Saban tahun, ada sahaja kes ikan paus terdampar di daratan. Ini kerana menurut sumber, ikan paus sememangnya gemar mendamparkan dirinya di pantai.
Seperti yang kita sedia maklum, ikan paus merupakan mamalia yang bernafas dengan menghirup udara melalui paru-paru, sama seperti manusia. Mereka tidak mempunyai insang.
VIX/Facebook
Baru-baru ini, seekor ikan paus jenis ‘humpback’ ditemui terdampai di pantai yang terletak di Rio de Janeiro, Brazil.
Keadaan itu membuatkan orang-orang di sana terpanggil untuk menyelamatkannya. Bahkan ia turut mendapat perhatian ratusan pengunjung yang berada di kawasan berkenaan.
VIX/Facebook
Mereka dilihat meletakkan tuala basah di atas tubuh ikan tersebut bagi membuatkannya kekal terhidrat.
Oleh kerana tubuh ikan paus yang besar, sebuah traktor telah dibawa dan digunakan untuk misi menyelamatkan ikan paus terbabit dan membawanya semula ke lautan.
VIX/Facebook
Ditambah dengan bantuan beberapa kudrat individu yang menariknya, ikan paus itu berjaya dibawa ke lautan menggunakan tali.
Tidak terhenti di situ, bantuan jet ski yang dipandu oleh individu turut digunakan bagi membawa ikan itu terus ke lautan dalam dan jauh daripada pantai.
VIX/Facebook
Ia difahamkan bertujuan untuk mengelakkan ikan itu kembali terdampar di pantai. Sebaik sahaja tubuhnya berada di dalam air, ikan paus itu kelihatan kembali bertenaga.
Usaha penyelamatan ikan paus berkenaan difahamkan berlangsung selama 24 jam dan akhirnya mereka berjaya membawanya ke laut.
VIX/Facebook
Dengan kerjasama yang padu dan berbekalkan rasa tanggungjawab terhadap haiwan, usaha mereka ini wajar mendapat penghargaan.
Terima kasih semua atas usaha anda. Anda memang hebat!
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times