28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 8, 2025
Utama Blog Laman 305

Pengeluaran i-Citra sehingga RM5,000, ikuti syarat dan cara untuk memohon

0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dan sektor ekonomi yang terjejas.

Berita RTM (Facebook)

Antara inisiatif kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pelaksanaan i-Citra bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, seramai 12.6 juta ahli KWSP akan menikmati pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap sebanyak RM1,000 sebulan selama lima bulan tertakluk kepada jumlah baki simpanan individu di dalam Akaun 1 dan 2.

Berita RTM (Facebook)

“Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. Nombor telefon bimbit yang sudah dikemas kini untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan bagi memudahkan proses permohonan”, jelas KWSP dalam satu kenyataan.

@KWSPMalaysia (Twitter)

Pelaksanaan i-Citra juga dijangkakan dapat menyalurkan sejumlah RM30 bilion kepada rakyat bagi tujuan menampung keperluan harian. Semua pencarum KWSP di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra secara atas talian dengan melayari icitra.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline i-Citra di 03-89224848.

Permohonan boleh dibuat bermula 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021. Pembayaran fasa pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun ahli mulai Ogos 2021.

Melihat ibunya memotong kek yang mirip patung beruang kesayangannya, kanak-kanak ini terus menangis kesedihan

0

Ramai kanak-kanak yang mempunyai mainan atau anak patung kesayangan yang sering dibawa bermain. Ada juga yang langsung tidak boleh berpisah sehingga kalau boleh mahu dibawa ke mana sahaja menunjukkan betapa sayangnya mereka kepada permainan mereka…

Namun, bayangkan jika mainan mereka ‘dibunuh’ di depan mata. Pastinya ianya sangat menyakitkan dan menyedihkan. Itulah yang berlaku kepada seorang anak kecil apabila anak patung beruang kesayangannya dipotong di depan matanya.

Semuanya bermula semasa sambutan hari jadinya yang kedua. Ibunya telah melakukan sebuah kejutan dengan membeli sebuah kek yang mirip anak patung beruang kesayangannya.

Pada mulanya dia seperti tiada akan apa yang bakal berlaku. Dia malah gembira kerana semua orang menyanyi untuk menyambut ulang tahunnya.

Dia kemudian meniup lilin di atas kek sehingga semuanya terpadam. Detik mendebarkan tiba apabila ibunya memotong kek tersebut. Apabila melihat sahaja apa yang dilakukan ibunya terus membuatnya menangis kesedihan. Mungkin dia menyangka ibunya telah memotong beruang kesayangannya.

Si kecil itu terus menangis sambil memukul bahu ibunya. Jelas sekali dia benar-benar kesedihan melihat ‘kawan baiknya’ dipotong.

Tonton video di sini.

Orang tengah sibuk dia hendak bergurau, buaya tunjuk gerun ini tak pasal-pasal kena bebel abang kerja taman buaya

0

Antara haiwan reptilia paling digeruni sudah tentulah buaya selain ular. Haiwan pemangsa ini kalau buka mulutnya dan berbunyi, “Ngap!” boleh buat semua orang lari lintang-pukang.

Jadi, tabik hormatlah kepada semua abang dan kakak yang boleh bekerja di zoo dan taman haiwan yang menguruskan haiwan pemangsa, seperti abang pekerja taman buaya yang seorang ini.

Seorang lelaki bernama Rizal bekerja di Taman Buaya Melaka. Gelagat lucu dan selambanya menegur seekor buaya ketika dia sedang bekerja telah dirakam menerusi aplikasi TikTok lalu ia menjadi tular baru-baru ini.

Facebook

Rizal kelihatan sedang membersihkan kandang buaya yang bernama Aris.

Aris ketika itu sedang ‘rilek’ dan kenyang sambil memerhatikan Rizal yang sedang bekerja menyapu sampah. 

Maka timbul dalam hatinya hendak menyapa Rizal yang rajin dan mungkin boleh bergurau dengannya. Aris mula mendekati Rizal dan secara perlahan-lahan membuka mulutnya yang menggerunkan itu.

Facebook

Macam seram sahaja tengok dekat-dekat macam itu, tetapi Rizal tak hairan pun dengan mulut besar Aris itu.

Bukan sahaja Rizal tidak takut dan gentar dengan si Aris, malahan buaya ini kena bebel lagi.

Facebook

Sambil menyapu, Rizal marahkan Aris dengan bebelannya, “Jangan nak menyibuk, orang nak menyapu. Tak ada masa nak bergurau!”

Dan si buaya Aris macam faham sahaja, lalu dia terus terdiam.

Facebook

Seterusnya, ketika Rizal berada lebih dekat dengan buaya itu untuk membersihkan kawasan dengan lebih bersih, dia diajak untuk bergurau sekali lagi dengan Aris mula membuka mulutnya yang luas.

Facebook

Tetapi dengan selambanya Rizal marah-marah dan membebel tak habis, “Diam! Orang banyak kerja menyibuk je nak bergurau.”

Facebook

Siapa yang gerun siapa dan siapa pula yang tersipu-sipu diam ni?

Tonton video di sini.

11 sektor diberi pra-kelulusan untuk beroperasi semasa Fasa Dua PPN – Ismail Sabri

0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan senarai sektor yang akan dibenarkan untuk beroperasi sekiranya negara akhirnya beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan lanjutan Fasa Satu yang menurut nilai ambang telah ditetapkan (4,000 kes ke bawah).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai positif 11 sektor yang akan dibenarkan adalah sektor pembuatan, serta sektor perdagangan dan pengedaran yang beroperasi seiringin sektor penting yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

Gambar Hiasan / Twitter

Enam sektor pembuatan yang akan diluluskan adalah dalam kategori berikut:

  • Automotif (kenderaan dan komponen) 
  • Seramik, 
  • Getah, 
  • Simen, 
  • Besi dan keluli
  • Perabot untuk tujuan eksport.

Manakala dalam sektor perdagangan dan pengedaran, lima kategori yang akan diluluskan adalah:

  • Kedai buku dan alat tulis 
  • Komputer dan telekomunikasi 
  • Barangan dan peralatan elektrik
  • Kedai mencuci kereta
  • Kedai gunting rambut (perkhidmatan asas sahaja).

“Berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan akan mengekalkan Fasa Satu PPN di seluruh negara seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri,” katanya.

“Ini mengambil kira keadaan semasa di mana kita belum berjaya beralih dari Fasa Satu ke Fasa Dua di mana grafik kes positif baharu harian kita menunjukkan arah trend mendatar,” katanya dalam kenyataan media.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berakhir 28 Jun akan dilanjutkan ekoran jumlah jangkitan COVID-19 negara belum memenuhi nilai ambang yang ditetapkan.

Malaysia belum lagi dapat keluar dari Fasa Satu sehingga ketiga indikator yang digariskan dalam PPN dicapai iaitu kes baharu di bawah 4,000 setiap hari, permintaan ‘sederhana’ ke atas kapasiti rawatan intensif (ICU), dan kadar vaksinasi bagi populasi menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus di negara ini telah dipenuhi.

Majlis Keselamatan Negara / Facebook

Negara mencatat 5,586 kes positif baharu pada 27 Jun, jauh dari sasaran ambang ditetapkan yang membolehkan sekatan sektor tertentu dibenarkan beroperasi semula bagi mengembalikan ekonomi ke jalan pemulihan.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) untuk fasa PPN ditetapkan, Ismail Sabri berkata perjalanan rentas daerah dan negeri masih tetap tidak dibenarkan kecuali bagi pergerakan guru dan pelajar bagi tujuan menghadiri kelas peperiksaan di bawah fasa dua.

Selain itu, pengecualian perjalanan rentas negeri untuk pasangan jarak jauh adalah bagi tujuan khas dan kecemasan yang tertakluk kepada kelulusan Polis Diraja Malaysia.

Kelonggaran lain yang dibenarkan semasa fasa dua termasuk aktiviti sukan dan rekreasi tanpa bersentuhan fizikal dan waktu operasi yang disemak semula untuk restoran, kedai makan dan lain-alain peniagaan makanan iaitu dari 6 pagi hingga 10 malam seperti yang diumumkan.

Bagi Fasa Tiga, Ismail Sabri berkata semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali tiga yang disenaraikan sebagai sektor berisiko tinggi.

Ketiga-tiga sektor itu adalah spa, pedicure dan manicure selain tempat hiburan seperti pub dan kelab malam.

Sekatan perjalanan juga akan dilonggarkan di bawah fasa tiga untuk tujuan pelancongan dalam negeri tertakluk kepada risiko semasa dan SOP ketat. Perjalanan pelancongan rentas negeri masih dilarang.

