Haiwan merupakan makhluk yang hebat dan berterusan memberikan kita kejutan yang tidak disangka-sangka.
Seperti seekor anak burung ini yang mula menyalak setelah dijaga oleh seekor anjing yang dianggap ibunya.
Burung itu, Molly pada mulanya hampir mati setelah dibiarkan sahaja oleh ibu bapanya di atas dahan pokok.
Malah anjing bernama Peggy turut menganggap Molly sebagai anaknya dan turut membantu tuan mereka, Juliette dalam memulihkan Molly sepenuhnya.
Berkat kasih sayang dan penjagaan daripada Peggy, Molly juga turut terikut-ikut tabiat seekor anjing – turut menyalak sama seperti Peggy.
“Kami fikir Peggy yang menyalak namun ketika itu, Peggy sedang tidur. Kemudian kami mula sedari bahawa salakan itu datangnya daripada Molly!”.
“Kami mula ketawa kerana ia kedengaran sama seperti salakan Peggy. Kami seperti tidak mempercayainya”, kata Juliette.
Seminggu sahaja masa diperlukan untuk Molly sihat di rumah Juliette. Sepanjang di sana, Juliette membuka pintu dan tingkap untuk Molly bebas kembali terbang ke habitat asalnya.
Namun setelah merasai kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada Peggy, Molly enggan dan tidak berminat untuk meninggalkan rumah itu.
Namun setelah merasai kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada Peggy, Molly enggan dan tidak berminat untuk meninggalkan rumah itu.
“Kami turut mengajarnya cara untuk menangkap cacing dan cicak namun Molly fikir dirinya adalah seekor anjing”.
“Molly kerap berlari mengejar Peggy, dan mereka berdua akan berkomunikasi menggunakan ‘bahasa’ mereka. Ia sangat melucukan”.
Dalam pada itu, ekoran keterujaan Peggy menjaga ‘anaknya’ itu, tubuh Peggy turut mula menghasilkan susu walaupun dirinya tidak bunting.
Ini kerana menurut doktor, Peggy merasakan bahawa Molly adalah anaknya dan ia membuatkan tubuhnya menghasilkan susu.
“Mereka akan bersama setiap masa, daripada kedua-duanya bangun pagi hinggalah waktu tidur. Sangat bahagia melihat mereka berdua bersama”.
Ternyata mereka berdua memiliki ikatan ibu dan anak sebenar, walaupun masing-masing datangnya daripada spesies yang berbeza.