26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
Utama Blog Laman 307

Rutin pagi ayam jantan ini ialah mengejar pemiliknya sebaik sahaja pintu pagar reban ayam dibuka

0

Biasa kita melihat haiwan ternak atau peliharaan seperti ayam membuat hal mereka sendiri seperti ayam jantan berkokok di waktu pagi, kemudian berarak-arakan dalam kumpulannya mengais makanan di atas tanah.

Atau makan dan minum dengan bekalan yang dihulurkan pemilik, manakala ayam betina bertelur dan mengeram di dalam reban masing-masing.

Hidup ayam peliharaan atau diternak yang ringkas, sebelum mereka mungkin akan dibuat lauk apabila tiba masanya.

NTD/Facebook

Dan berapa ramai kalangan anda memiliki ayam jantan istimewa dan disayangi, dengan hobinya yang akan mengejar sekuat hati ke arah sesiapa sahaja sebaik pintu rebannya yang comel itu dibuka?

NTD/Facebook

Seperti gadis ini yang juga rutin hariannya di waktu pagi ialah bersenam meregang otot, dan kemudian dikejar oleh si ayam jantan selepas pintu reban dibuka.

NTD/Facebook

Dia berlari pantas dengan sekuat hati, kerana ayam jantan itu berlari sekuat hati mengejar. Larian pecut yang patut dicatat masa setiap hari. 

Catatan masa yang mana paling pantas selepas dikejar oleh si ayam jantan ini.

NTD/Facebook

Ada netizen bersumpah yang ayam jantan mereka di rumah ladang tidak mempunyai kemampuan memecut laju seperti itu.

NTD/Facebook

Agak melucukan apabila ayam jantan ini tahu rutin hariannya ialah mengejar pemilik dan ia sememangnya satu rutin penjagaan kesihatan dan senaman secara semula jadi yang menyihatkan.

Tubuh badan bersama hati dan mental yang sentiasa sihat kerana anda akan spontan berlari sambil ketawa riang setiap hari atas jasa si ayam.

NTD/Facebook

Jika anda memiliki rumah ladang yang luas seperti gadis ini, maka bolehlah mencuba mengacah ayam jantan anda untuk keluar dari reban dan mana tahu dia juga boleh berlari memecut.

NTD/Facebook

Cuma terpulang kepada anda, sama ada sanggup atau tidak sanggup dikejar dengan larian pecut melulu itu.

NTD/Facebook

Rakaman video TikTok yang dimuat naik oleh influencer @kristopher.berry ini terus tular di media sosial dengan lebih 12 juta tontonan.

Tonton video di sini.

Klien tidak mampu bayar yuran guaman, peguam berbesar hati terima upah ketam hidup atas khidmat

0

Peguam jarang menulis atau berkongsi tentang kerjaya dan cabaran kes yang mereka lalui setiap hari disebabkan demi menjaga etika guaman dan juga kepentingan anak guam atau klien mereka.

Tetapi disebabkan seorang peguam ini telah berusaha keras untuk membantu anak guamnya dan hatinya pula agak mulia, maka kisahnya menjadi tular di Filipina, malahan mungkin di seluruh dunia.

Seorang peguam yang berkhidmat di Sorsogon City, Filipina dilaporkan menerima upah beberapa ekor ketam yang masih hidup, selepas klien yang diwakilinya memaklumkan tidak mampu membayar yuran guaman. 

Facebook

Peguam berhati mulia itu, Noel Allen Bose berkongsi gambar dirinya memegang ketam yang masih hidup dengan pakaian formalnya dan beg bimbit di tangan kiri ketika berada di hadapan mahkamah dan memuat naiknya di Facebook.

Noel Allen berkata selepas menyelesaikan perbicaraan kes anak guam berkenaan, beliau dimaklumkan yang dia tidak mempunyai wang untuk membayar yuran guaman dan bertanya sama ada khidmat guaman boleh dibayar dengan ketam yang telah ditangkap.

Noel Allen berkata tiada masalah dan beliau boleh menerima ketam hidup yang masih segar tersebut.

Facebook

“Wang bukanlah segala-galanya. Saya amat berbangga dapat berkhidmat untuk rakyat di negara ini yang kebanyakannya dari golongan miskin. Terima kasih semua,” kata Noel Allen.

Noel Allen menambah dalam hantarannya di Facebook, “Hadiah ketam ini sememangnya mengenyangkan, tetapi reaksi positif anda semua terhadap status ini menjadikan hati saya lebih terharu.”

