26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 8, 2025
Utama Blog Laman 306

Muhyiddin : Fasa pertama Pelan Pemulihan Negara disambung

0

Fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir pada 28 Jun, tidak akan ditamatkan dan disambung, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah katanya, tempoh itu perlu disambung ekoran jumlah jangkitan kes COVID-19 masih tidak menurun di bawah nilai ambang 4,000 kes yang diperlukan untuk beralih ke fasa berikutnya.

Astro Radio News/Facebook

Beliau menafikan bahawa kawalan pergerakan itu bakal tamat. “Saya kata, mulai sekarang kita tidak sebut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi sebut kita berada dalam fasa”.

“Sekarang ini fasa pertama PPN, sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya”, ulasnya lagi ketika meninjau PPV di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

“Kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjut sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan”.

Astro Radio News/Facebook

Tambahnya lagi, fasa pertama Kawalan Pergerakan itu menguji ketahanan negara agar berupaya melalui proses bagi kesemua fasa yang ada pada PPN dengan baik.

Muhyiddin pada 15 Jun mengumumkan bahawa PPN yang merangkumi empat fasa akan beralih secara berperingkat.

Untuk beralih ke fasa kedua, purata kes harian COVID-19 perlu di bawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam juga tidak lagi berada di peringkat kritikal.

Ini termasuklah kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana, sementara 10% daripada jumlah populasi di Malaysia sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

Manakala untuk ke fasa ketiga pula, purata kes harian COVID-19 perlu turun di bawah 2,000 kes dan nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal adalah pada akhir bulan Ogos akan datang.

Sementara peralihan ke fasa keempat dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober kelak.

Lihat kaki sudah boleh buat ramai yang geram, rupa-rupanya inilah si kecil pemilik kaki paling comel

0

Apa yang anda akan lakukan apabila melihat bayi kecil yang comel dengan pipi yang tembam? Pasti rasa ingin terus memeluk mereka. Tidak hanya itu, lihat pada kaki atau tangan mereka yang gebu seperti roti bun sudah boleh buat ramai yang geram.

Jika anda melayari akaun Instagram, jangan lupa untuk berkunjung ke Intagram @cutekidzzz_ yang sering berkongsi foto dan video bayi comel yang pasti akan menceriakan hari anda.

Antara perkara yang paling menarik perhatian ialah apabila muncul beberapa keping gambar kaki yang sangat comel.

Apa yang unik setiap gambar itu hanya menunjukkan kaki sahaja tanpa menunjukkan tuan punya badan sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya milik siapakah kaki comel itu.

Dan akhirnya….

Rupa-rupanya inilah dia, si kecil yang memiliki kaki paling comel di Instagram! Lihat sahaja kecomelannya, tidak mustahil lah dua memiliki sepasang kaki secomel itu!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Hampir 16 tahun menanti, isteri kejutkan suami dengan berita kehamilan yang sangat menyentuh hati

0

Ramai pasangan berkahwin mengimpikan untuk memliki zuriat sendiri. Ada juga yang inginkan keluarga yang besar. Namun, tidak semua dikurniakan kesempatan itu dan ada juga yang perlu menunggu lama sebelum impian mereka menjadi kenyataan.

Setelah hampir 16 tahun menanti pasangan ini akhirnya dikhabarkan akan menimang cahaya mata kedua mereka. Kejutan manis tersebut dikhabarkan oleh si isteri kepada suaminya dan dirakam sebeum dimuat naik ke laman sosial.

Si isteri telah memberi kejutan kepada si suami dengan memberikan kit ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif. Selepas melihat alat tersebut suaminya jelas terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat. Namun begitu, dia terus tersenyum mengetahui khabar gembira tersebut.

Hal ini bermakna anak sulung mereka, Danial yang berusia 17 tahun bakal mendapat adik baru! Kini, mereka sedang menunggu kelahiran bayi mereka dan wanita tersebut turut berkongsi gambar buku kehamilan serta foto ultrabunyi bayi yang di dalam kandungan.

Tonton video di sini.

Kerana terlalu mengantuk kucing ini langsung tidak sedar apa yang berlaku di sekitarnya sehingga permaidani tempat tidurnya diangkat

0

Bayangkan anda diganggu ketika sedang nyenyak tidur, pastinya sangat tidak menyenangkan.

Kadangkala kita terus terjaga akibat diganggu tetapi jika terlalu mengantuk, tiada apa yang boleh mengganggu lena kita kerana apa yang penting ialah tidur!

Facebook

Itulah yang berlaku kepada seekor kucing apabila lenanya langsung tidak terganggu oleh apa sahaja kejadian yang berlaku di sekitarnya.

