilahirkan dengan nasib yang baik. Ada segelintir individu dilahirkan dengan kecacatan fizikal, menghidap penyakit kronik dan ada juga yang lahir tanpa berpeluang mengenal ibu bapa kandung sendiri.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rain Lee Lin Jun dengan nekadnya telah berkongsi kisah hidup di media sosial dengan harapan yang satu iaitu untuk bertemu dengan ibu bapa kandung. Menurut Lee, dia telah diberikan kepada keluarga angkat sebaik sahaja dilahirkan dan tidak lagi mendengar sebarang perkhabaran mengenai kedua orang tuanya.

“Saya mengumpul keberanian dan semangat untuk berkongsi kisah ini. Saya menghabiskan masa bertahun-bertahun memikirkan tentang keluarga kandung dan sama ada saya memiliki adik-beradik mahupun sepupu”.

Sumber : Facebook

Tambah Lee lagi, “Saya cuma berharap agar dapat mengenali anda. Seumur hidup saya tertanya-tanya”.

Dilahirkan pada 5 Oktober 2001 di Pusat Perubatan Bangsar, Lee menjelaskan bahawa keluarga angkatnya memberikan hadiah istimewa kepada ibu kandung sebagai tanda penghargaan. Namun begitu, mereka tidak pernah bersemuka sebaliknya menyerahkan hadiah tersebut kepada doktor untuk diberikan kepada ibunya.

Dalam usaha untuk mencari identiti ibu kandungnya, Lee pernah berjumpa dengan doktor yang bertanggungjawab dalam menyambut kelahirannya namun ia tidak membawa kepada sebarang hasil memandangkan doktor tersebut tidak lagi berkhidmat di klinik berkenaan selain tidak menyimpan sebarang rekod. Lee turut menjalani ujian DNA dan mendapati dua pupunya memiliki nama keluarga yang bermula daripada Lim, Wong, Tan atau Chen dan Sim atau Shen.

“Kepada keluarga angkat saya, jangan berkecil hati. Dengan apa yang sedang berlaku di dunia sekarang, saya putuskan bahawa saya tidak boleh menunggu lagi. Setiap hari saya memikirkan sekiranya sesuatu terjadi kepada ibu bapa kandung saya dan saya tidak akan berpeluang untuk menemui mereka”.

Sumber : Facebook

Perkongsian yang dimuat naik pada 27 Mei itu sehingga kini telah menarik sehingga 1.1K perkongsian di mana rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada Lee selain mendoakan anak muda itu dapat bertemu semula dengan keluarga tercinta.

“Saya berharap awak dapat berjumpa mereka semua dalam keadaan selamat”.

“Semoga berjaya. Tidak ramai individu yang bernama Sim di luar sana”.

“Saya harap awak dapat disatukan semula dengan ibu bapa awak dengan kuasa media sosial”.

Azhar Abdul Hamid kembali semula ke MRT Corp sebagai pengerusi

0

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi berkuat kuasa 11 Mei lalu.

Lantikan tersebut dikatakan telah membawa semula Azhar ke syarikat yang pernah diterajuinya sebelum ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang pertama bermula pada tahun 2011 hingga 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim dalam satu kenyataan berkata, Azhar akan membawa bersama pengalaman luasnya di dalam industri yang akan membantu memajukan MRT Corp pada masa hadapan.

“Sebagai CEO MRT Corp yang pertama, pengalaman dan pengetahuan Datuk Wira Azhar adalah sangat bernilai dalam pembangunan Projek Rapid Transit System di antara Johor Bahru-Singapura serta Projek MRT3 Laluan Lingkaran, dan pada waktu yang sama, dalam menyiapkan MRT Laluan Putrajaya,” katanya.

Selepas meninggalkan MRT Corp, Azhar telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengerusi MSM Malaysia Holdings Sd Bhd, Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation, Presiden/Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengerusi Tradewinds Corporation Berhad.

Azhar sebelum ini merupakan bekas pengerusi FGV Holdings Sdn Bhd dari tahun 2017 hingga April 2021 lalu. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pernas International Holdings Berhad dari tahun 2001 hingga 2002.

Pusat vaksinasi mega pertama negara bakal dibuka Isnin ini

0

PETALING JAYA: Keutamaan akan diberikan kepada sekitar 2,600 orang warga emas untuk diberi vaksin apabila pusat vaksinasi mega pertama negara yang bertempat di Pusat Dangangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bakal dibuka pada Isnin ini.

MITEC yang memiliki ruang seluas 51,000 meter persegi dijangka mampu untuk menampung seramai lebih dari 5,000 orang penerima vaksin setiap hari. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MITEC, Mala Dorasamy mengatakan bahawa jumlah harian ini boleh meningkat sehingga 8,000 kes.

“MITEC juga dapat memberi bantuan kepada individu yang mengalami masalah fizikal.

