28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 287

Seorang lelaki temui 110 juta KRW (RM398,423) di dalam peti sejuk kimchi yang dibeli secara dalam talian

0

Siapa sangka barang elektrik terpakai yang dibeli membawa ‘tuah’ kepadanya apabila dia menemui wang tunai yang banyak di dalamnya. Kejadian tersebut berlaku di Korea Selatan apabila seorang lelaki mendapati dia mendapat ‘hadiah percuma’ yang datang bersama peti sejuk kimchi yang dibelinya secara dalam talian.

Menurut Newscast sebuah stesen televisyen Korea Selatan, MBC Newsdesk, lelaki itu mendapati ribuan wang kertas not KRW50,000 semasa membersihkan peti sejuk tersebut.

Wang itu, yang berjumlah sehingga KRW110 juta (RM398,423), tersembunyi di bawah perkakas dan ia diliputi dalam plastik dan pita. Lelaki tersebut kemudian pergi balai polis Jeju untuk membuat laporan polis.

Media Allkpop melaporkan bahawa kini polis sedang menyiasat tentang penjual peti sejuk serta pengendali barang untuk menentukan sumber yang tepat dari mana datangnya wang yang banyak itu.

Buat sementara waktu, wang tersebut diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa. Pelbagai kamera pengawasan juga diperiksa untuk mengenal pasti siapa pemilik sebenar wang tersebut.

Undang-undang Korea Selatan menyatakan bahawa wang akan pergi kepada orang yang menemuinya jika pemiliknya tidak datang menuntu dalam tempoh enam bulan

Akta ‘Lost and Found’ negara itu juga ada menyatakan bahawa individu yang mengambil alih wang tersebut mesti membayar 22% daripada jumlah yang sebagai cukai.

Jika pemilik wang tersebut ditemui, dia perlu membayar pampasan sebanyak 5% hingga 20% kepada pihak yang menemui wang itu. Walau bagaimanapun, jika pihak berkuasa mendapati wang itu mempunyai kaitan dengan jenayah, wang itu akan diberikan kepada kerajaan.

Kumpulan kucing dihantar ke penjara untuk reformasi banduan, tidak perlu tunggu lama bila semuanya jadi haiwan peliharaan disayangi

0

Tidak dapat dijelaskan bagaimana kucing itu seakan mempunyai kuasa ajaib yang secara senyap dapat memulihkan kesihatan fizikal dan mental orang yang berada di persekitarannya.

Animal Protection League Indiana, di Amerika Syarikat dengan begitu berani mencuba program dikenali FORWARD apabila mereka telah menghantar sekumpulan kucing ke penjara, dan membiarkan para banduan menguruskannya seperti menjaga haiwan peliharaan sendiri. 

Idea yang begitu berani dan mempunyai risiko, kerana kucing dan pesalah jenayah bukanlah satu kombinasi yang menarik untuk disatukan kerana kedua dunia ini amatlah berbeza untuk menunjukkan kasih sayang.

Facebook

Ketika pertama kali organisasi mencadangkan idea ini, ia telah ditentang pelbagai pihak dengan pendapat dan sangkaan bahawa para banduan ini tidak akan dapat menjaga kucing dengan baik, bahkan akan menyakiti mereka. Tetapi di sebalik segala tentangan, eksperimentasi ini nampaknya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Kucing yang dihantar ke penjara semuanya memiliki kes yang istimewa seperti mereka sebelum ini hidup liar di jalanan, tidak bersosial, pernah didera dan kebarangkalian diadopsi yang sangat rendah kerana mereka tidak mempercayai manusia. 

Jadi amat kasihan apabila kucing-kucing ini terus tinggal di rumah perlindungan sampai tiba hari dilupuskan, sehinggalah akhirnya mereka dicadangkan untuk dibawa ke penjara.

Walaupun kedengaran agak pelik kucing-kucing ini dihantar ke penjara, ia adalah cara unik dan istimewa demi kelangsungan hidup mereka.

Facebook

Sudah semestinya, tidak semua banduan yang sukakan kucing dan mahu pula bertanggungjawab untuk menguruskan haiwan peliharaan. Jadi pihak pengurusan penjara telah memastikan para banduan yang mengambil bahagian dalam projek ini mesti berdisiplin, mempunyai mental yang stabil, juga dapat menjaga kebersihan dengan baik. Mereka telah dibenarkan untuk memelihara kucing selepas tapisan temu duga dan diberikan latihan.

Kehidupan seharian banduan di dalam penjara tidak mudah selepas mereka diberikan tanggungjawab untuk menguruskan kesemua kucing ini. ​​Mereka wajib bertanggungjawab terhadap semua kehidupan seharian kucing, seperti memberi makan, membersihkan kotoran dan memandikan mereka, mendandan, bermain serta melatih kucing supaya berkelakuan baik, sehingga kesemua kucing memberikan kepercayaan dan menganggap banduan ini seperti ahli keluarga.

Facebook

Di samping itu, para banduan perlu bergabung tenaga untuk membina rumah kucing yang cantik, membuat papan pencakar, bingkai memanjat, dan juga mengait atau menjahit pakaian kucing. Boleh dikatakan majoriti aktiviti harian mereka adalah berkisar tentang kucing. Sekali gus, aktiviti ini mampu menyemai sikap banduan menjadi penyayang dan bertanggungjawab sebagai seorang pemilik.

Selepas tempoh percubaan, suasana di penjara dipenuhi kasih sayang dari hari ke hari, dan ikatan hubungan erat lagi unik antara kucing dan banduan menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Kucing ini berubah menunjukkan tingkah laku manja untuk berkasih sayang dan bersedia untuk mempercayai banduan ini sebagai keluarga mereka. 

Facebook

Dalam proses ini juga, para banduan mempelajari untuk mengurus dan memikul tanggungjawab menjaga haiwan peliharaan.

Program FORWARD telah berjaya mencapai objektif apabila para banduan menunjukkan perubahan diri yang ketara dan lebih positif dalam kehidupan mereka selepas bergaul dengan kucing peliharaan. 

Facebook

Ironi apabila kesemua kucing ini dihantar penjara untuk mendapatkan kebebasan dan membahagiakan hati para banduan menjadi lembut mencair dengan kecomelan si bulus.

Walaupun dibenci oleh ibu sendiri, anak-anak harimau ini bernasib baik kerana miliki ibu anjing sebagai ‘ibu angkat’ yang penyayang

0

Tiada siapa yang boleh menafikan betapa hebatnya kasih seorang ibu. Mereka bukan sahaja mempunyai kasih sayang yang tinggi tetapi mereka juga sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu.

Namun begitu, tidak semua yang bertuah memiliki ibu yang penyayang. Contohya kelima-lima ekor anak harimau ini yang dikatakan tidak dipedulikan oleh ibu mereka sejak dilahirkan. Walaupun dilahirkan dalam keadaan baik dan comel tetapi ibu mereka nampaknya tidak menyukai mereka.

Anak-anak kecil perlukan perhatian dan nutrien yang baik. Biasanya si ibu yang akan menyediakan semua itu tetapi tidak bagi anak-anak harimau ini. Jadi, penjaga zoo akhirnya memutuskan untuk membawa seekor ibu anjing menggantikan tempat ibu anak-anak harimau itu.

Pada mulanya semuanya bimbang bagaimana pemerimaan mereka terhadap ‘ibu baru’ mereka dan bagaimana pula reaksi ibu anjing terhadap anak-anak harimau itu. Namun, semuanya berjalan baik walau pada mulanya mereka kelihatan seperti takut-takut.

Ibu anjing mula menjadi ibu mereka dengan memberikan makanan dan menjaga anak-anak harimau yang masih kecil itu. Dia juga seolah-olah mula berasa tanggungjawab terhadap anak-anak angkatnya.

Apa yang paling mengharukan anak-anak harimau comel itu mula mengangap ibu anjing adalah ibu mereka sendiri. Mereka mula rapat dan percaya dengan ibu anjing yang sangat penyayang.

Anak-anak harimau itu mungkin tidak bertuah kerana tidak mendapatkan ibu kandung yang menyayangi mereka namun mereka tetap bernasib baik apabila ada ibu angkat yang sangat sayangkan mereka.

Bapa ini pamer ‘helah’ tidurkan bayi yang menangis tanpa bantuan isteri

0

Bukan senang buat para bapa mengendalikan bayi sendiri tanpa dibantu oleh isteri masing-masing bukan?