PKP 3.0, PKP penuh atau ‘total lockdown’, dilaksanakan pada 1 Jun, setelah kes positif harian COVID-19 melonjak melepasi 7,000 kes pada akhir Mei.

‘Total lockdown’ dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas itu bermula 15 Jun hingga 28 Jun.

PEMULIH : PM umum bantuan untuk miskin tegar, B40, M40 bermula Ogos

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan diberikan kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40.

Ia turut melibatkan golongan warga emas dan bujang, di mana ia akan mula dilaksanakan bermula bulan Ogos akan datang.

Sejumlah RM150 bilion diperuntukkan untuk usaha ini dan menurut beliau, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas dan bujang.

“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November dan RM300 pada bulan Disember”.

“Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November 2021”, katanya.

Untuk isi rumah B40, beliau mengumumkan bahawa bantuan sebanyak RM500 akan disalurkan pada Ogos dan RM300 lagi pada bulan Disember.

Sementara golongan bujang B40 pula akan menerima bantuan berjumlah RM200 pada bulan Ogos kelak.

Bernama

Tambahnya, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori ini bakal menerima bantuan sebanyak RM100 pada bulan Ogos.

Jelasnya lagi, sejumlah RM500 akan diberikan kepada individu yang kehilangan pekerjaan mengikut data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO pada tahun 2021.

Dalam pada itu, untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), penerima akan menerima sejumlah RM500 secara berperingkat mulai esok.

Manakala untuk bantuan berjumlah RM100 hingga RM1,400 pada fasa ketiga termasuk dengan rayuan BPR yang berjaya akan disalurkan pada bulan September.

Gelagat beruang mandi dalam tab buat ramai terkesima. Siap kasi ciuman lagi, manja betul!

0

Tidak seperti kebanyakan kucing dan kambing, beruang merupakan antara haiwan yang menikmati saat berada di dalam air.

Di habitat asal, beberapa spesies beruang termasuklah beruang hitam, beruang perang, Grizzly, Kodiak dan malah beruang Polar gemar menghabiskan masa di dalam air.

Foto hiasan/Pixabay

Baru-baru ini, tular satu video comel memaparkan seekor beruang bernama Balu sedang seronok bermain air dan berendam di dalam tab mandi.

Mandi siap baring terlentang lagi, sama macam manusia. Anda tengoklah sendiri aksinya :

ViralHog/YouTube

Video berkenaan dipercayai dirakamkan di Saratov, Rusia pada 20 Jun yang lepas. Memang manja betul beruang itu bukan?

Selain santai menikmati mandian di bawah cahaya matahari, individu yang menemani Balu turut membantu menggosok perutnya.

ViralHog/YouTube

Malah Balu turut memberikan ciuman pada individu terbabit! Untuk pengetahuan anda, beruang adalah haiwan yang mahir berenang.

ViralHog/YouTube

Dan jika dibandingkan dengan manusia, beruang mampu berenang hingga 6 batu sejam manakala manusia secara puratanya hanya berenang antara 1-3 batu sejam.

Menurut sumber, beruang juga akan menghampiri air hanya untuk menikmati keseronokan apabila tubuhnya basah ataupun untuk menyejukkan badan.

Restoran dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam bermula 28 Jun

0

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi bagi premis makanan yang bermula seawal 6 pagi hingga jam 10 malam.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Jalan Bernama, Kuala Lumpur pada 2 April lalu. (Facebook)

Menurut beliau, keputusan untuk melanjutkan waktu operasi premis makanan berkenaan dibuat selepas mengambil kira rayuan serta pandangan para pengusaha kedai makan. Ia meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, kiosk jualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian dan kedai makanan haiwan.

“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam. Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021”.

Semua kedai makan dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam. (Facebook)

Pada masa sama, Ismail turut memaklumkan seramai 798 individu telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah berkenaan, 762 individu telah dikenakan kompaun manakala 24 lagi direman dan selebihnya telah diikat jamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (172), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (119), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (114), tidak memakai pelitup muka (108), membawa penumpang berlebihan (69) dan lain-lain (216)”.

Astro Radio News/Facebook

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa negara masih lagi berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas tempoh PKP 3.0 tamat pada 28 Jun. Walau bagaimanapun, Fasa 1 ini kekal diteruskan sehingga nilai ambang PPN kurang daripada 4,000 kes.