Facebook
Facebook

Apa yang berlaku ialah pemilik kucing tersebut dilihat sedang mengemas di atas permaidani di mana kucing tersebut sedang tidur lena. Dia bahkan tidak mengejutkan kucing dan membiarkan kucingnya terus tidur sehingga akhirnya mereka terpaksa mengalihkan permaidani tersebut.

Facebook
Facebook

Apa yang lebih lucu kucing tersebut seolah-olah langsung tidak sedar akan apa yang berlaku di sekitarnya. Dia terus tidur dengan lena tanpa terganggu sehinggalah permaidani tersebut diangkat.

Bayangkan, betapa lenanya dia tidur sehingga tiada apa yang boleh mengganggunya langsung. Nampaknya dia memang terlalu mengantuk!

Facebook

Pemilik kedai hampir kerugian RM395 akibat ditipu pelanggan yang gunakan aplikasi ‘e-wallet’

0

Seorang pemilik kedai perkakasan di Bandar Laguna Merbok, Kedah, dikatakan hampir kerugian sebanyak RM395 akibat ditipu oleh pelanggan yang berkunjung ke kedainya pada Rabu lalu, 23 Jun.

Kejadian tersebut telah diceritakan oleh isteri kepada pemilik kedai tersebut, Xiao Yen di laman Facebook miliknya.

Facebook

Menurut Xiao pada sekitar 4.30 petang, hari Rabu lalu, datang seorang pelanggan ke kedai mereka untuk mencari peralatan elektrik. Dia akhirnya memilih untuk membeli gerudi dan beberapa perkakas elektrik yang lain. Jumlah kesemua perkakas elektrik adalah sebanyak RM395.

Facebook

Apa yang peliknya, pelanggan tersebut tidak meminta pemilik kedai untuk memeriksa dahulu barangan yang dibelinya sama ada ianya berfungsi atau tidak. Dia kemudian memberitahu bahawa dia akan membayar barangan tersebut dengan menggunakan aplikasi ‘Touch n Go’.

Dia kemudian menunjukkan bukti transaksi yang dilakukan di telefon bimbitnya. Xiao Yen kemudian memberitahu bahawa suaminya selalu memeriksa bukti pembayaran sebelum membenarkan pelanggan meninggalkan kedai mereka dan ketika suaminya memeriksa telefon pelanggan tersebut, transaksi masih belum dilakukan.

Facebook

Pelanggan tersebut kemudian menegaskan bahawa selagi transaksi di pihaknya telah berlaku tidak akan ada masalah. Akhirnya, suami Xiao Yen memberitahu pelanggan bahawa dia akan menghubungi pihak ‘Touch n Go’ untuk menyelesaikan isu tersebut.

Namun, pelanggan itu mula menunjukkan dia berada dalam keadaan tidak selesa dan memberitahu bahawa dia akan membeli barangan tersebut pada lain hari sahaja.

Facebook

Xiao Yen kemudian memberi amaran kepada semua pemilik kedai untuk lebih berhati-hati. Dia mengatakan bahawa ketika mereka memeriksa butiran transaksi selepas itu, mereka hanya menerima RM 0.01.

Mujur, mereka tidak tertipu dengan tipu muslihat yang dilakukan oleh penipu tersebut. Pastikan bukti pembayaran dilakukan terlebih dahulu sebelum membenarkan mereka meninggalkan premis.

Setelah 108 tahun berkhidmat, ‘turn table’ manual terakhir di Malaysia terletak di Tumpat akhirnya dibongkar

0

Sebuah ‘turn table’ lokomotif manual yang berusia 108 tahun juga terakhir di Malaysia yang terletak di Tumpat, Kelantan akhirnya telah dibongkar dan dialihkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf landasan.

KTM Berhad menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan bahawa ‘turn table’ manual terakhir di Malaysia yang terletak di Tumpat, Kelantan telah dibongkarkan pada 23 Jun, jam 11.30 pagi setelah ia digunakan selama 108 tahun.

KTM Berhad /Facebook

Kerja-kerja pembongkaran selesai pada jam 1.00 petang. Pegawai Operasi Tumpat, Azman Hasan berkata, tujuan ‘turn table’ manual dibongkarkan adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf landasan baharu yang menghubungkan Depoh Tumpat ke bahagian pencucian tren. 

KTM Berhad / Facebook

‘Turn table’ tersebut akan ditempatkan ke lokasi baharu sebaik sahaja perbincangan lanjut dilakukan sebagai simpanan sebahagian sejarah kereta api untuk tatapan generasi akan datang.

KTM Berhad / Facebook

Untuk rekod, ‘turn table’ ini mula digunakan pada tahun 1913 di Depoh Stokereta Tumpat, Kelantan yang pada ketika itu di bawah pentadbiran Federated Malay States Railway (FMSR).

KTM Berhad / Facebook

‘Turn table’ bersejarah ini dibina di England dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh Syarikat Patent Shaft & Axletree Engineers Co. Ld.

