Nampaknya penghantar makanan turut menjadi mangsa penipuan individu yang tidak bertanggungjawab pada ketika ini.
Baru-baru ini, seorang penghantar makanan Foodpanda dilaporkan telah ditipu seorang ‘pelanggan’ yang memesan makanan berjumlah RM80.
Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman/Facebook
Malah mangsa yang melakukan penghantaran menggunakan basikal perlu mengayuh sejauh 3 kilometer untuk ke stesen minyak Shell Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.
Menurut laman Facebook Shell Jalan Sulaman, mangsa merupakan insan istimewa dan tidak boleh bertutur. Dia walau bagaimanapun dibantu rakannya.
Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman/Facebook
Mangsa tercari-cari pelanggan bernama Mira. “Tapi kamu beritahu mana ada individu bernama Mira di sini”.
Apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, pelanggan itu bingung dan mendakwa bahawa dia tidak tahu siapa yang menggunakan telefonnya untuk memesan makanan.
“Rider itu hairan dan marahlah. Mengapa semasa dihubungi, pelanggan itu tidak memberitahu bahawa makanan itu tersalah pesan. Malah disuruh hantar ke Shell”.
Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman/Facebook
Individu itu turut bersikap lepas tangan sahaja, membuatkan pekerja Shell di situ membeli makanan terbabit bagi membantu mangsa.
“Cuma kami berharaplah kepada scammer itu supaya tidak mengulangi lagi perbuatan sedemikian. Bayangkan jika tiada yang mahu bayar”.
Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman/Facebook
Maka terpaksalah mangsa yang menanggung kerugian. “Adik ini motosikal pun tiada, hanya hantar guna basikal saja. Janganlah bebankan orang yang tengah susah”.
Benar, di saat ini ramai yang sangat terkesan dengan pandemik dan sedang berhempas pulas demi mencari sesuap nasi.
Semoga mangsa tidak patah semangat dan terus berjuang. Diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi. Bertimbang rasalah sesama kita ya?