Berani samun klinik gigi, dua ditahan polis sementara baki suspek sedang diburu

0

Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan tularnya video menunjukkan kejadian samun yang berlaku di sebuah klinik pergigian.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Taman Melati, di mana tiga suspek kelihatan bersenjatakan parang telah menyebabkan pihak klinik mengalami kerugian berjumlah RM10,000.

Berikut merupakan video yang tular di Facebook :

The Star/Facebook

Suspek pada mulanya dilihat meletakkan kereta jenis Proton Saga lalu bertindak memasuki premis, diikuti dengan dua lagi rakannya.

The Star/Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah, dua daripada suspek berusia 30 dan 32 tahun ditahan di sekitar Wangsa Maju 4 jam selepas kejadian itu.

The Star/Facebook

Sementara pihaknya masih lagi memburu dua lagi baki suspek yang masih bebas, disyaki turut terlibat dalam kegiatan samun terbabit.

Hasil semakan juga mendapati bahawa kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

The Star/Facebook

The Star/Facebook

Sementara pihak polis turut merampas kereta jenis Proton Saga serta sebilah parang yang disyaki digunakan suspek berkenaan dalam kejadian itu.

Kedua-dua suspek telah direman selama 6 hari bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Warga emas tumpangkan remaja OKU, polis sahkan tiada cubaan culik seperti yang tular di media sosial

0

GOMBAK – Tindakan seorang warga emas berusia 80 tahun yang membenarkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaannya telah disalah ertikan apabila dia didakwa cuba menculik gadis tersebut, semalam.

Sebelum ini terdapat sebuah video berdurasi 26 saat yang tular di laman sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku dirinya ibu kepada remaja OKU tersebut dilihat cuba menghalang kereta yang dipandu warga emas berkenaan termasuk dengan menyerangnya kerana didakwa cuba menculik dan melarikan anaknya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, berdasarkan siasatan, pengadu (ibu mangsa) yang berumur 54 tahun bersama anaknya (mangsa) yang berusia 16 tahun telah pergi ke sebuah warung di hadapan sebuah bank di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan sekitar jam 9 pagi.

“Sebaik selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya telah tiada dan peniaga yang berada di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya itu telah mengikut seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang kenalan pengadu telah memuat naik video kejadian yang berlaku ke beberapa kumpulan aplikasi WhatsApp sehingga kenderaan yang membawa anaknya berjaya ditemui orang awam di Saujana Rawang sekitar pukul 12.30 tengah hari, pada hari yang sama.

“Bagaimanapun, pengadu mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, siasatan juga mendapati ketika mangsa bersama pengadu di gerai tempat untuk membeli sarapan, mangsa telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan pengadu dan telah menahan kenderaan yang dipandu warga emas itu.

“Warga emas yang menaiki kenderaan tanpa penumpang lain itu berhenti dan membenarkan mangsa menaiki kenderaannya dengan beranggapan remaja tersebut meminta pertolongan.

“Bagaimanapun, warga emas berkenaan tidak pasti arah tuju hendak membawa mangsa kerana mangsa tidak berkata apa-apa sehinggalah ditahan oleh beberapa buah kenderaan dan orang awam di sekitar Saujana Rawang dan menuduhnya cuba membawa lari mangsa,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, daripada siasatan yang dijalankan, pihak polis mengesahkan bahawa tiada elemen culik atau melarikan dengan cara yang salah sepertimana yang tular.

“Dalam kes ini, pengadu telah membuat penarikan laporan polis yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang,” katanya lagi.

Inilah penjaga stesen komuter paling comel yang pastikan orang ramai miliki kad atau tiket sebelum masuk ke dalam

0

Apakah hobi haiwan kesayangan anda? Bermain bola, mengejar rama-rama atau merosakkan perabot di rumah? Tidak kira lah apa pun aktiviti kesukaan mereka kerana pastinya mereka menikmati masa-masa tersebut dengan seronok.

Bagi kucing ini pula, dia bukan sahaja miliki hobi malah hobinya telah membuatnya memiliki karier tersendiri. Tidak percaya?

Inilah kucing penjaga stesen komuter yang begitu komited dengan kerjanya. Tugasnya mudah, hanya duduk di atas tempat pengimbas dan memastikan orang ramai miliki kad atau tiket sebelum mereka melintasi tempat pengimbas tersebut.

Ketika kucing lain seronok bermain dan berlari, dia pula sibuk bekerja untuk mencari sesuap makanan…

Apa-apa pun, pasti ramai yang setuju jika dikatakan inilah penjaga komputer paling comel!