31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita Utama11 sektor diberi pra-kelulusan untuk beroperasi semasa Fasa Dua PPN - Ismail...

11 sektor diberi pra-kelulusan untuk beroperasi semasa Fasa Dua PPN – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan senarai sektor yang akan dibenarkan untuk beroperasi sekiranya negara akhirnya beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan lanjutan Fasa Satu yang menurut nilai ambang telah ditetapkan (4,000 kes ke bawah).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai positif 11 sektor yang akan dibenarkan adalah sektor pembuatan, serta sektor perdagangan dan pengedaran yang beroperasi seiringin sektor penting yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

Gambar Hiasan / Twitter

Enam sektor pembuatan yang akan diluluskan adalah dalam kategori berikut:

  • Automotif (kenderaan dan komponen) 
  • Seramik, 
  • Getah, 
  • Simen, 
  • Besi dan keluli
  • Perabot untuk tujuan eksport.

Manakala dalam sektor perdagangan dan pengedaran, lima kategori yang akan diluluskan adalah:

  • Kedai buku dan alat tulis 
  • Komputer dan telekomunikasi 
  • Barangan dan peralatan elektrik
  • Kedai mencuci kereta
  • Kedai gunting rambut (perkhidmatan asas sahaja).

“Berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan akan mengekalkan Fasa Satu PPN di seluruh negara seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri,” katanya.

“Ini mengambil kira keadaan semasa di mana kita belum berjaya beralih dari Fasa Satu ke Fasa Dua di mana grafik kes positif baharu harian kita menunjukkan arah trend mendatar,” katanya dalam kenyataan media.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berakhir 28 Jun akan dilanjutkan ekoran jumlah jangkitan COVID-19 negara belum memenuhi nilai ambang yang ditetapkan.

Malaysia belum lagi dapat keluar dari Fasa Satu sehingga ketiga indikator yang digariskan dalam PPN dicapai iaitu kes baharu di bawah 4,000 setiap hari, permintaan ‘sederhana’ ke atas kapasiti rawatan intensif (ICU), dan kadar vaksinasi bagi populasi menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus di negara ini telah dipenuhi.

Majlis Keselamatan Negara / Facebook

Negara mencatat 5,586 kes positif baharu pada 27 Jun, jauh dari sasaran ambang ditetapkan yang membolehkan sekatan sektor tertentu dibenarkan beroperasi semula bagi mengembalikan ekonomi ke jalan pemulihan.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) untuk fasa PPN ditetapkan, Ismail Sabri berkata perjalanan rentas daerah dan negeri masih tetap tidak dibenarkan kecuali bagi pergerakan guru dan pelajar bagi tujuan menghadiri kelas peperiksaan di bawah fasa dua.

Selain itu, pengecualian perjalanan rentas negeri untuk pasangan jarak jauh adalah bagi tujuan khas dan kecemasan yang tertakluk kepada kelulusan Polis Diraja Malaysia.

Kelonggaran lain yang dibenarkan semasa fasa dua termasuk aktiviti sukan dan rekreasi tanpa bersentuhan fizikal dan waktu operasi yang disemak semula untuk restoran, kedai makan dan lain-alain peniagaan makanan iaitu dari 6 pagi hingga 10 malam seperti yang diumumkan.

Bagi Fasa Tiga, Ismail Sabri berkata semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali tiga yang disenaraikan sebagai sektor berisiko tinggi.

Ketiga-tiga sektor itu adalah spa, pedicure dan manicure selain tempat hiburan seperti pub dan kelab malam.

Sekatan perjalanan juga akan dilonggarkan di bawah fasa tiga untuk tujuan pelancongan dalam negeri tertakluk kepada risiko semasa dan SOP ketat. Perjalanan pelancongan rentas negeri masih dilarang.

PKP 3.0, PKP penuh atau ‘total lockdown’, dilaksanakan pada 1 Jun, setelah kes positif harian COVID-19 melonjak melepasi 7,000 kes pada akhir Mei.

‘Total lockdown’ dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas itu bermula 15 Jun hingga 28 Jun.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI