26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
UtamaNasionalMuhyiddin : Fasa pertama Pelan Pemulihan Negara disambung

Muhyiddin : Fasa pertama Pelan Pemulihan Negara disambung

Fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir pada 28 Jun, tidak akan ditamatkan dan disambung, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah katanya, tempoh itu perlu disambung ekoran jumlah jangkitan kes COVID-19 masih tidak menurun di bawah nilai ambang 4,000 kes yang diperlukan untuk beralih ke fasa berikutnya.

Astro Radio News/Facebook

Beliau menafikan bahawa kawalan pergerakan itu bakal tamat. “Saya kata, mulai sekarang kita tidak sebut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi sebut kita berada dalam fasa”.

“Sekarang ini fasa pertama PPN, sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya”, ulasnya lagi ketika meninjau PPV di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

“Kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjut sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 dengan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan”.

Astro Radio News/Facebook

Tambahnya lagi, fasa pertama Kawalan Pergerakan itu menguji ketahanan negara agar berupaya melalui proses bagi kesemua fasa yang ada pada PPN dengan baik.

Muhyiddin pada 15 Jun mengumumkan bahawa PPN yang merangkumi empat fasa akan beralih secara berperingkat.

Untuk beralih ke fasa kedua, purata kes harian COVID-19 perlu di bawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam juga tidak lagi berada di peringkat kritikal.

Ini termasuklah kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana, sementara 10% daripada jumlah populasi di Malaysia sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

Manakala untuk ke fasa ketiga pula, purata kes harian COVID-19 perlu turun di bawah 2,000 kes dan nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal adalah pada akhir bulan Ogos akan datang.

Sementara peralihan ke fasa keempat dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober kelak.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI