Ramai kanak-kanak yang mempunyai mainan atau anak patung kesayangan yang sering dibawa bermain. Ada juga yang langsung tidak boleh berpisah sehingga kalau boleh mahu dibawa ke mana sahaja menunjukkan betapa sayangnya mereka kepada permainan mereka…
Namun, bayangkan jika mainan mereka ‘dibunuh’ di depan mata. Pastinya ianya sangat menyakitkan dan menyedihkan. Itulah yang berlaku kepada seorang anak kecil apabila anak patung beruang kesayangannya dipotong di depan matanya.
Semuanya bermula semasa sambutan hari jadinya yang kedua. Ibunya telah melakukan sebuah kejutan dengan membeli sebuah kek yang mirip anak patung beruang kesayangannya.
Pada mulanya dia seperti tiada akan apa yang bakal berlaku. Dia malah gembira kerana semua orang menyanyi untuk menyambut ulang tahunnya.
Dia kemudian meniup lilin di atas kek sehingga semuanya terpadam. Detik mendebarkan tiba apabila ibunya memotong kek tersebut. Apabila melihat sahaja apa yang dilakukan ibunya terus membuatnya menangis kesedihan. Mungkin dia menyangka ibunya telah memotong beruang kesayangannya.
Si kecil itu terus menangis sambil memukul bahu ibunya. Jelas sekali dia benar-benar kesedihan melihat ‘kawan baiknya’ dipotong.
Tonton video di sini.