Manakala jika bersentuh dengan kulit pula ia akan merengsa dan menyebabkan luka kebakaran pada kulit yang teruk, selain menyebabkan dermatitis dan kecederaan.
Untuk pengetahuan anda juga, asfalt yang digunakan untuk menurap jalan itu juga adalah mudah terbakar jika mencapai tahap kepanasan tertentu.
Keadaan jalan raya yang buruk sememangnya memberikan pengalaman pemanduan yang ‘mengerikan’ malah ia juga boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku.
Baru-baru ini, tular foto sebuah Perodua Myvi dipenuhi kawat duri yang tersangkut pada kereta terbabit di media sosial.
Difahamkan bahawa kereta Myvi itu sebenarnya dipandu oleh seorang jururawat dan dipercayai berlaku sekitar awal pagi di Labuan.
Menurut penduduk tempatan, jalan itu dikatakan sedikit menurun, ditambah pula dengan ketiadaan lampu jalan menyebabkan dawai itu dirempuh.
Sehubungan dengan kejadian itu, orang ramai menyeru pihak bertanggungjawab untuk meletakkan tanda amaran awal agar ia tidak membahayakan pengguna.
Ia juga bertujuan supaya pengguna jalan raya dapat berwaspada dan tahu bahawa jalan yang mereka lalui itu telah pun ditutup ekoran pelaksanaan kawalan pergerakan.
Diharapkan agar jururawat tersebut berada dalam keadaan yang baik dan dapat meneruskan tugasnya di hospital seperti sedia kala.
Satu kebakaran kimia dilaporkan berlaku pada pagi 14 Jun lalu di kilang Chemtool yang terletak di Rockton, Illinois, Amerika Syarikat.
Sehubungan dengan itu, para penduduk berhampiran turut diminta untuk mengosongkan kediaman masing-masing.
Menurut laporan, pihak bomba telah mengarahkan pemindahan wajib semua penduduk dan perniagaan yang jaraknya terletak lebih kurang satu batu daripada kilang itu.
Jelas Ketua Bomba Illinois, Kirk Wilson, kebakaran tersebut tidak menimbulkan sebarang ancaman pada masyarakat.
Dan untuk mengelakkan pencemaran terhadap alam sekitar, pihak bomba memutuskan untuk membiarkan api terpadam dengan sendirinya.
Pada 14 Jun, 2021, kebakaran kimia berlaku di kilang Chemtool Rockton, mendorong penduduk tempatan untuk berpindah. (Scott Olson/Getty Images)
Wilson berkata, 70 orang pekerja kilang itu berjaya dibawa keluar dengan selamat. Ketika pasukan bomba tiba, api telah marak hingga ke bumbung dan asap juga telah memenuhi langit.
Sementara itu, seorang anggota bomba dilaporkan mengalami kecederaan. Perincian lain walau bagaimanapun tidak diumumkan dengan jelas.
Difahamkan bahawa sekurang-kurangnya 40 buah agensi dan 150 orang anggota bomba mengambil bahagian dalam operasi memadam kebakaran.
Penduduk berhampiran terdengar beberapa letupan
Rockton terletak 15 batu (24.1 kilometer) di Utara Rockford, berhampiran dengan sempadan Wisconsin. Penduduk tempatan melaporkan bahawa mereka mendengar beberapa letupan pada hari berkenaan.
“Saya dan keluarga tinggal di zon pemindahan. Kami terdengar letupan pagi ini. Walaupun selepas lima minit, anjing kami tidak dapat ditenangkan, jadi kami memutuskan untuk melihat ke luar. Pada masa itu, asap tebal memenuhi langit”, kata Thomas Rollette.
Tambahnya, letupan pertama kedengaran seperti ada seseorang yang menyalakan bunga api yang cukup besar.
“Saya tidak menyangka ada sesuatu yang berlaku sehingga terdengar letupan semakin kuat. Melihat asap tebal meletus di luar, saya lebih yakin akan hal ini. Tidak lama kemudian, mereka memberitahu penduduk berhampiran untuk berpindah”.
Syarikat mengucapkan terima kasih kepada para penyelamat
Kilang terbabit ada menulis di laman web mereka bahawa kilang mereka menyediakan pelbagai minyak bagi memenuhi keperluan pengguna.
Kata Lubrizol selaku pemilik kilang berkenaan telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa kesemua pekerja dalam keadaan selamat dan tidak cedera.
“Pada sekitar pukul 7 pagi ini, penyelamat tempatan sedang mengawal kebakaran di kilang Chemtool di Rockton. Kami telah mengesahkan bahawa semua anggota di tempat kejadian selamat dan sihat”.
Apa yang menjadi keutamaan kami sekarang adalah keadaan semua pekerja kami dan kawasan sekitarnya. Keselamatan komuniti”, kata kilang itu menerusi satu kenyataan.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa telah memindahkan penduduk dalam jarak satu batu (1.6 kilometer) dari lokasi kejadian. Kami belum mengetahui punca insiden itu, tetapi kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pasukan pengurusan risiko kami sendiri untuk menentukan apa yang berlaku dan mengambil tindakan pembetulan”.
“Kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya. Kami mengucapkan terima kasih kepada pekerja, responden kecemasan dan anggota keselamatan atas tindak balas mereka terhadap kejadian ini”.
Menurut WIFR, Salvation Army di daerah Winnebago mengatakan bahawa kakitangan dan sukarelawan Salvation Army telah menubuhkan unit bergerak untuk menyediakan makanan untuk pasukan penyelamat.
Tidak semua insan menjalani hidup ini dengan kesenangan. Jika anda tergolong dalam golongan bernasib baik, jangan pernah lupakan insan yang kurang bernasib baik.
Malah ada yang terpaksa memakan sisa di tempat pembuangan sampah. Itulah realiti yang dialami oleh warga Filipina yang hidup dalam kesusahan.
Ia digelar sebagai ‘Pagpag’ – makanan daripada sisa dan lebihan makanan yang ditemui di tempat pembuangan sampah.
Untuk maklumat anda, Pagpag berasal daripada bahasa Tagalog yang membawa maksud kepada tindakan membuang kotoran dan debu daripada sesuatu.
Secara asasnya, mereka yang kurang bernasib baik akan mencari sisa makanan dan daging di tempat pembuangan sampah.
Ia kemudian akan dibasuh, dimasak dan dijual sebagai hidangan dan makanan utama buat kalangan masyarakat termiskin.
Berdasarkan laporan, satu beg Pagpag berharga 20 Peso (RM1.71) hinggalah 30 Peso (RM2.58). keadaan ini agak menyedihkan memandangkan mereka tiada pilihan lain untuk memperolehi makanan.
“Setelah universiti berkeras, saya bersetuju untuk divaksin dengan jenama vaksin pilihan saya dan ia telah dimaklumkan kepada pihak universiti pada April lalu”, katanya.
Pihak universiti walau bagaimanapun berkata bahawa tarikh vaksinasi akan diberikan padanya.
Tambahnya, memandangkan peperiksaan berlangsung pada 8 dan 9 Jun, dia tidak menerima sebarang tarikh temu janji vaksinasi.
“Apabila saya tiba di dewan untuk menduduki peperiksaan, pihak universiti melarang dan meminta saya untuk meninggalkan dewan”.
Nik Farah juga telah meminta agar dirinya dibenarkan untuk mengambil peperiksaan secara berasingan namun ianya ditolak.
Dia kemudian membuat laporan polis di IPD Brickfields pada 14 Jun lalu, sambil ditemani Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Nadzim dalam pada itu menggesa polis untuk menyiasat perkara itu dan menyifatkan insiden itu sebagai tidak adil dan tidak logik untuk dilakukan.
“Dia adalah pelajar perubatan dan memahami baik dan buruk vaksin. Jadi, apabila dia menolak untuk divaksin maknanya dia faham risikonya”.
Tambahnya, pihak universiti tidak sepatutnya memaksa pelajar untuk menerima vaksin sebaiknya perlu mendidik dan menerangkan mengenainya secara berhemah.
Beliau turut mempersoalkan mengapa pihak universiti membuatkan keadaan lebih sukar untuk pelajar itu. “Dia adalah masa depan dan mampu menyumbang pada negara di masa akan datang”.
Jelas Nik Farah, insiden itu ternyata membuatkannya sedih memandangkan dia telah pun belajar bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan.
“Namun saya tidak dibenarkan kerana tidak divaksin. Saya berhak untuk menerimanya atau tidak. Saya juga berhak untuk menduduki peperiksaan”.
Apa yang diinginkan cumalah meneruskan pengajian dan kemudian berkhidmat di hospital bersama rakannya. “Saya mahu menjadi doktor yang baik satu hari nanti. Itu impian saya”.
Dalam perkembangan sama, Pengarah pejabat Komunikasi Korporat UM, Mohammad Khairi Md Jaafar berkata pihaknya akan meneliti perkara itu secara terperinci.
Jelasnya, UM bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran kondusif buat warganya dan akan memastikan risiko penularan COVID-19 dapat dikawal.
Pihak UM juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikannya. Kes itu disiasat sebagai kes sivil, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Annuar Omar.
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter telah memuat naik laporan dan status terkini penularan wabak Parti Komunis China (COVID-19) yang semakin membimbangkan.