KTM Berhad / Facebook

Fungsi ‘turn table’ adalah untuk memusingkan lokomotif bagi menukarkan arah kedudukan ruang pemandu.

KTM Berhad / Facebook

Keunikan ‘turn table’ ini terletak pada titik graviti yang sangat sempurna, iaitu ia boleh dipusingkan dengan menggunakan dua hingga tiga orang kakitangan sahaja dalam satu-satu masa.

KTM Berhad / Facebook

Keseimbangan graviti membolehkan ‘turn table’ dapat memusingkan lokomotif dengan mudah sesuai dengan berat beban.

Kucing sayang kita atau tidak? Berikut 5 tanda-tandanya..

0

Jika dilihat melalui ekspresi, kucing sepertinya tidak mempunyai perasaan. Pernahkan anda tertanya-tanya sama ada kucing yang dibela sayangkan kita atau tidak?

Nampaknya anda tidak keseorangan kerana ia merupakan persoalan yang menghantui minda para pencinta kucing di luar sana.

Oleh itu, kami akan kongsikan 5 petanda bahawa kucing anda sememangnya sayangkan anda..

#1 Mengerdipkan mata

Jika kucing anda sentiasa memandang anda lalu mengerdipkan mata secara perlahan-lahan, mereka sebenarnya sedang menzahirkan rasa sayang terhadap anda.

Selain itu, ia menandakan bahawa mereka mempercayai kita, di mana kepercayaan merupakan asas terpenting dalam berkasih sayang.

#2 Menunggu kepulangan anda

Kucing yang dibela di dalam rumah semestinya hanya dapat menghabiskan masa seharian di rumah bukan?

Dan jika tidak dapat melihat anda di dalam rumah, maka mereka akan berasa sedikit cemas. Jadi jika mereka menunggu anda pulang, ini bermakna mereka sebenarnya sayang dan merindui anda.

#3 ‘Urutan’ istimewa

The Dodo/Twitter

Jika anda perasan, kucing akan menggerakkan kedua-dua kaki hadapannya tatkala sedang menyusu badan ibu mereka.

Ia sebenarnya bertindak dalam merangsang kalenjar susu untuk merembeskan lebih susu dan tabiat itu nampaknya turut dilakukan pada manusia.

Sekiranya kucing anda memberikan urutan sebegitu pada anda, ini bermakna anda dianggap sebagai ibu mereka dan mereka juga sangat menyayangi anda!

#4 Gemar mengekori

Kucing yang gemar mengikuti sahaja langkah anda juga bermakna bahawa mereka sukakan anda sebenarnya.

Pergerakan mereka nampaknya bergantung kepada langkah anda. Ia sebenarnya merupakan petanda bahawa mereka sangat menghargai anda.

#5 Memburu

Aktiviti merupakan sifat semula jadi kucing dan jika mereka membawa banyak hasil buruan untuk anda, itu tandanya bahawa mereka sayangkan anda.

‘Hadiah’ itu ditujukan khas buat anda kerana mereka ingin berkongsi hasil buruan itu bersama. Baiknya mereka, langsung tidak kedekut!

“Kalian bekerja keras”. Pelanggan pemurah beri staf restoran tip RM66,656 di AS

0

Pemberian tip merupakan amalan sosial masyarakat di Amerika Syarikat khususnya, di mana ia dilakukan secara sukarela mengikuti budi bicara pelanggan.

Ia kebiasaannya diberi apabila perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelanggan. Baru-baru ini, seorang pelanggan seperti biasa telah memberikan tip buat staf restoran di New Hampshire.

Malah jumlah tip yang diberikan agak luar biasa iaitu sebanyak $16,000 (RM66,656). Beruntung nampaknya pekerja terbabit!

Difahamkan bahawa pelanggan itu telah ke Stumble Inn Bar and Grill di Londonderry dan memesan makanan berjumlah $37.93 (RM158) sahaja, termasuk cukai.

Pada mulanya, staf restoran itu tidak perasan jumlah tip sebesar itu diberikan. “Ia ada di penyata kad kredit. Mereka letakkan di sebelah mesin daftar tunai”.

Pelanggan itu mengingatkan sebanyak 3 kali, “Jangan berbelanja kesemuanya di satu tempat”, ujar pemilik restoran, Mike Zarella.

“Ya Tuhan, adakah kamu serius?”, soal pekerja apabila mula menyedari jumlah tip sebanyak itu diberikan. “Saya mahu kamu semua menerimanya, kalian kerja keras”.

Menurut Mike, dia beranggapan bahawa pelanggan itu hanya berniat mahu memberi $160 sahaja dan tersilap menambah angka 0 dibelakang.

“Tidak, jumlahnya $16,000”, kata pelanggan itu sebaik sahaja Mike bertanya. Pelanggan itu juga enggan dirinya dikenali.

Sama seperti restoran lain, Stumble Inn and Grill ditutup selama beberapa bulan gara-gara pandemik COVID-19 dan hanya beroperasi dengan secara pembungkusan bawa pulang.

Pemberian tip ini merupakan jumlah terbesar yang pernah diterima restoran terbabit selama mereka beroperasi sebelum ini.

Rutin pagi ayam jantan ini ialah mengejar pemiliknya sebaik sahaja pintu pagar reban ayam dibuka

0

Biasa kita melihat haiwan ternak atau peliharaan seperti ayam membuat hal mereka sendiri seperti ayam jantan berkokok di waktu pagi, kemudian berarak-arakan dalam kumpulannya mengais makanan di atas tanah.

Atau makan dan minum dengan bekalan yang dihulurkan pemilik, manakala ayam betina bertelur dan mengeram di dalam reban masing-masing.

Hidup ayam peliharaan atau diternak yang ringkas, sebelum mereka mungkin akan dibuat lauk apabila tiba masanya.

NTD/Facebook

Dan berapa ramai kalangan anda memiliki ayam jantan istimewa dan disayangi, dengan hobinya yang akan mengejar sekuat hati ke arah sesiapa sahaja sebaik pintu rebannya yang comel itu dibuka?

NTD/Facebook

Seperti gadis ini yang juga rutin hariannya di waktu pagi ialah bersenam meregang otot, dan kemudian dikejar oleh si ayam jantan selepas pintu reban dibuka.

NTD/Facebook

Dia berlari pantas dengan sekuat hati, kerana ayam jantan itu berlari sekuat hati mengejar. Larian pecut yang patut dicatat masa setiap hari. 

Catatan masa yang mana paling pantas selepas dikejar oleh si ayam jantan ini.

NTD/Facebook

Ada netizen bersumpah yang ayam jantan mereka di rumah ladang tidak mempunyai kemampuan memecut laju seperti itu.

NTD/Facebook

Agak melucukan apabila ayam jantan ini tahu rutin hariannya ialah mengejar pemilik dan ia sememangnya satu rutin penjagaan kesihatan dan senaman secara semula jadi yang menyihatkan.

Tubuh badan bersama hati dan mental yang sentiasa sihat kerana anda akan spontan berlari sambil ketawa riang setiap hari atas jasa si ayam.

NTD/Facebook

Jika anda memiliki rumah ladang yang luas seperti gadis ini, maka bolehlah mencuba mengacah ayam jantan anda untuk keluar dari reban dan mana tahu dia juga boleh berlari memecut.

NTD/Facebook

Cuma terpulang kepada anda, sama ada sanggup atau tidak sanggup dikejar dengan larian pecut melulu itu.

NTD/Facebook

Rakaman video TikTok yang dimuat naik oleh influencer @kristopher.berry ini terus tular di media sosial dengan lebih 12 juta tontonan.

Tonton video di sini.

Klien tidak mampu bayar yuran guaman, peguam berbesar hati terima upah ketam hidup atas khidmat

0

Peguam jarang menulis atau berkongsi tentang kerjaya dan cabaran kes yang mereka lalui setiap hari disebabkan demi menjaga etika guaman dan juga kepentingan anak guam atau klien mereka.

Tetapi disebabkan seorang peguam ini telah berusaha keras untuk membantu anak guamnya dan hatinya pula agak mulia, maka kisahnya menjadi tular di Filipina, malahan mungkin di seluruh dunia.

Seorang peguam yang berkhidmat di Sorsogon City, Filipina dilaporkan menerima upah beberapa ekor ketam yang masih hidup, selepas klien yang diwakilinya memaklumkan tidak mampu membayar yuran guaman. 

Facebook

Peguam berhati mulia itu, Noel Allen Bose berkongsi gambar dirinya memegang ketam yang masih hidup dengan pakaian formalnya dan beg bimbit di tangan kiri ketika berada di hadapan mahkamah dan memuat naiknya di Facebook.

Noel Allen berkata selepas menyelesaikan perbicaraan kes anak guam berkenaan, beliau dimaklumkan yang dia tidak mempunyai wang untuk membayar yuran guaman dan bertanya sama ada khidmat guaman boleh dibayar dengan ketam yang telah ditangkap.

Noel Allen berkata tiada masalah dan beliau boleh menerima ketam hidup yang masih segar tersebut.

Facebook

“Wang bukanlah segala-galanya. Saya amat berbangga dapat berkhidmat untuk rakyat di negara ini yang kebanyakannya dari golongan miskin. Terima kasih semua,” kata Noel Allen.

Noel Allen menambah dalam hantarannya di Facebook, “Hadiah ketam ini sememangnya mengenyangkan, tetapi reaksi positif anda semua terhadap status ini menjadikan hati saya lebih terharu.”