‘Rider’ Foodpanda kayuh basikal 3 km untuk hantar pesanan, rupanya kena ‘scam’

0

Nampaknya penghantar makanan turut menjadi mangsa penipuan individu yang tidak bertanggungjawab pada ketika ini.

Baru-baru ini, seorang penghantar makanan Foodpanda dilaporkan telah ditipu seorang ‘pelanggan’ yang memesan makanan berjumlah RM80.

Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman/Facebook

Malah mangsa yang melakukan penghantaran menggunakan basikal perlu mengayuh sejauh 3 kilometer untuk ke stesen minyak Shell Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.

Menurut laman Facebook Shell Jalan Sulaman, mangsa merupakan insan istimewa dan tidak boleh bertutur. Dia walau bagaimanapun dibantu rakannya.

Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman/Facebook

Mangsa tercari-cari pelanggan bernama Mira. “Tapi kamu beritahu mana ada individu bernama Mira di sini”.

Apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, pelanggan itu bingung dan mendakwa bahawa dia tidak tahu siapa yang menggunakan telefonnya untuk memesan makanan.

“Rider itu hairan dan marahlah. Mengapa semasa dihubungi, pelanggan itu tidak memberitahu bahawa makanan itu tersalah pesan. Malah disuruh hantar ke Shell”.

Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman/Facebook

Individu itu turut bersikap lepas tangan sahaja, membuatkan pekerja Shell di situ membeli makanan terbabit bagi membantu mangsa.

“Cuma kami berharaplah kepada scammer itu supaya tidak mengulangi lagi perbuatan sedemikian. Bayangkan jika tiada yang mahu bayar”.

Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman/Facebook

Maka terpaksalah mangsa yang menanggung kerugian. “Adik ini motosikal pun tiada, hanya hantar guna basikal saja. Janganlah bebankan orang yang tengah susah”.

Benar, di saat ini ramai yang sangat terkesan dengan pandemik dan sedang berhempas pulas demi mencari sesuap nasi.

Semoga mangsa tidak patah semangat dan terus berjuang. Diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi. Bertimbang rasalah sesama kita ya?

Tekanan hidup jadi punca lelaki cuba pecah mesin ATM di Balik Pulau

0

Kesempitan hidup sering kali menjadikan seseorang hilang pertimbangan dan cenderung untuk melakukan jenayah dalam keadaan terdesak.

Ekoran tekanan hidup tatkala pandemik ini, seorang lelaki baru-baru ini bertindak memecahkan mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank.

Kejadian dipercayai berlaku pada sekitar jam 10 malam 23 Jun lalu di Balik Pulau, Pulau Pinang.

The Star/Facebook

Tindakan suspek walau bagaimanapun berjaya dihidu pihak atasan bank berkenaan yang kemudiannya segera memaklumkan kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal, tindakan pantas pasukannya berjaya menumpaskan suspek terbabit di lokasi kejadian.

Tambahnya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati bahawa suspek cuba untuk memecahkan mesin ATM dengan menggunakan ‘absorber’ kereta.

八度空间华语新闻/Facebook

Suspek juga dikatakan datang ke bank itu dengan menaiki bas dari Georgetown dan siasatan mendapati motif suspek melakukannya adalah disebabkan oleh tekanan hidup.

Pemeriksaan lanjut pihak polis juga mendapati bahawa suspek pada ketika itu berada di bawah pengaruh dadah dan mempunyai 4 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan”, akhirinya.

Pertemuan semula pemilik asal dengan anjing kesayangan selepas dua tahun berpisah, reaksi saling merindui mereka sungguh menyentuh hati

0

Walaupun sudah dua tahun berpisah, Chaos tidak pernah melupakan tuannya yang amat disayangi selepas mereka berjaya disatukan semula.

Hubungan erat ini semuanya bermula ketika Jose memelihara Chaos, seekor anjing yang amat disayanginya sejak haiwan itu masih kecil dan menurut Jose, “Chaos banyak membantu saya melalui pelbagai rintangan kehidupan. Saya membawanya ke mana-mana bersama saya!” 

Chaos adalah anjing yang gagah, lincah dan bertenaga. Ketika Jose bercerai, dia kehilangan rumah dan tempat berteduh, sehingga tidak punya pilihan selain tinggal di dalam kereta. 

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Jose tahu dia perlu mencarikan tempat tinggal sementara yang lebih baik dan selesa untuk sahabat baiknya yang setia itu. 

Seorang rakan kepada rakan Jose mengambil Chaos dan memeliharanya buat sementara. 3 bulan kemudian Jose kembali dapat berdiri semula dengan tekad membina kehidupannya dan memutuskan untuk mengambil Chaos kembali.

Malangnya, rakan itu enggan menyerahkan Chaos kembali, membuatkan Jose berasa amat patah hati. 

Trending World by The Epoch Times / Facebook

“Saya tidak fikir saya akan dapat melihat anjing saya lagi selepas itu,” kata Jose.

2 tahun kemudian, Jose menerima e-mel yang menyatakan tentang notis pembaharuan mikrocip untuk Chaos. Sudah tiba masa Chaos untuk mengemas kini maklumat mikrocipnya. Jose mula bersedih mengenangkan anjingnya yang hilang itu dengan tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepadanya.

Jose mengimbau masa lalu dengan menatap gambar lama Chaos. Tiba-tiba, telefon pintarnya berdering!

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Ditakdirkan, seorang kakitangan rumah perlindungan haiwan memanggil nombor telefon yang disertakan bersama dengan nombor pengenalan Chaos. Syukurlah, Jose dalam maklumat itu adalah orang hubungan yang sama. 

Kakitangan itu memberitahu Jose bahawa anjingnya berada di Winnebago County Animal Services. 

Jose dengan bersemangat dan terlalu gembira spontan berteriak, “Chaos??” dan dia mula menangis kerana tidak mempercayainya.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

“Saya tidak bersuara selepas itu dan saya tidak dapat berhenti tersenyum. Saya bagai tidak percaya,” katanya.

Jose segera bergegas menjemput Chaos di rumah perlindungan itu. Mereka telah berpisah selama 2 tahun, tetapi Chaos terus teruja memeluk Jose dengan rasa penuh rindu dan lega kerana telah bertemu kembali dengan tuan dan sahabat yang amat disayanginya. 

Momen menyentuh hati itu telah sempat dirakam oleh kakitangan Winnebago County Animal Services.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Jose berkata selepas pertemuan semula itu, perjalanan pulang menjadi begitu menarik dan tulus. 

Setelah Chaos akhirnya duduk di dalam kereta ketika cubaannya terus berada di atas riba Jose ketika dia memandu, Chaos diarah hanya meletakkan kepalanya di bahu Jose di sepanjang perjalanan pulang selama setengah jam itu. Comel!

Tonton video di sini.

Anjing jadi ‘ibu’ burung, malah tubuh turut hasilkan susu buat ‘anaknya’. Kasih sayang yang luar biasa!

0

Haiwan merupakan makhluk yang hebat dan berterusan memberikan kita kejutan yang tidak disangka-sangka.

Seperti seekor anak burung ini yang mula menyalak setelah dijaga oleh seekor anjing yang dianggap ibunya.

Burung itu, Molly pada mulanya hampir mati setelah dibiarkan sahaja oleh ibu bapanya di atas dahan pokok.

FGNJ 1634

Malah anjing bernama Peggy turut menganggap Molly sebagai anaknya dan turut membantu tuan mereka, Juliette dalam memulihkan Molly sepenuhnya.

Berkat kasih sayang dan penjagaan daripada Peggy, Molly juga turut terikut-ikut tabiat seekor anjing – turut menyalak sama seperti Peggy.

“Kami fikir Peggy yang menyalak namun ketika itu, Peggy sedang tidur. Kemudian kami mula sedari bahawa salakan itu datangnya daripada Molly!”.

FGNJ 1634

“Kami mula ketawa kerana ia kedengaran sama seperti salakan Peggy. Kami seperti tidak mempercayainya”, kata Juliette.

Seminggu sahaja masa diperlukan untuk Molly sihat di rumah Juliette. Sepanjang di sana, Juliette membuka pintu dan tingkap untuk Molly bebas kembali terbang ke habitat asalnya.

Namun setelah merasai kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada Peggy, Molly enggan dan tidak berminat untuk meninggalkan rumah itu.

FGNJ 1634

Namun setelah merasai kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada Peggy, Molly enggan dan tidak berminat untuk meninggalkan rumah itu.

“Kami turut mengajarnya cara untuk menangkap cacing dan cicak namun Molly fikir dirinya adalah seekor anjing”.

“Molly kerap berlari mengejar Peggy, dan mereka berdua akan berkomunikasi menggunakan ‘bahasa’ mereka. Ia sangat melucukan”.

FGNJ 1634

Dalam pada itu, ekoran keterujaan Peggy menjaga ‘anaknya’ itu, tubuh Peggy turut mula menghasilkan susu walaupun dirinya tidak bunting.

Ini kerana menurut doktor, Peggy merasakan bahawa Molly adalah anaknya dan ia membuatkan tubuhnya menghasilkan susu.

“Mereka akan bersama setiap masa, daripada kedua-duanya bangun pagi hinggalah waktu tidur. Sangat bahagia melihat mereka berdua bersama”.

Ternyata mereka berdua memiliki ikatan ibu dan anak sebenar, walaupun masing-masing datangnya daripada spesies yang berbeza.

Tentera Indonesia selamatkan remaja terapung 3 jam di laut, dakwa dihumban rakan

0

Di Indonesia baru-baru ini, tular akan satu video menunjukkan tentera laut menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terapung di tengah laut.

Difahamkan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut berada di lautan selama 3 jam di Kepulauan Seribu pada 18 Jun lalu.

Menurut Panglima Jeneral Angkatan Laut Indonesia, Nanang Khunaifi berkata bahawa mangsa berusaha mempertahankan daya apungannya, berenang tanpa hala tuju kerana tidak tahu arah ke daratan.

Palembangdaily/Facebook

“Sekitar jam 8:30 pagi waktu tempatan, KRI Sembilang-850 yang melakukan rondaan marin di perairan Pulau Laki Barat Laut melihat visual objek terapung.

Ia berada di haluan lambung kiri pada jarak 100 meter dan setelah menghampiri pada jarak 50 meter, jelas sosok individu kelihatan terapung.

Sejumlah pasukan dan bot penyelamat seterusnya dihantar untuk kerja menyelamat dan evakuasi.

Palembangdaily/Facebook

“Pasukan penyelamat membawanya naik ke dalam bot penyelamat, kemudian membawanya ke KRI Sembilang-850 untuk pertolongan cemas”.

Kanak-kanak tersebut, Ridho Ilhami yang berusia 14 tahun ketika ditanya memberitahu bahawa dia merupakan pelajar dari Pulau Harapan Kepulauan Seribu.

“Kamu kenapa? Kamu telah dicampak ke? Dibuang ya?”, soal askar terbabit padanya. “Ya, dicampak bang”, jawabnya yang pada ketika itu sedang ditarik tangannya naik ke dalam bot.

Palembangdaily/Facebook

Mangsa kemudian telah dibawa ke Pos Tentera Laut Untung Jawa (Posal), yang mana dia seterusnya telah disatukan semula dengan keluarga.

Menurut laporan, Ridho sedang menaiki feri laju dari Kronjo, Banten untuk kembali semula ke Pulau Harapan.

Namun dia telah terjatuh dalam perjalanan dan berusaha untuk terapung selama 3 jam tanpa hala tuju.

Wanita Indonesia panik bayi makan lipas. Yang tersisa hanyalah kaki..

0

Sudah menjadi tabiat bayi untuk memasukkan sahaja apa yang berada di tangan ke dalam mulut. Oleh itu, ibu bapa khususnya perlu sentiasa mengawasi anak-anak.

Bimbang pula berlaku seperti kisah ini. Di Indonesia, kisah seorang bayi menerusi satu video di TikTok gara-gara memakan lipas mendapat perhatian warganet.

@rianaria21/TikTok

Difahamkan pada ketika itu, si ibu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya dan panik setelah mengetahui kerana tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Menerusi video terbabit, bayi itu kelihatan sedang bermain sendiri dan kemudian telah menjumpai seekor lipas.

Berkemungkinan atas sebab ingin tahu, lipas itu dipenyekkan lalu dimasukkan ke dalam mulut. Memang itulah yang kerap dilakukan oleh bayi bukan?

@rianaria21/TikTok

Insiden itu hanya disedari oleh si ibu setelah melihat sisa kaki lipas. Ada sedikit yang tersisa di dalam mulut bayi itu juga telah dikeluarkan si ibu. Si ibu kemudian memberikan air pada bayinya.

@rianaria21/TikTok

Malah, tangan bayi itu juga agak melekit dengan cecair pada badan lipas yang dipenyekkannya. Kembang pula tekak membayangkan..

@rianaria21/TikTok

Menurut laporan, wanita itu kemudian membawa bayinya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung insiden itu.

Lipas merupakan serangga yang kotor dan berupaya memicu gejala asma dan alahan terhadap manusia, apatah lagi terhadap bayi yang masih kecil.

Semoga bayi itu berada dalam keadaan yang baik dan sihat sahaja hendaknya.

Peluang menyaksikan ‘Strawberry Moon’ bermula 24 Jun fenomena ‘supermoon’ terakhir 2021, ini perkara yang anda perlu tahu

0

Peluang menyaksikan bulan penuh yang cantik dan pertama pada musim panas, dikenali ‘Strawberry Moon’ bermula 24 Jun 2021.