Setakat hari ini, sebanyak 17 kluster baharu melibatkan 12 tempat kerja, 4 komuniti dan 1 kumpulan berisiko tinggi telah dilaporkan. Berikut merupakan maklumat terperinci mengenai kesemua 12 kluster tempat kerja baharu yang berjaya dicatatkan:
Sebanyak 17 kluster baharu dilaporkan pada 14 Jun 2021 yang melibatkan:
"Masyarakat khususnya majikan dan pekerja perlu menyedari bahawa kepatuhan kepada garis panduan adalah untuk kebaikan mereka juga," jelas Hisham yang beranggapan kurangnya tahap kesedaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) merupakan antara faktor penyumbang kepada peningkatan kluster tempat kerja.
"Trend kes menunjukkan penurunan dalam dua minggu ini namun kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster baharu di Malaysia".
Sehubungan itu, penguatkuasaan SOP di tempat kerja wajar dipertingkatkan di samping menjalankan ujian saringan ke atas pekerja dalam usaha untuk membanteras penularan jangkitan COVID-19.
*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.
MASSACHUSETTS – Seorang nelayan udang kara dilaporkan hampir ditelan oleh seekor ikan paus spesies ‘humpback’ ketika sedang menyelam untuk mencari udang kara di pesisir timur laut Massachusetts.
Michael Packard menunjukkan hasil tangkapan udang kara/Facebook
Menurut nelayan yang dikenali sebagai Michael Packard menerusi satu perkongsian di Facebook, dia telah melihat seperti satu lubang besar berwarna hitam ketika sedang menyelam di perairan tersebut.
Sebaik sahaja menyedari ‘lubang hitam’ berkenaan adalah mulut ikan paus, dia segera menyelamatkan diri daripada ditelan.
“Ketika itu, saya berada pada kedalaman 10 meter di bawah permukaan laut dan pada mulanya menganggap diserang jerung. Namun melihat kepada mulut haiwan itu, saya sedar ia bukan jerung kerana bilangan gigi yang tidak sama”.
Jelas Michael lagi, Dia berada di dalam mulut selama sekurang-kurangnya 30 saat, tertanya-tanya sama ada dia akan kehabisan udara atau ditelan. Dia bergelut dengan mulut ikan paus dan merasakan otot mulut ikan paus tersebut menghimpitnya dengan kuat. Kemudian, dia terlihat cahaya dan merasakan kepala ikan paus bagai mengoncang dan tubuhnya dilemparkan ke dalam air.
Pada masa yang sama, rakan Michael iaitu Josiah Mayo yang berada di atas bot memaklumkan melihat kejadian rakannya ditolak keluar selepas ikan paus berkenaan menghasilkan ‘letupan air’.
“Sepanjang tempoh itu, saya hanya memikirkan isteri dan anak-anak serta beranggapan tiba masanya saya mati. Tiba-tiba paus itu memuntahkan saya ke udara lalu saya jatuh ke dalam laut dan terapung. Tak sangka insiden ini benar-benar berlaku”.
Michael dilaprkan tidak mengalami kecederaan serius mahupun patah tulang sebaliknya cuma kerosakan tisu lembut pada kaki/CBS Boston
Josiah segera menarik Michael ke atas bot sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat untuk datang dan membawa Michael mendapatkan rawatan di hospital.
Hasl pemeriksaan mendapati Michael tidak mengalami sebarang kecederaan serius kecuali kerosakan tisu lembut di bahagian kaki.
Acara sukan berupaya meningkatkan semangat para atlet yang berjuang untuk negara, apatah lagi jika mendengar lagu Negaraku berkumandang.
Tetapi lain pula hal yang berlaku semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 11 Jun lalu.
Ini kerana, lagu yang berkumandang bukanlah lagu kebangsaan Indonesia, iaitu Indonesia Raya sebaliknya lagu Negaraku pula!
Insiden yang berlangsung di Stadium Zabeel di Dubai, UAE tersebut membuatkan para pemain Indonesia kelihatan terkejut dengan apa yang berlaku.
Pemain Indonesia Kushedya Hari Yudo dan Arif Satria dilihat kebingungan sementara penjaga gol, Muhammad Riyandi pula mengangkat tangan menandakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Saban tahun, ada sahaja kes ikan paus terdampar di daratan. Ini kerana menurut sumber, ikan paus sememangnya gemar mendamparkan dirinya di pantai.
Seperti yang kita sedia maklum, ikan paus merupakan mamalia yang bernafas dengan menghirup udara melalui paru-paru, sama seperti manusia. Mereka tidak mempunyai insang.
Baru-baru ini, seekor ikan paus jenis ‘humpback’ ditemui terdampai di pantai yang terletak di Rio de Janeiro, Brazil.
Keadaan itu membuatkan orang-orang di sana terpanggil untuk menyelamatkannya. Bahkan ia turut mendapat perhatian ratusan pengunjung yang berada di kawasan berkenaan.
Mereka dilihat meletakkan tuala basah di atas tubuh ikan tersebut bagi membuatkannya kekal terhidrat.
Oleh kerana tubuh ikan paus yang besar, sebuah traktor telah dibawa dan digunakan untuk misi menyelamatkan ikan paus terbabit dan membawanya semula ke lautan.
Ditambah dengan bantuan beberapa kudrat individu yang menariknya, ikan paus itu berjaya dibawa ke lautan menggunakan tali.
Tidak terhenti di situ, bantuan jet ski yang dipandu oleh individu turut digunakan bagi membawa ikan itu terus ke lautan dalam dan jauh daripada pantai.
Ia difahamkan bertujuan untuk mengelakkan ikan itu kembali terdampar di pantai. Sebaik sahaja tubuhnya berada di dalam air, ikan paus itu kelihatan kembali bertenaga.
Usaha penyelamatan ikan paus berkenaan difahamkan berlangsung selama 24 jam dan akhirnya mereka berjaya membawanya ke laut.
Sakit kepala, sakit tekak dan hidung berair kini merupakan gejala paling umum dilaporkan berkaitan dengan jangkitan terbaru COVID-19 di United Kingdom, kata para penyelidik.
Profesor Tim Spector, ketua penyelidik yang menjalankan kajian ‘Zoe Covid Symptom’, berkata individu yang dijangkiti varian Delta merasakan mendapat ‘lebih seperti selesema yang teruk’ untuk orang muda.
Akan tetapi, sungguhpun mereka ini mungkin tidak merasa sangat sakit dan menganggapnya tidak serius, ia masih boleh berjangkit dengan mudah dan membahayakan orang lain terutama kepada golongan berisiko.
Sesiapa yang merasakan mereka mempunyai simptom COVID-19 perlu segera menjalani ujian, nasihat Profesor Spector.
Gejala COVID-19 klasik yang orang lain perlu lihat, menurut NHS adalah batuk, demam dan kehilangan deria bau atau rasa.
Tetapi Profesor Spector mengatakan gejala ini bukan lagi yang biasa, berdasarkan data yang diterima oleh pasukan Zoe daripada ribuan orang yang mencatat gejala mereka menerusi aplikasi.
“Sejak awal Mei, kami telah melihat gejala teratas pada pengguna aplikasi – dan ia tidak sama seperti dulu,” katanya.
Perubahan itu nampaknya berkaitan dengan peningkatan kes varian Delta, yang pertama kali dikenal pasti di India dan kini menyumbang 90 peratus kes COVID-19 di United Kingdom.
Demam tetap biasa berlaku tetapi kehilangan deria bau tidak lagi muncul dalam 10 gejala teratas, kata Profesor Spector.
Adakah seseorang itu selesema biasa atau ia coronavirus?
“Varian ini nampaknya berfungsi dengan sedikit berbeza. Individu dijangkiti mungkin menganggap mereka baru saja mengalami selesema bermusim lalu masih pergi ke pesta, berjumpa orang dan mereka mungkin menyebarkannya kepada enam orang lain,” jelas Profesor Spector.
“Kami fikir ini akan membawa kepada lebih banyak masalah dan kadar jangkitan sukar dikawal,” katanya.
“Mesej di sini adalah sekiranya anda masih muda, gejala yang dialami mungkin lebih ringan. Mungkin terasa seperti selesema yang teruk atau perasaan ‘kurang sedap’ yang lucu – tetapi tolong tetap duduk di rumah dan pergi menjalani ujian,” nasihat Profesor Spector.
Kajian React Imperial College London terhadap lebih daripada satu juta orang di Britain mendapati ketika varian Alpha atau varian UK yang dominan, mereka menemui pelbagai gejala tambahan yang berkaitan dengan COVID-19.
Rasa menggigil, kehilangan selera makan, sakit kepala dan sakit otot sering dikaitkan dengan mereka yang dijangkiti, bersama dengan gejala klasik.
Kerajaan Britain menasihatkan gejala COVID-19 yang paling penting adalah batuk baru yang berterusan, suhu badan yang tinggi, kehilangan atau perubahan deria bau atau rasa.
“Terdapat beberapa gejala lain yang berkaitan dengan COVID-19,” katanya.
“Gejala-gejala lain ini mungkin mempunyai penyebab lain dan bukan alasan mereka sendiri untuk menjalani ujian COVID-19,” tambah Profesor Spector.
“Sekiranya anda bimbang mempunyai gejala-gejala ini, dapatkan nasihat perubatan dan pakar,” sarannya.