Kadang kala pelik juga mengapa agaknya bayi menangis apabila dipegang bapa tetapi elok sahaja diam jika ibu yang memegangnya.

Daniel Eisenman/YouTube

Namun lelaki bernama Daniel ini menemui penyelesaian unik untuk menghentikan tangisan bayinya tanpa perlu menyerahkan masalah itu kepada isteri.

Saksikan video di bawah :

Ikatan antara ibu dan bayi sudah terbina lama, iaitu semenjak bayi masih lagi berada di dalam kandungan. Oleh sebab itulah, bayi berasa selesa bersama si ibu.

Maka kerana itulah bayi sering menangis jika bersama dengan bapa dan keadaan ini menurut pakar adalah normal.

Ajaibnya! Bayi Daniel terus diam…

Daniel Eisenman/YouTube

Ini kerana, ikatan antara bayi dan bapa masih belum terbina dengan kukuh seperti ikatan semula jadi antara ibu dan bayinya.

Jadi sebagai bapa anda hanya perlukan sedikit masa untuk membina ikatan dengan bayi. Rajin-rajinlah luangkan masa bersama ya?

“Arwah mahu saya jaga Ayash seorang diri”. Shuib akan rujuk ustaz berhubung isu ibu susuan

0

KUALA LUMPUR – Pelakon, pelawak dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu yang baru kehilangan isteri tercinta yang juga penyanyi terkenal negara iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengakui sukar untuk menguruskan keempat-empat anaknya yang masih kecil seorang diri.

Jelas Shuib, pelbagai perkara yang berlegar dalam fikiran beliau dan apa yang menjadi kebimbangan adalah bagaimana beliau mahu menguruskan bayi mereka, Ayash Affan yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu.

Sumber : mStar

“Tidak dinafikan, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Sebagai contoh, saya nak cari jubah untuk anak-anak pun kelam kabut hingga terpanggil nama pembantu rumah yang sudah meninggal dunia. Itu belum lagi soal Ayash. Saya baru terfikir bagaimana nak menguruskannya, hari ini.“.

Tambah Shuib lagi, “Ayash hanya bergantung dengan susu formula sejak dilahirkan. Perkara inilah yang membuatkan saya termenung sejenak bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini. Doktor menyarankan saya membekalkan susu daripada ibu susuan”.

Sumber: Kosmo

Meskipun ramai rakan selebriti termasuk Syatilla Melvin ingin menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan namun Shuib menjelaskan bahawa perkara itu harus diteliti secara mendalam kerana ianya membabitkan soal hukum agama. Menurut Shuib lagi, beliau teringat akan satu pesanan arwah isterinya yang meminta beliau untuk menjaga anak keempat itu.

“Arwah minta saya menguruskan Ayash buat susu, tukar lampin dan berjaga tengah malam. Saya terfikir arwah mesti bantu saya jika saya tidak boleh bangun. Namun sebenarnya, arwah memang nak saya jaga Ayash seorang diri apabila meninggalkan saya dan anak-anak. Jadi, saya akan berusaha mencari jalan penyelesaian. Saya akan merujuk kepada ustaz berhubung ibu susuan”.

Pada masa yang sama, pihak hospital juga memberi tempoh sebulan kepada Shuib sebelum membenarkan bayinya dibawa pulang ke rumah. Bayi berkenaan dikatakan berada dalam keadaan stabil dan negatif daripada wabak COVID-19. Difahamkan Shuib masih belum berpeluang untuk melihat muka bayi yang menjadi hadiah terakhir peninggalan arwah.

Rekaan pingat Olimpik Paris 2024 boleh dibahagi empat dan dikongsi bersama ahli keluarga atlet pemenang

0

Untuk pingat Olimpik Tokyo 2020, penganjur menggunakan 100 peratus bahan kitar semula daripada berjuta-juta peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer terpakai sumbangan rakyat Jepun menerusi Projek Pingat Tokyo 2020.

Projek e-waste yang telah berjaya mengumpul 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200kg gangsa untuk dijadikan pingat bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Manakala untuk Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Paris pada tahun 2024, jika mengikut perancangan, pingat yang direka cipta oleh pereka terkenal Philippe Starck nampaknya boleh dibahagi kepada empat, yang membolehkan atlet Olimpik yang menang berkongsi kejayaan mereka bersama ahli keluarga.

Facebook

Philippe Starck sebelum ini adalah pereka obor Olimpik Musim Sejuk 1992 Albertville, Perancis, dan beliau telah diminta untuk mencipta konsep reka bentuk pingat Olimpik yang baru dan unik sebagai sebahagian daripada usaha negara Perancis untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024.

Jika dilihat pada permukaan pingat, reka bentuknya hampir sama dengan pingat sukan Olimpik biasa. Namun, sekiranya atlet mahu, mereka boleh membahagikan cakera pingat itu yang terdapat tiga bahagian tambahan di belakangnya.

Facebook

Starck berkata, atlet yang menang tidak akan menang sendirian, jadi beliau mahukan pingat ini memiliki refleks. Sekiranya pemenang ingin membahagikannya, mereka boleh membahagikannya bersama ahli keluarga tersayang.

“Ini cara yang sangat baik untuk benar-benar menunjukkan semangat berpasukan. Pemenang akan mengambil pingatnya dan akan memisahkannya menjadi kepingan yang diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang,” jelas Starck.

Facebook

Starck berkata reka bentuk yang diperbaharui akan membolehkan atlet berkongsi kejayaan Olimpik mereka untuk pertama kalinya, “dalam setiap momen ia pernah berlaku”.

“Pingat ini mempunyai sesuatu yang sangat istimewa. Kerana biasanya pingat cenderung menjadi lambang, bukti dan saksi, yang membolehkan anda berkata, ‘Saya berada di sana, saya berjaya melakukannya, saya melangkaui batas diri sendiri, saya adalah pemenang’, semua kata-kata dan kisah luar biasa,” kata pereka Perancis ini.

Facebook

“Dengan cara ini, semua orang yang anda mahu untuk berkongsi bersama akan menjadi saksi momen yang penting itu,” tambahnya.

Philippe Starck, 72 tahun adalah pereka Perancis paling terkenal dan produktif di dunia, yang telah mereka bentuk 10,000 objek.

Bakal beraksi di temasya Sukan Paralimpik 24 Ogos ini, ayuh kenali 22 atlet para tanah air

0

Keterujaan Sukan Paralimpik bakal bermula, di mana ia dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos ini hingga 5 September.

Malah seramai 22 atlet tanah air yang bakal menggalas cabaran untuk ke temasya terbabit. Ayuh kita kenali sosok tubuh hebat atlet para negara :

#1 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi – T36 Lelaki (100 meter)

My.com

#2 Muhammad Ziyad Zokefli – T20 Lontar peluru

My.com

#3 Abdul Latif Romly – T20 Lompat jauh

My.com

#4 Wong Kar Gee – T12 Lompat jauh

My.com

#5 Siti Noor Aishah Mohammad Ariffin – T20 Wanita (400 meter)

My.com

#6 Mohamad Yusof Hafizi Saharudin – Berbasikal (trek, lebuhraya dan ‘sprint’)

My.com

#7 Muhammad Hafiz Jamali – Berbasikal (trek dan ‘sprint’ berpasukan, 1 kilometer)

My.com

#8 Zuhairi Ahmad Tarmizi – Berbasikal (trek dan ‘sprint’ berpasukan, 1 kilometer)

My.com

#9 Nurul Suhada Zainal – Berbasikal (tandem berpasukan)

My.com

#10 Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais – Berbasikal (tandem berpasukan)

My.com

#11 Muhammad Nur Syaiful Zulkifli – S5 Renang (50 meter, 100 meter, 200 meter gaya bebas, 100 meter kuak dada)

My.com

#12 Jamery Siga – S5 Renang (kuak kupu-kupu)

My.com

#13 Brenda Anellia Larry – Renang (50 meter kuak lentang, 50 meter kuak kupu-kupu)

My.com

#14 S. Suresh – Memanah (‘recurve’ individu)

My.com

#15 Wiro Julin – Memanah (‘compound’ individu)

My.com

#16 Cheah Liek Hou – SU5 Badminton (individu lelaki)

My.com

#17 Didin Taresoh – SH6 Badminton (individu lelaki)

My.com

#18 Chew Wei Lun – BC1 Boccia (campuran)

My.com

#19 Bonnie Bunyau Gustin – Angkat Berat (lelaki 72 kilogram)

My.com

#20 Jong Yee Khie – Angkat Berat (lelaki 107 kilogram)

My.com

#21 Chee Chao Ming – TT9 Ping Pong (individu lelaki)

My.com

#22 Abu Samah Borhan – Tenis kerusi roda (individu lelaki)

My.com

Mari sama-sama kita berikan sokongan pada mereka semua. Malaysia boleh!

Kucing Lynx jadi ibu penyayang buat 3 ekor anak kucing malang yang ditinggalkan di zoo

0

Ramai yang tidak dapat ‘meloloskan’ diri daripada kecomelan yang dimiliki oleh kucing. Siapa sangka makhluk itu turut ‘berkuasa’ untuk mendominasi kita semua.

Samalah seperti kucing comel ini..

Sebenarnya kedua-dua ekor anak kucing tersebut ditinggalkan di hadapan zoo, di dalam sebuah kotak. Pada suatu pagi, kotak itu ditemui oleh seorang stafnya.

Seekor bewarna jingga

Dan dua seekor adalah kucing jenis ‘tabby

Mereka ditinggalkan tanpa sebarang makanan mahupun minuman di dalam kotak membuatkan staf itu kasihan dan bersimpati.

Namun demikian, polisi zoo di tempatnya bekerja itu tidak membenarkan haiwan domestik dibela di zoo terbabit. Staf tersebut dilema dibuatnya.

Ini kerana proses mencari rumah dan tuan baharu untuknya bukan satu perkara yang mudah dan ianya lazimnya memakan masa.

Staf itu kemudian muncul dengan solusi untuk memberi kedua-dua anak kucing itu ‘ibu’ baharu iaitu seekor kucing betina baka ‘lynx’.

Pada zahirnya, wajah ibu mereka itu sememangnya agak garang namun sebenarnya kucing jenis lynx itu penyayang sebenarnya.

Sebaik sahaja si ibu melihat anak kucing terbabit, kucing betina itu segera menggeselkan tubuh padanya bagi ‘menandakan’ mereka dengan bau.

88 lovely pet

Gegaran turut dirasakan di KL, PJ ekoran gempa bumi di Indonesia

0

PETALING JAYA: Semalam, 11 Ogos, sebuah gempa bumi dilaporkan telah berlaku pada jarak 18 kilometer Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi yang berlaku pada sekitar jam pada 1.19 petang itu berkekuatan 5.6 pada skala Richter dan berlaku pada kedalaman 19 kilometer.

Jabatan itu berkata walaupun gegaran turut dirasakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, tiada ancaman tsunami di Malaysia yang dikeluarkan.

Resipi susu pekat mudah, hanya guna 3 bahan. Tak perlu beli lagi..

0

Tidak lengkap rasanya jika rumah kita tiada tin susu pekat bukan? Ini kerana hampir kesemua rumah di Malaysia sering kali menggunakannya.

Rakyat Malaysia lazimnya amat menggemari minuman bersusu yang dicampurkan bersama susu pekat misalnya teh tarik, Milo, kopi susu dan pelbagai lagi.

Foto hiasan/Pinterest

Malah hidangan pencuci mulut juga rata-ratanya memerlukan susu pekat bagi melengkapkan rasanya.

Namun sering kali ia diperlukan dalam kuantiti yang banyak bukan?

Oleh yang demikian, kami akan kongsikan cara menghasilkan sendiri susu pekat di rumah bagi menjimatkan poket anda.

Foto hiasan/Pixabay

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan :

  • Susu penuh krim
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ sudu makan serbuk penaik

Caranya mudah sahaja :

#1 Didihkan susu terlebih dahulu. Setelah susu mendidih, tuangkan gula pasir ke dalamnya dan kacau.

Tindakan menggaulkannya sewaktu suhu yang panas membantu menyingkirkan kelembapan pada susu dan gula.

#2 Kemudian masukkan serbuk penaik ke dalam campuran dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Alihkan daripada api.

NDTV Food

#3 Sejukkan buat seketika. Anda akan lihat campuran itu akhirnya menjadi pekat. Siap!