Acara sukan berupaya meningkatkan semangat para atlet yang berjuang untuk negara, apatah lagi jika mendengar lagu Negaraku berkumandang.
Tetapi lain pula hal yang berlaku semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 11 Jun lalu.
Ini kerana, lagu yang berkumandang bukanlah lagu kebangsaan Indonesia, iaitu Indonesia Raya sebaliknya lagu Negaraku pula!

@nocontextbolamy/Twitter
Insiden yang berlangsung di Stadium Zabeel di Dubai, UAE tersebut membuatkan para pemain Indonesia kelihatan terkejut dengan apa yang berlaku.
Pemain Indonesia Kushedya Hari Yudo dan Arif Satria dilihat kebingungan sementara penjaga gol, Muhammad Riyandi pula mengangkat tangan menandakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) June 12, 2021
@nocontextbolamy/Twitter
Kemudian, kedengaran suara penonton yang menjerit bahawa ia merupakan lagu Malaysia berulang kali sebelum penganjur memainkan lagu yang betul.
Sejurus daripada itu, barulah pemain Indonesia dilihat menyanyikan lagu kebangsaan mereka dengan penuh bangga.
Video yang tular di Twitter itu sudah ditonton melebihi 100,000 kali dan semestinya menerima pelbagai komen lucu daripada netizen.
@nocontextbolamy/Twitter
@nocontextbolamy/Twitter
@nocontextbolamy/Twitter
@nocontextbolamy/Twitter
Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan UAE membenam Indonesia 5-0.