29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 288

Dua lelaki pengsan selepas terima vaksin berpunca daripada perut kosong

0

Perut kosong dan lapar menjadi punca dua lelaki tular yang pengsan setelah mendapatkan suntikan vaksin di Sabah baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi Pengarahnya, Dr Rose Nani Mudin.

“Kedua-dua lelaki tersebut pengsan selama beberapa minit, tidak lama selepas menerima suntikan mereka, akibat kelaparan”.

The Star

Menurut beliau, situasi yang berlaku terhadap kedua-dua individu terbabit di pusat pemberian vaksin (PPV) di Sandakan itu juga bukanlah disebabkan oleh vaksin.

Sementara itu, terdapat dakwaan tular di media sosial yang mengatakan salah seorang daripada mereka meninggal dunia juga adalah palsu.

Tambahnya lagi, adalah tidak digalakkan oleh setiap penerima vaksin untuk hadir ke mana-mana PPV dalam keadaan perut kosong.

The Star

Ini kerana waktu menunggu di sesetengah PPV berkemungkinan mengambil masa sehingga sejam atau lebih.

Dalam pada itu, siasatan mendapati bahawa salah seorang daripada mereka tidak makan sejak malam sebelumnya.

Sementara seorang lagi kali terakhir makan adalah pada pagi janji temu berkenaan.

“Setelah kembali sedar, kedua-dua mereka kemudian diberikan pemerikaaan dan pemantauan kesihatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah”, ujarnya.

Pakar ekonomi : Lebih ramai rakyat Malaysia akan muflis selepas moratorium berakhir

0

KUALA LUMPUR – Dua pakar ekonomi berpendapat akan berlakunya peningkatan dari segi jumlah individu muflis dan syarikat yang gulung tikar apabila tempoh moratorium pinjaman bank ditamatkan.

Menurut pakar ekonomi dari Universiti Sunway iaitu profesor Yeah Kim Leng, pinjaman moratorium membolehkan peminjam yang berada dalam situasi gawat kewangan mengelakkan diri daripada menjadi muflis dengan menanggungkan pembayaran pinjaman. Namun, hal ini juga bermakna akan ada kemungkinan kadar muflis akan menjadi lebih tinggi sebaik sahaja tempoh moratorium ini berakhir.

Sumber: The Edge Markets

“Walau bagaimanapun, moratorium juga menutupi tahap sebenar masalah kewangan yang dihadapi oleh peminjam. Peningkatan kadar muflis akan berlaku pada akhir tempoh terutamanya jika peminjam mengalami kerugian tetap dalam pekerjaan mahupun pendapatan perniagaan”.

The Edge melaporkan terdapat pengurangan kadar muflis dalam tempoh lima tahun terdahulu. Pada tahun 2016, sebanyak 19,588 kes dilaporkan dan jumlah itu berkurang kepada 18,277 kes pada tahun berikutnya. Pada 2018, 16,482 kes dilaporkan manakala tahun 2019 pula mencatatkan sebanyak 12,051 kes dan hanya 8,351 kes pada tahun lepas. Sementara itu, dari Januari hingga April, jumlah kes yang direkodkan adalah sebanyak 2,954 kes.

Laporan tersebut turut menyebut penularan wabak virus COVID-19 tidak mempengaruhi peningkatan kes muflis bagi tahun 2020 meskipun tahap ekonomi terkesan. Hal ini kerana pada ketika itu, pihak kerajaan bertindak meningkatkan tahap hutang minimum daripada RM50,000 kepada RM100,000 sebelum prosiding muflis dimulakan menerusi pemfailan petisyen kebankrapan.

Yeah turut berpendapat bahawa pengurangan kes muflis dicatatkan pada tahun lalu boleh berlaku disebabkan oleh kelewatan kesan kewangan. Misalnya, pemiutang akan berusaha untuk mendapatkan kembali hutang daripada peminjam sebelum benar-benar memfailkan individu itu sebagai muflis.

Sumber: iProperty

Sementara itu, ketua ekonomi AmBank Group iaitu Anthony Dass turut mengakui berlakunya penurunan kes muflis di Malaysia sejak tahun 2018 meskipun keadaan ekonomi berada pada tahap yang buruk pada tahun 2020. Jelas Dass, salah satu faktor yang mendorong kepada penurunan kadar muflis ini adalah penutupan mahkamah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dass turut menjelaskan bahawa pelaksanaan moratorium yang diperkenalkan pada Julai tahun ini untuk individu dan syarikat akan meningkatkan lagi kadar muflis sekiranya peminjam termasuk dalam kategori mempunyai baki hutang melebihi RM100,000.

Peminjam yang mempunyai baki hutang kurang daripada RM100,000 tidak akan dimasukkan ke dalam kategori muflis tetapi akan disenaraihitam sekali gus menyukarkan peminjam untuk membuat permohonan pinjaman di masa hadapan.

Pada masa sama, Yeah menyatakan sektor perniagaan memiliki harapan yang tipis untuk membaik pulih keadaan perniagaan masing-masing sekiranya perintah berkurung terus dilaksanakan memandangkan mereka tidak dibenarkan beroperasi sehingga terpaksa mengambil tindakan dengan memberhentikan pekerja.

Sumber: The Star

Yeah turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil inisiatif bagi membantu perniagaan yang terjejas untuk pulih semula dengan menyalurkan lebih banyak sumber daya ke unit latihan hutang yang dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia bagi menyelamatkan syarikat yang mempunyai prospek pemulihan kuat.

Dass pula menyarankan kerajaan untuk membantu syarikat yang mencari modal kerja untuk menopang perniagaan mereka sekali gus mencegah daripada muflis. Hal ini sekali gus akan membantu menyelamatkan pekerjaan bagi majoriti rakyat Malaysia.

Tips terbaru untuk menikmati telur rebus tanpa perlu mengupas kulitnya

0

Merebus telur adalah proses memasak yang cukup mudah dan cepat. Apa yang anda perlukan hanya telur dan air. Tetapi, apa yang membuatkan ramai geram adalah setelah telur itu direbus sepenuhnya.

Sumber: Business Insider

Anda pasti pernah berhadapan dengan situasi di mana kulit telur itu melekat bersama isi telur putih sekali gus membuatkan telur itu tidak kelihatan cantik dan licin. Ramai warganet yang berkongsi tips untuk mengupas telur agar kelihatan cantik dan licin. Antaranya seperti meniup telur keluar daripada kulitnya, menggoncangkan telur di dalam botol berisi air dan lain-lain.

Sumber: NowNews

Terbaru, seorang pengguna Internet telah berkongsi kaedah terbaru untuk mendapatkan hasil telur rebus yang cantik tanpa perlu bersusah-payah untuk mengupasnya. Caranya adalah dengan menyapu sedikit minyak pada mangkuk kecil sebelum memasukkan sebiji telur mentah di dalam mangkuk tersebut.

Kemudian, tambah 1/3 cawan air ke dalam mangkuk berisi telur berkenaan dan masak di dalam periuk nasi. Masukkan juga 1/2 cawan air di dalam periuk dan tutup periuk dengan tudungnya. Jika anda sukakan telur rebus separuh masak, anda boleh mengurangkan kadar air di dalam periuk.

Sumber: NowNews

Setelah masak, anda boleh membuang lebihan air di dalam mangkuk telur sebelum dihidangkan. Hasilnya, telur rebus anda akan membulat dengan cantik dan kelihatan licin. Majoriti warganet berterima kasih kerana memberikan idea untuk merebus telur tanpa perlu mengupas kulitnya.

Sumber: detikfood

“Terima kasih, nampak senang untuk dilakukan. Akhirnya, tak perlu bersusah payah mengutip serpihan kulit telur yang pecah. Sangat praktikal”.

“Saya dah cuba dan berjaya! Rasanya juga sedap”.

Haiwan di zoo mula bergaduh apabila melihat sekumpulan pengunjung bergaduh antara mereka

0

BEIJING- Baru-baru ini, sekumpulan pelancong dilaporkan telah terlibat dalam sebuah pergaduhan akibat perselisihan faham. Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di sebuah zoo yang terletak di Daerah Daxing, Beijing.

Menurut laporan di Global Times, pergaduhan tersebut berlaku pada petang Sabtu 7 Ogos lalu.

Pergaduhan antara kedua-dua kumpulan pengunjung itu pada awalnya hanyalah perbalahan lisan tetapi ianya bertukar kepada pergaduhan secara fizikal.

Video pergaduhan mereka mula menjadi tular tidak lama kemudian.

Video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya enam orang yang terlibat dalam pergaduhan itu. Ada antara mereka yang saling menarik rambut, mengoyakkan pakaian, menampar bahkan ada yang saling menendang antara satu sama lain.

Pergaduhan tersebut walau bagaimanapun akhirnya berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Menurut penyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa zoo, pengunjung yang bergaduh itu saling menjerit, mengoyakkan pakaian sehingga ramai pelancong lain serta haiwan di zoo yang menyaksikan kejadian tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, insiden tersebut merupakan kejadian gaduh kali pertama yang berlaku di zoo itu.

Selain itu, ada laporan yang mengatakan bahawa haiwan-haiwan di sana juga ada menyaksikan kejadian tersebut sehingga ada antara mereka yang meniru aksi tersebut apabila ada haiwan yang mula bergaduh antara satu sama lain.

Keadaan dikatakan tidak terkawal sehingga penjaga zoo terpaksa masuk untuk meleraikan pergaduahn yang terjadi.

Apa yang paling membimbang ialah apabila kejadian tersebut turut disaksikan oleh pengunjung lain termasuk kanak-kanak. Bayangkan apa yang akan berlaku jika kanak-kanak di situ cuba meniru aksi yang dilihat mereka. Bukankah ianya sesuatu yang tidak baik?

COVID-19 : Saintis Britain beri amaran ‘strain’ baru kebal terhadap vaksin bakal muncul

0

Pada 30 Julai lalu, kerajaan Britain mengeluarkan laporan bahawa bakal muncul virus COVID-19 ‘dikemas kini’, yang berupaya untuk menggagalkan semua vaksin.

Laporan bertarikh 26 Julai berkenaan diterbitkan oleh Scientific Advisory Group for Emergency Situations (SAGE) di Britain.

Penyelidikan tersebut dilakukan dengan menyingkirkan teoretikal saintifik dan ini bermakna bahawa varian virus baru cukup kuat untuk mengalahkan vaksin sedia ada pada waktu ini.

Menurut para saintis, adalah tidak mungkin bahawa manusia akan membasmi virus berkenaan. Mereka juga yakin bahawa varian baru akan muncul, dengan mengalami mutasi antigen.

Mutasi terhadap virus itu akan berlaku secara beransur-ansur dan perlahan sehingga akhirnya ia akan menyebabkan kegagalan terhadap vaksin sedia ada.

Mereka turut menyarankan agar kerajaan terus meminimakan penyebaran virus untuk mengurangi kemungkinan virus varian baru yang lebih kebal terhadap vaksin.

Para saintis juga menyatakan bahawa fokus penyelidikan vaksin baru tidak hanya tertumpu kepada pencegahan kemasukan ke hospital dan penyakit, tetapi juga pada keberkesanan tinggi dan ketahanan imuniti.

Matlamat pencegahan wabak adalah untuk mengurangkan jangkitan dan penyebaran orang yang telah divaksinasi. Dilaporkan bahawa beberapa syarikat yang mengeluarkan vaksin COVID-19 telah memulakan penyelidikan mengenainya.

Laporan itu menganalisis bahawa beberapa varian virus yang muncul dalam beberapa bulan terakhir mengalami kekurangan sensitiviti terhadap kekebalan yang dihasilkan vaksin.

Namun masih tiada virus yang dapat lolos daripada vaksin secara sepenuhnya. Sungguhpun begitu, terdapat amaran bahawa varian virus ini akan bermutasi tatkala penggunaan vaksin semakin tinggi.

“Ketika penggunaan vaksin menjadi lebih popular, virus akan dapat menghindari kekebalan imuniti vaksin dan akan menyebar dengan cepat”.

Sewaktu perbincangan pada 7 Julai lalu, para saintis SAGE menyatakan bahawa kadar vaksinasi yang tinggi berkemungkinan besar menyebabkan virus mutan dapat lolos daripada vaksin.

Ujar mereka, kemungkinan kejadian ini belum diketahui. Namun varian ini akan membawa risiko yang besar bagi United Kingdom dan masyarakat antarabangsa.

22 atlet galas cabaran ke Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini

0

Olimpik Tokyo 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu dan ia akan disusuli dengan Sukan Paralimpik yang dijadualkan bermula pada 24 Ogos kelak.

Sukan Paralimpik 2020 yang berlangsung sehingga 5 September di Tokyo, Jepun itu merupakan Sukan Paralimpik yang ke-16 diadakan.

Reuters

Menurut laporan, seramai 22 orang atlet akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis acara sukan pada temasya terbabit.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata kesemua atlet akan ditemani 16 orang jurulatih.

Selain itu, kontinjen akan turut ditemani seorang caperon dan 22 orang pegawai perubatan dan petugas sekretariat.

Bernama

Dalam pada itu, kontinjen Sukan Paralimpik tanah air juga memberi bayangan bahawa pencapaian tiga pingat emas dan satu perak yang diraih semasa di Rio 2016 mungkin mampu diatasi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata jangkaan itu hadir selepas melihat persiapan, perkembangan dan prestasi yang ditunjukkan atlet para negara.

China Press

“Saya optimis dengan persiapan dan keseungguhan (atlet) di samping prestasi yang ditunjukkan dalam tempoh setahun ini”.

“Insya-Allah paralimpik juga jadi penyumbang, bukan saja pingat emas yang kita dapat di Rio, malah lebih dari itu”.

Dilahirkan hanya seberat 212 gram, bayi dari Malaysia ini antara bayi paling ringan di dunia yang cekal bertahan

0

Kwek Yu Xuan kini berusia 14 bulan dan semakin sihat setelah dibenarkan keluar dari hospital.

Bayi kecil berusia 14 bulan yang dilahirkan oleh ibu bapanya yang merupakan warganegara Malaysia menetap di Singapura ini mungkin bayi paling ringan di dunia setelah dilahirkan pramatang di Singapura dengan hanya seberat 212 gram pada 9 Jun 2020.

Bernama melaporkan bayi Kwek Yu Xuan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 9 Julai 2021 dan beratnya kini 6.3 kilogram.

@bernamadotcom/Twitter

Bayi terkecil ini mempunyai peluang kecil untuk bertahan dan terus hidup dengan pelbagai komplikasi kesihatan ketika dilahirkan tetapi syukur dengan kesungguhan tenaga pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura (NUH), Yu Xuan telah berjaya dan akhirnya dapat pulang ke rumah keluarganya.

Ibu bapa Yu Xuan adalah pasangan rakyat Malaysia yang menjadi pemastautin tetap di Singapura, pada mulanya ingin melahirkan Yu Xuan di Malaysia dan memperkenalkannya kepada anak pertama mereka berusia 4 tahun yang tinggal di Malaysia.

Malangnya, disebabkan oleh penyakit tekanan darah tinggi semasa hamil, ibu Yu Xuan dimasukkan ke NUH dan menjalani pembedahan caesarean kecemasan pada usia kandungannya yang ke-24 minggu dan enam hari.

@bernamadotcom/Twitter

Menurut Bio Spectrum Asia, Yu Xuan kini menghidap penyakit paru-paru kronik dan hipertensi pulmonari yang merupakan dua keadaan yang biasa dikaitkan dengan kelahiran pramatang. Walau bagaimanapun, keadaan Yu Xuan diharap akan bertambah baik selepas melepasi beberapa tempoh waktu.

Tiniest Babies Registry dibawah kelolaan University of Iowa, melaporkan Yu Xuan mungkin adalah bayi paling ringan di dunia yang pernah dilahirkan dan berjaya dibenarkan pulang ke rumah. Rekod bayi terkecil di dunia sebelum ini dilahirkan seberat 245 gram di Amerika Syarikat, seperti yang dilaporkan oleh BBC pada Mei 2019.

Semasa taklimat media maya yang dihoskan oleh NUH pada 7 Ogos 2021, ibu Yu Xuan, Wong Mei Ling berkata,

“Kami kini gembira kerana dia berjuang menunjukkan kemajuan dengan baik dan dibenarkan discaj. Kami sangat kagum dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat pasukan unit rawatan rapi neonatal NUH (NICU) atas rawatan dan penjagaan perubatan dengan penuh perhatian dan menakjubkan untuk Yu Xuan.”

“Di samping itu, kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada platform mengumpul dana GIVE.asia dan penderma, serta saudara-mara, rakan-rakan, rakan sekerja, juga tuan rumah kediaman kami atas penjagaan dan sokongan mereka,” tambah Wong Mei Ling. 

@bernamadotcom/Twitter

Pasangan ini berjaya mengumpulkan lebih RM1,000,000 untuk bil perubatan Yu Xuan melalui GIVE.asia.

Amat mengagumkan! Harapan semoga bayi Kwek Yu Xuan terus kekal sihat sekali gus menjalani kehidupan dewasa yang panjang dan sejahtera.

Sempat beri cenderamata sambil ucap ‘Arigato’, aksi terbaik ‘The Pocket Rocketman’ curi hati penonton Jepun dan peminat seluruh dunia

0

Pelumba basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang bukan sahaja membanggakan rakyat Malaysia dengan membawa pulang pingat perak pada temasya Sukan Olimpik 2020 dalam acara keirin lelaki, malahan turut mencuri perhatian para penonton di Velodrom Izu, Tokyo ketika acara akhir pada hari terakhir yang berlangsung pada jam 11.00 pagi waktu tempatan.

Aksi Azizulhasni ketika berusaha keras mengejar emas di belakang pelumba legenda dari Great Britain, Jason Kenny yang berada jauh di hadapan amat mengagumkan para penonton di velodrom itu yang memberinya tepukan gemuruh.

@AzizulAWANG/Twitter

Sejurus tamat perlumbaan, Azizulhasni terus mencuri hati para penonton dan petugas media apabila beliau dilihat berlari anak menuju ke arah penonton Jepun yang memberi sokongan semangat kepadanya untuk memberi sesuatu dalam bungkusan sebagai cenderamata.

@Changingman_TGR/Twitter

Sambil tersenyum manis, beliau mengagihkan cenderamata kecil itu kepada beberapa orang penonton yang bertuah, sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang telah bersorak dan bertepuk tangan tanda memberi semangat kepadanya.

@Changingman_TGR/Twitter

Aksi ‘The Pocket Rocketman’ ini telah berjaya dirakam oleh seorang penonton Jepun, Kanematsu Yamato@Changingman_TGR sebelum video tersebut telah dimuat naik di laman Twitter dan mula tular.

@Changingman_TGR/Twitter

Dalam video berdurasi 45 saat tersebut, Azizulhasni turut dilihat beberapa kali menundukkan kepalanya kepada para penonton dan mengucapkan ‘Arigato’ atau terima kasih dalam bahasa Jepun sebagai tanda penghargaan dan menzahirkan rasa hormat kepada mereka.

@Changingman_TGR/Twitter

Beberapa kali juga Azizulhasni dilihat melambai tangan ke arah penonton dan peminatnya yang bertepuk tangan sambil bersorak sebelum diiringi pengurusnya memasuki pit. 

@Changingman_TGR/Twitter

Dato’ Azizulhasni Awang merupakan pelumba tunggal yang mewakili Asia dalam perlumbaan akhir merebut pingat Olimpik edisi kali ini yang kesemuanya didominasi oleh pelumba dari Eropah.

Pingat emas Olimpik acara keirin lelaki dipertahankan untuk kali ketujuh oleh Jason Kenny manakala pingat gangsa dimenangi oleh juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen.

Tonton video di bawah.

Wanita berkulit gelap sanjung, hargai warna kulit sendiri buatkan warganet rasa terinspirasi

0

Wanita lazimnya mahukan kulit yang putih mulus dan beranggapan bahawa berkulit cerah adalah kemestian untuk memenuhi standard kecantikan.

Adakah anda setuju dengan pernyataan tersebut? Ini kerana warna kulit bukanlah kayu pengukur tahap kecantikan seseorang itu sebenarnya.

Melvnin/Instagram

Memiliki kulit gelap juga adalah satu keistimewaan yang perlu kita raikan dan hargai. Cuba anda lihat wanita yang dikenali sebagai Bee Melvnin ini.

Cantik bukan?

Melvnin/Instagram

Wanita yang berasal dari Gambia ini menjadi bukti bahawa seseorang itu masih lagi cantik walaupun berkulit gelap.

Melvnin/Instagram

Tidak dapat kita nafikan bahawa paras rupa Bee amat menawan, malah dia juga merupakan seorang peragawati.

Bee mempunyai lebih 300,000 pengikut di Instagram dan rata-rata pengikutnya amat menghargai kecantikan Bee, termasuklah warna kulitnya.

Melvnin/Instagram

Bahkan ada dalam kalangan peminatnya yang turut menghasilkan lukisan potret dan juga foto Bee, antaranya :

Melvnin/Instagram

Melvnin/Instagram

Melvnin/Instagram

Secara saintifiknya, individu berkulit gelap mempunyai kulit yang kaya dengan melanin yang memberikan perlindungan terhadap kesan radiasi ultra-ungu.

Keadaan ini membantu tubuh untuk mengekalkan simpanan folat kulit dan melindungi daripada kerosakan pada DNA.

Melvnin/Instagram

Oleh itu, bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan hargailah setiap apa yang kita miliki ya?

Wanita tersalah sangka, silap bawa anjing lain pulang dan dapati anjingnya ada ‘kembar’

0

Jika ternampak haiwan peliharaan anda di luar, pastinya anda akan segera menghampiri mereka dan mahu membawa mereka pulang segera bukan?

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Lai, apabila suatu hari dia ternampak anjingnya berada di luar pagar stesen kereta api sepulangnya dia daripada kerja.

Life News Jr

Pada ketika itu, anjing tersebut bertindak mengekori sahaja langkah Lai yang berjalan untuk pulang ke rumahnya.

Lai fikir anjingnya mungkin keluar bersendirian dan menunggunya di stesen itu. Lai kemudian mengusapnya lalu memberi sosej kegemaran anjingnya.

Life News Jr

Kedua-dua mereka kemudian berjalan bersama menuju ke rumah. Pada masa yang sama, Lai lega kerana menemui anjingnya. Jika tidak, anjingnya itu mungkin hilang.

Setibanya di rumah, Lai berkata kepada ibunya bahawa anjing mereka hampir-hampir melarikan diri dengan keluar sendirian.

Life News Jr

Alangkah terkejutnya Lai apabila ibunya memberitahu bahawa anjing mereka langsung tidak keluar daripada rumah hari ini dan elok sahaja duduk di rumah!

Lai memeriksa rumahnya dan mendapati anjing miliknya sememangnya ada dan sedang berehat di halaman rumah.

Life News Jr

Pada ketika itu, Lai melihat kedua-dua ekor anjing tersebut secara dekat dan mendapati bahawa kedua-dua mereka ternyata serupa daripada segi fizikal.

Life News Jr

Cumanya terdapat parut pada hidung anjing yang mengikutinya dari stesen kereta api berkenaan. Mungkin sudah takdirnya anjing jalanan tersebut berada di rumah Lai.

Macam adik-beradik!

Life News Jr

Lai dan keluarga akhirnya memutuskan untuk menjaga anjing terbabit buat sementara waktu sehingga anjing terbabit berada dalam keadaan yang stabil untuk diadopsi.