Sudah menjadi tabiat bayi untuk memasukkan sahaja apa yang berada di tangan ke dalam mulut. Oleh itu, ibu bapa khususnya perlu sentiasa mengawasi anak-anak.
Bimbang pula berlaku seperti kisah ini. Di Indonesia, kisah seorang bayi menerusi satu video di TikTok gara-gara memakan lipas mendapat perhatian warganet.
@rianaria21/TikTok
Difahamkan pada ketika itu, si ibu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya dan panik setelah mengetahui kerana tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
Menerusi video terbabit, bayi itu kelihatan sedang bermain sendiri dan kemudian telah menjumpai seekor lipas.
Berkemungkinan atas sebab ingin tahu, lipas itu dipenyekkan lalu dimasukkan ke dalam mulut. Memang itulah yang kerap dilakukan oleh bayi bukan?
@rianaria21/TikTok
Insiden itu hanya disedari oleh si ibu setelah melihat sisa kaki lipas. Ada sedikit yang tersisa di dalam mulut bayi itu juga telah dikeluarkan si ibu. Si ibu kemudian memberikan air pada bayinya.
@rianaria21/TikTok
Malah, tangan bayi itu juga agak melekit dengan cecair pada badan lipas yang dipenyekkannya. Kembang pula tekak membayangkan..
@rianaria21/TikTok
Menurut laporan, wanita itu kemudian membawa bayinya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung insiden itu.
Lipas merupakan serangga yang kotor dan berupaya memicu gejala asma dan alahan terhadap manusia, apatah lagi terhadap bayi yang masih kecil.
Semoga bayi itu berada dalam keadaan yang baik dan sihat sahaja hendaknya.