Bagi kebanyakan orang, sementara menunggu langit yang cerah, fenomena pemandangan cakerawala ini akan dapat dilihat dari keselesaan rumah.

‘Strawberry Supermoon’ akan mencapai pencahayaan puncak pada jam 2.40 p.m. ET pada hari Khamis, 24 Jun di Amerika Utara, dan jarak pandang pada tahap optimum di langit tenggara setelah matahari terbenam, lapor The Old Farmer’s Almanac. 

Ketika memuncak di atas horizon, ‘supermoon’ ini akan kelihatan lebih besar daripada yang biasa dan berwarna kuning emas atau oren.

Pemandangan Strawberry Moon, di Narrawallee Beach, South Coast of New South Wales pada 6 June, 2020. (Gambar oleh David Gray/AFP /Getty Images)

Bulan penuh dianggap sebagai bulan ‘supermoon’ ketika ia bertepatan dengan titik terdekatnya dengan Bumi (disebut perigee) di orbit elips. Ia akan kelihatan 7 peratus lebih besar, dan lebih terang daripada bulan penuh biasa, walaupun pada pandangan mata kasar bulan itu mungkin tidak dapat dilihat perbezaannya. 

Bulan ini dijangka kelihatan penuh hingga awal pagi 26 Jun, memberi peluang kepada pencinta astronomi untuk menyaksikan fenomena bulan penuh sebanyak beberapa kali. 

‘Strawberry Moon’ atau bulan strawberi adalah nama yang berasal dari masyarakat orang asli Indian Algonquin, Ojibwe, Dakota, dan Lakota, yang menandakan musim matang dan pengumpulan buah strawberi di timur Amerika Utara pada bulan Jun. 

Gambar Hiasan / Unsplash

Biasanya bulan penuh terakhir adalah ketika berakhirnya musim bunga, ‘Strawberry Moon’ juga dianggap sebagai ‘Berries Ripen Moon’ oleh orang asli Haida dari British Columbia, Kanada.

Di tengah-tengah buah sedang masak ranum dan bunga-bunga yang mekar, nama-nama jolokan yang menandakan musim dan peristiwa yang berlaku di sepanjang bulan ini.

Nama suku lain untuk bulan penuh ketika bulan Jun digelar dengan kelahiran binatang pada musim bunga, seperti orang asli Tlingit menggelar ‘Birth Moon’ dan orang asli Cree menggelar ‘Egg Laying Moon’ dan ‘Hatching Moon’.

Strawberry Moon di St Michael’s Mount di Marazion berdekatan Penzance, Cornwall di England pada 28 Jun, 2018. (Gambar oleh Matt Cardy/Getty Images)

Di Eropah, ‘Strawberry Moon’ dikenali sebagai ‘Honey Moon’ dan ‘Mead Moon’, mungkin bermaksud musim madu telah matang atau perayaan perkahwinan yang secara tradisional berlaku dan diraikan pada bulan Jun.

Fenomena bulan penuh ‘Strawberry Moon’ boleh disaksikan di Malaysia pada 25 Jun jam 2.39 pagi.

Paparan Skrin / timeanddate.com

Fenomena bulan penuh ‘Strawberry Moon’ adalah ‘Supermoon’ terakhir untuk tahun 2021.

Atlet ‘Powerlifting’ para negara pecah rekod dunia, raih emas di Dubai World Cup

0

Atlet Bonnie Bunyau Gustin telah mengharumkan nama negara dengan prestasi cemerlangnya di Piala Dunia ‘Powerlifting’ Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 22 Jun lalu.

Bonnie bukan sahaja merangkul pingat emas tetapi juga memecahkan rekod dunia dalam acara melebihi 72 kilogram lelaki dengan berjaya mengangkat 230 kilogram pada percubaan keduanya.

@MSNMALAYSIA/Twitter

Sebelum ini, rekod itu dipegang oleh atlet dari Iran, Roohallah Rostami yang mengangkat berat 229 kilogram ketika Sukan Para Asian 2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Ini merupakan kejayaan kedua berturut-turut buat atlet kelahiran Sarawak itu, setelah memenangi pingat emas dalam acara sama di World Para Powerlifting World Cup di Bangkok, Thailand bulan lalu.

@TeamMsia/Twitter

Dengan kejayaannya merangkul pingat emas, Bonnie yang berusia 22 tahun itu bersedia untuk mewakili negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan datang.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menzahirkan ucapan tahniah menerusi hantaran di laman Twitternya.

@reezal_merican/Twitter

Semoga Bonnie terus berjaya dan dapat mengekalkan momentumnya pada kejohanan yang akan datang!