“Kakitangan perubatan dan pengurusan acara akan menguruskan pusat bagi memastikan pelaksanaan proses vaksinasi dijalankan dengan betul,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya lagi, mereka akan memastikan bahawa pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan yang ketat akan dilaksanakan. Mereka yang tidak mempunyai temujanji juga tidak akan dibenarkan untuk masuk.

Pada hari Selasa lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa terdapat empat buah pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur akan berpindah ke tempat yang lebih besar bagi mengurangkan kesesakan.

Katanya lagi, mereka yang mempunyai temujanji bermula dari 31 Mei hingga 6 Jun di Stadium Titiwangsa dan PPV Dewan Komuniti Bandar Manjalara akan dimaklumkan mengenai perubahan lokasi tersebut.

Selain itu, Kompleks Komuniti Muhibbah dan Kompleks Sukan Desa Tasik PPV akan berpindah ke Arena Axiata di Bukit Jalil dan akan dibuka mulai 7 Jun ini.

Sewa apartment untuk sambut Aidilfitri, 30 individu dikompaun RM45,000

0

Kompaun sejumlah RM45,000 telah dikenakan kepada seramai 30 individu selepas mereka gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri.

Ia berikutan kesemua mereka dilaporkan telah berkumpul semasa perayaan tersebut di 3 buah unit apartment yang disewa di Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, dua serbuan dilakukan di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri dan satu di Persiaran Jaya Putra, Taman Jaya Putra.

Katanya, semua individu itu telah menyewa kediaman itu selama beberapa hari bagi menyambut hari raya.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan seramai 30 orang yang terdiri daripada 19 lelaki dan 11 wanita berusia antara 16 dan 29 tahun”, tambahnya lagi.

Menurutnya, semua individu yang terlibat didapati berkumpul di ruang tamu tanpa memakai pelitup muka serta tidak menjaga jarak fizikal semasa serbuan dilakukan.

Kesemua mereka dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Jangkitan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No. 2) 2021.

“Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik”. Ryzal Duriankimchi akui tak berniat hina pakaian tradisi Iban

0

Aspek kebudayaan bukanlah satu isu yang boleh dijadikan gurauan, apatah lagi di dalam negara berbilang kaum seperti di Malaysia ini. Ia merupakan satu isu yang sensitif.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menghormati dan menghargai adat, budaya dan tradisi masyarakat lain bukan?

ryzalibrhm/Instagram

Bercakap mengenai itu, selebriti Instagram Ryzal Ibrahim yang popular dengan nama Duriankimchi bersama isterinya, Maryam baru-baru ini menjadi bualan hangat wargamaya.

Ia disebabkan oleh gurauan Ryzal yang dikatakan menghina pakaian tradisi Iban, Ngepan semasa pakaian itu dipakai oleh isterinya, Maryam.

“Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ianya gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum”, tulisnya di Instagram.

ryzalibrhm/Instagram

“Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan Pakaian Tradisional Iban”.

Sementara itu, Maryam pada masa yang sama turut mengeluarkan satu video dan meminta maaf di atas apa yang dikatakan oleh suaminya.

@sabrinafazira

Kesian maryam dah laa tengah pregnant 🥺 semoga dipermudahkan 🤲🏻🤲🏻

♬ To the Bone full cover on Youtube Hana Wilianto – Hana Wilianto

Malah Maryam yang kini sedang mengandung itu juga dilihat menangis atas ketelanjuran kata suaminya.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka dan kita semua untuk tidak menjadikan adat tradisi nenek moyang kita sebagai satu gurauan.

Gelagat kucing leka tengok akuarium buat ramai terhibur. Siap ada yang lunjur kaki..

0

Kucing sebenarnya boleh mengalami kebosanan jika tidak diberikan rangsangan yang mencukupi, terutamanya jika mereka dibela di dalam rumah.

Oleh yang demikian, mereka akan cuba sedaya upaya untuk fokus terhadap sesuatu, misalnya pemandangan visual seperti kaca televisyen, mahupun akuarium ikan.

Foto hiasan/Pinterest

Ini kerana setiap pergerakan yang dipaparkan sama ada pada televisyen mahupun pada akuarium berjaya menarik perhatian mereka.

Contohnya foto-foto di bawah ini. Anda lihatkan sendiri betapa lekanya mereka menikmati pemandangan di dalam akuarium :

#1 Lagi seronok tengok akuarium sebenarnya

Cut Pet 55

#2 “Menyorok di balik rumput pula ikan ni..”

Cut Pet 55

#3 Lenguhlah duduk. Melunjur lagi selesa!

Cut Pet 55

#4 Haih, macam ini pun ada juga?!

Cut Pet 55

#5 “Kamu janganlah malu-malu bila saya tengok”

Cut Pet 55

#6 Nak tangkap ke tu?

Cut Pet 55

#7 “Masuk sekali boleh tak bos?”

Cut Pet 55

#8 “Seronoknya kamu semua berenang-renang”

Pinterest

Comel betul mereka semua ini. Setakat tengok sahaja, bolehlah. Bila tiba waktu mandi, tahu pula takut air ya?

Anda ada juga foto kucing leka melihat akuarium atau ikan? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen.