26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaKluster tempat kerja menyumbang peningkatan penularan wabak COVID-19

Kluster tempat kerja menyumbang peningkatan penularan wabak COVID-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter telah memuat naik laporan dan status terkini penularan wabak Parti Komunis China (COVID-19) yang semakin membimbangkan.

Setakat hari ini, sebanyak 17 kluster baharu melibatkan 12 tempat kerja, 4 komuniti dan 1 kumpulan berisiko tinggi telah dilaporkan. Berikut merupakan maklumat terperinci mengenai kesemua 12 kluster tempat kerja baharu yang berjaya dicatatkan:

@KKMPutrajaya/Twitter
  1. Industri Jalan Makmur (Kuala Selangor)
  2. Industri Jalan Tengah Empat (Gombak)
  3. Industri Sungai Pinang Lapan (Klang dan Petaling)
  4. Industri Persiaran Usahawan Tiga (Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang)
  5. Industri Subang Tujuh (Petaling)
  6. Jalan Minyak Beku (Batu Pahat)
  7. Jalan Aik Hwa Choon (Muar)
  8. Perindustrian Bakri Lima (Muar)
  9. Walit Agas (Tangkak dan Muar)
  10. Kampung Berangan Apam (Pasir Mas)
  11. Industri 5084 Pengkalan Chepa (Kota Bahru)
  12. Batu Empat Tunjong (Kota Bahru, Bachok, Pasir Mas dan Pasir Puteh)

Berdasarkan laporan daripada CPRC Kebangsaan, sebanyak 395 jumlah kes dicatatkan dengan 209 kes baharu dan 1,830 jumlah saringan.

Analisis turut menunjukkan pecahan kes positif sebanyak 46,954 (32%) melibatkan warga tempatan manakala 100,086 (68%) melibatkan warga asing telah dilaporkan.

Sementara itu, memetik kenyataan Dr Noor Hisham, beliau memaklumkan bahawa meskipun pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 sejak 12 Mei lalu, trend bagi kluster tempat kerja menunjukkan penurunan yang tidak ketara.

@bernamadotcom/Twitter

"Masyarakat khususnya majikan dan pekerja perlu menyedari bahawa kepatuhan kepada garis panduan adalah untuk kebaikan mereka juga," jelas Hisham yang beranggapan kurangnya tahap kesedaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) merupakan antara faktor penyumbang kepada peningkatan kluster tempat kerja.

"Trend kes menunjukkan penurunan dalam dua minggu ini namun kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster baharu di Malaysia".

Sehubungan itu, penguatkuasaan SOP di tempat kerja wajar dipertingkatkan di samping menjalankan ujian saringan ke atas pekerja dalam usaha untuk membanteras penularan jangkitan COVID-19.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI