Di Indonesia baru-baru ini, tular akan satu video menunjukkan tentera laut menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terapung di tengah laut.
Difahamkan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut berada di lautan selama 3 jam di Kepulauan Seribu pada 18 Jun lalu.
Menurut Panglima Jeneral Angkatan Laut Indonesia, Nanang Khunaifi berkata bahawa mangsa berusaha mempertahankan daya apungannya, berenang tanpa hala tuju kerana tidak tahu arah ke daratan.
Palembangdaily/Facebook
“Sekitar jam 8:30 pagi waktu tempatan, KRI Sembilang-850 yang melakukan rondaan marin di perairan Pulau Laki Barat Laut melihat visual objek terapung.
Ia berada di haluan lambung kiri pada jarak 100 meter dan setelah menghampiri pada jarak 50 meter, jelas sosok individu kelihatan terapung.
Sejumlah pasukan dan bot penyelamat seterusnya dihantar untuk kerja menyelamat dan evakuasi.
Palembangdaily/Facebook
“Pasukan penyelamat membawanya naik ke dalam bot penyelamat, kemudian membawanya ke KRI Sembilang-850 untuk pertolongan cemas”.
Kanak-kanak tersebut, Ridho Ilhami yang berusia 14 tahun ketika ditanya memberitahu bahawa dia merupakan pelajar dari Pulau Harapan Kepulauan Seribu.
“Kamu kenapa? Kamu telah dicampak ke? Dibuang ya?”, soal askar terbabit padanya. “Ya, dicampak bang”, jawabnya yang pada ketika itu sedang ditarik tangannya naik ke dalam bot.
Palembangdaily/Facebook
Mangsa kemudian telah dibawa ke Pos Tentera Laut Untung Jawa (Posal), yang mana dia seterusnya telah disatukan semula dengan keluarga.
Menurut laporan, Ridho sedang menaiki feri laju dari Kronjo, Banten untuk kembali semula ke Pulau Harapan.
Namun dia telah terjatuh dalam perjalanan dan berusaha untuk terapung selama 3 jam tanpa hala tuju.