30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaDilahirkan hanya seberat 212 gram, bayi dari Malaysia ini antara bayi paling...

Dilahirkan hanya seberat 212 gram, bayi dari Malaysia ini antara bayi paling ringan di dunia yang cekal bertahan

Kwek Yu Xuan kini berusia 14 bulan dan semakin sihat setelah dibenarkan keluar dari hospital.

Bayi kecil berusia 14 bulan yang dilahirkan oleh ibu bapanya yang merupakan warganegara Malaysia menetap di Singapura ini mungkin bayi paling ringan di dunia setelah dilahirkan pramatang di Singapura dengan hanya seberat 212 gram pada 9 Jun 2020.

Bernama melaporkan bayi Kwek Yu Xuan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 9 Julai 2021 dan beratnya kini 6.3 kilogram.

@bernamadotcom/Twitter

Bayi terkecil ini mempunyai peluang kecil untuk bertahan dan terus hidup dengan pelbagai komplikasi kesihatan ketika dilahirkan tetapi syukur dengan kesungguhan tenaga pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura (NUH), Yu Xuan telah berjaya dan akhirnya dapat pulang ke rumah keluarganya.

Ibu bapa Yu Xuan adalah pasangan rakyat Malaysia yang menjadi pemastautin tetap di Singapura, pada mulanya ingin melahirkan Yu Xuan di Malaysia dan memperkenalkannya kepada anak pertama mereka berusia 4 tahun yang tinggal di Malaysia.

Malangnya, disebabkan oleh penyakit tekanan darah tinggi semasa hamil, ibu Yu Xuan dimasukkan ke NUH dan menjalani pembedahan caesarean kecemasan pada usia kandungannya yang ke-24 minggu dan enam hari.

@bernamadotcom/Twitter

Menurut Bio Spectrum Asia, Yu Xuan kini menghidap penyakit paru-paru kronik dan hipertensi pulmonari yang merupakan dua keadaan yang biasa dikaitkan dengan kelahiran pramatang. Walau bagaimanapun, keadaan Yu Xuan diharap akan bertambah baik selepas melepasi beberapa tempoh waktu.

Tiniest Babies Registry dibawah kelolaan University of Iowa, melaporkan Yu Xuan mungkin adalah bayi paling ringan di dunia yang pernah dilahirkan dan berjaya dibenarkan pulang ke rumah. Rekod bayi terkecil di dunia sebelum ini dilahirkan seberat 245 gram di Amerika Syarikat, seperti yang dilaporkan oleh BBC pada Mei 2019.

Semasa taklimat media maya yang dihoskan oleh NUH pada 7 Ogos 2021, ibu Yu Xuan, Wong Mei Ling berkata,

“Kami kini gembira kerana dia berjuang menunjukkan kemajuan dengan baik dan dibenarkan discaj. Kami sangat kagum dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat pasukan unit rawatan rapi neonatal NUH (NICU) atas rawatan dan penjagaan perubatan dengan penuh perhatian dan menakjubkan untuk Yu Xuan.”

“Di samping itu, kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada platform mengumpul dana GIVE.asia dan penderma, serta saudara-mara, rakan-rakan, rakan sekerja, juga tuan rumah kediaman kami atas penjagaan dan sokongan mereka,” tambah Wong Mei Ling. 

@bernamadotcom/Twitter

Pasangan ini berjaya mengumpulkan lebih RM1,000,000 untuk bil perubatan Yu Xuan melalui GIVE.asia.

Amat mengagumkan! Harapan semoga bayi Kwek Yu Xuan terus kekal sihat sekali gus menjalani kehidupan dewasa yang panjang dan sejahtera.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI