25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaRakyat lancar kempen Kibar Bendera Putih bagi bantu golongan dalam kesulitan

Rakyat lancar kempen Kibar Bendera Putih bagi bantu golongan dalam kesulitan

“Jangan berdiam, naikkan sahaja bendera putih di depan rumah. Kita semua faham jika semua memainkan peranan. #RakyatJagaRakyat”.

MSN

“Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang. Elakkan stres. Tidak perlu merayu dan malu. Hanya kibarkan kain putih, semoga ada yang membantu”.

Facebook

Seluruh rakyat Malaysia kini sedang melancarkan kempen kibarkan bendera putih sebagai tanda isyarat kepada orang lain sekiranya sedang mengalami masalah terputus bekalan makanan atau memerlukan bantuan dalam kadar segera.

Ramai warganet mula berkongsi mesej kempen yang sama di samping menyelitkan pesanan kepada orang lain agar tidak mengambil tindakan drastik ketika sedang menghadapi kesulitan. Hal ini berikutan peningkatan kes bunuh diri yang sering terpampang di media sosial akibat tekanan hidup.

Utusan

Perkara ini turut mendapat perhatian Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi yang menyambut baik kempen berkenaan.

Malaysia Dateline

“Mana-mana rumah yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera, sila kibarkan bendera putih. Saya menyeru kepada rakan-rakan ahli AMANAH, khususnya AWAN agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana-mana rumah yang mengibarkan Bendera Putih”.

Malaysia Dateline

Selebriti terkenal negara, Datuk Aznil Haji Nawawi turut berkongsi mesej sama bagi menyokong pergerakan Kempen Bendera Putih menerusi laman Twitter beliau.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI