Apabila berada di atas jalan raya, fokus sepenuhnya diperlukan semasa pemanduan. Namun tidak semua perkara terjadi mengikut perancangan kita.
Malang tidak berbau dan itulah yang berlaku melibatkan sebuah lori yang membawa cecair asfalt yang panas, 13 Jun lalu.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Shanghai, China di mana lori terbabit pada mulanya dilihat melalui atas jejambat.
Tidak lama kemudian, lori terbabit kelihatan terbalik ke sebelah kanannya sehinggakan cecair asfalt panas yang dibawanya tertumpah.
Ia sekaligus jatuh ke bawah, menimpa beberapa buah kenderaan yang dipandu oleh pengguna jalan raya di bawah.
Secara ringkasnya, apabila asfalt berada dalam keadaan yang lebur, ia akan menghasilkan asap beracun.
Individu yang terdedah kepada asap ini berisiko untuk mengalami sakit kepala, ruam, batuk, masalah pernafasan dan berkemungkinan menyebabkan barah.
Manakala jika bersentuh dengan kulit pula ia akan merengsa dan menyebabkan luka kebakaran pada kulit yang teruk, selain menyebabkan dermatitis dan kecederaan.
Untuk pengetahuan anda juga, asfalt yang digunakan untuk menurap jalan itu juga adalah mudah terbakar jika mencapai tahap kepanasan tertentu.