30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024
UtamaGlobalSisa daging yang dibuang ‘Pagpag’ jadi hidangan golongan termiskin di Filipina, boleh...

Sisa daging yang dibuang ‘Pagpag’ jadi hidangan golongan termiskin di Filipina, boleh dibeli serendah RM1.71

Tidak semua insan menjalani hidup ini dengan kesenangan. Jika anda tergolong dalam golongan bernasib baik, jangan pernah lupakan insan yang kurang bernasib baik.

Malah ada yang terpaksa memakan sisa di tempat pembuangan sampah. Itulah realiti yang dialami oleh warga Filipina yang hidup dalam kesusahan.

Ia digelar sebagai ‘Pagpag’ – makanan daripada sisa dan lebihan makanan yang ditemui di tempat pembuangan sampah.

Untuk maklumat anda, Pagpag berasal daripada bahasa Tagalog yang membawa maksud kepada tindakan membuang kotoran dan debu daripada sesuatu.

Philippines News

Menurut Inovasi Sosial dan Penyertaan Matlamat Pembangunan Lestari, Pagpag merupakan hidangan penting bagi komuniti miskin, sekaligus menyelesaikan krisis kelaparan di Filipina.

Secara asasnya, mereka yang kurang bernasib baik akan mencari sisa makanan dan daging di tempat pembuangan sampah.

Ia kemudian akan dibasuh, dimasak dan dijual sebagai hidangan dan makanan utama buat kalangan masyarakat termiskin.

Berdasarkan laporan, satu beg Pagpag berharga 20 Peso (RM1.71) hinggalah 30 Peso (RM2.58). keadaan ini agak menyedihkan memandangkan mereka tiada pilihan lain untuk memperolehi makanan.

India Today

Bahkan mereka terpaksa mempertaruhkan kesihatan dan nyawa sendiri, memandangkan sisa itu turut disembur dengan cecair pembasmi kuman sebelum dibuang.

“Bakteria tidak dapat dilihat, malah kita tidak boleh lihat betapa kotornya makanan itu. Pagpag juga tidak berkhasiat”.

Ia secara tidak langsung memberi kesan signifikan terhadap perkembangan tubuh kanak-kanak.

Bahkan pemakan turut berhadapan dengan risiko menghidapi penyakit kritikal seperti hepatitis A, kolera, demam kepialu dan juga kematian.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI