Semua orang tahu baju kelawar atau kaftan itu satu pakaian yang selesa dipakai oleh para isteri dan suri rumah tangga ketika mereka berada di rumah, dengan kesibukan melakukan urusan rumah tangga dan menjaga anak-anak.
Malahan turut dipakai oleh sebilangan suami juga, pada suatu ketika dahulu apabila ada suami menjadi ‘tension’ akibat PKP, lalu mula merembat baju kelawar si isteri untuk tukar suka sama suka. Tetapi itu untuk suami yang suka.
Tular baru-baru ini, apabila seorang isteri memuat naik video TikTok yang agak melucukan apabila dia secara berseloroh memerli suaminya dengan kapsyen, “My husband ask why I always in my baju kelawar at home.”
Jadi kakak ini pun tersedar lalu mula transformasikan dirinya:
Dengan penuh gaya siap serta aksesori, ketika sedang menyedut karpet dan lantai memegang penyedut hampagas.
Ketika masak pegang ‘handbag’ di tangan kiri gaya mak datin. Masak guna sebelah tangan je pun dah sedap..
Angkat kain jemuran, hujan pun kena pakai cantik-cantik walaupun bukan dekat laman tau, tepi balkoni je.
Siram pokok bunga hiasan pun kena berhias cantik, kalau pakai baju kelawar, mati pulak pokok tu nanti kot.
Paling penting, bila cuci bilik air sambil sental-sental tu, kenalah melaram. Kalau basah baju cantik dan anggun je, tidak ada nampak masalah.
Ini anak-anak kalau ada, mesti siap tanya, “Ibu hendak keluar ke? Hendak ikut boleh?”
Tetapi hendak buat macam mana, maklum syurga bawah tapak kaki suami. Bila suami tanya macam dia tidak suka baju kelawar tu, kena transformasi diri jadi isteri mithali.
Isteri kena berhias untuk suami. Tidak boleh engkar kata dan perintah suami, nanti jadi derhaka pula.
Tonton video di sini.