Walaupun sudah dua tahun berpisah, Chaos tidak pernah melupakan tuannya yang amat disayangi selepas mereka berjaya disatukan semula.
Hubungan erat ini semuanya bermula ketika Jose memelihara Chaos, seekor anjing yang amat disayanginya sejak haiwan itu masih kecil dan menurut Jose, “Chaos banyak membantu saya melalui pelbagai rintangan kehidupan. Saya membawanya ke mana-mana bersama saya!”
Chaos adalah anjing yang gagah, lincah dan bertenaga. Ketika Jose bercerai, dia kehilangan rumah dan tempat berteduh, sehingga tidak punya pilihan selain tinggal di dalam kereta.

Jose tahu dia perlu mencarikan tempat tinggal sementara yang lebih baik dan selesa untuk sahabat baiknya yang setia itu.
Seorang rakan kepada rakan Jose mengambil Chaos dan memeliharanya buat sementara. 3 bulan kemudian Jose kembali dapat berdiri semula dengan tekad membina kehidupannya dan memutuskan untuk mengambil Chaos kembali.
Malangnya, rakan itu enggan menyerahkan Chaos kembali, membuatkan Jose berasa amat patah hati.

“Saya tidak fikir saya akan dapat melihat anjing saya lagi selepas itu,” kata Jose.
2 tahun kemudian, Jose menerima e-mel yang menyatakan tentang notis pembaharuan mikrocip untuk Chaos. Sudah tiba masa Chaos untuk mengemas kini maklumat mikrocipnya. Jose mula bersedih mengenangkan anjingnya yang hilang itu dengan tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepadanya.
Jose mengimbau masa lalu dengan menatap gambar lama Chaos. Tiba-tiba, telefon pintarnya berdering!

Ditakdirkan, seorang kakitangan rumah perlindungan haiwan memanggil nombor telefon yang disertakan bersama dengan nombor pengenalan Chaos. Syukurlah, Jose dalam maklumat itu adalah orang hubungan yang sama.
Kakitangan itu memberitahu Jose bahawa anjingnya berada di Winnebago County Animal Services.
Jose dengan bersemangat dan terlalu gembira spontan berteriak, “Chaos??” dan dia mula menangis kerana tidak mempercayainya.

“Saya tidak bersuara selepas itu dan saya tidak dapat berhenti tersenyum. Saya bagai tidak percaya,” katanya.
Jose segera bergegas menjemput Chaos di rumah perlindungan itu. Mereka telah berpisah selama 2 tahun, tetapi Chaos terus teruja memeluk Jose dengan rasa penuh rindu dan lega kerana telah bertemu kembali dengan tuan dan sahabat yang amat disayanginya.
Momen menyentuh hati itu telah sempat dirakam oleh kakitangan Winnebago County Animal Services.

Jose berkata selepas pertemuan semula itu, perjalanan pulang menjadi begitu menarik dan tulus.
Setelah Chaos akhirnya duduk di dalam kereta ketika cubaannya terus berada di atas riba Jose ketika dia memandu, Chaos diarah hanya meletakkan kepalanya di bahu Jose di sepanjang perjalanan pulang selama setengah jam itu. Comel!
Tonton video di sini.