26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaPakar ekonomi : Lebih ramai rakyat Malaysia akan muflis selepas moratorium berakhir

Pakar ekonomi : Lebih ramai rakyat Malaysia akan muflis selepas moratorium berakhir

KUALA LUMPUR – Dua pakar ekonomi berpendapat akan berlakunya peningkatan dari segi jumlah individu muflis dan syarikat yang gulung tikar apabila tempoh moratorium pinjaman bank ditamatkan.

Menurut pakar ekonomi dari Universiti Sunway iaitu profesor Yeah Kim Leng, pinjaman moratorium membolehkan peminjam yang berada dalam situasi gawat kewangan mengelakkan diri daripada menjadi muflis dengan menanggungkan pembayaran pinjaman. Namun, hal ini juga bermakna akan ada kemungkinan kadar muflis akan menjadi lebih tinggi sebaik sahaja tempoh moratorium ini berakhir.

Sumber: The Edge Markets

“Walau bagaimanapun, moratorium juga menutupi tahap sebenar masalah kewangan yang dihadapi oleh peminjam. Peningkatan kadar muflis akan berlaku pada akhir tempoh terutamanya jika peminjam mengalami kerugian tetap dalam pekerjaan mahupun pendapatan perniagaan”.

The Edge melaporkan terdapat pengurangan kadar muflis dalam tempoh lima tahun terdahulu. Pada tahun 2016, sebanyak 19,588 kes dilaporkan dan jumlah itu berkurang kepada 18,277 kes pada tahun berikutnya. Pada 2018, 16,482 kes dilaporkan manakala tahun 2019 pula mencatatkan sebanyak 12,051 kes dan hanya 8,351 kes pada tahun lepas. Sementara itu, dari Januari hingga April, jumlah kes yang direkodkan adalah sebanyak 2,954 kes.

Laporan tersebut turut menyebut penularan wabak virus COVID-19 tidak mempengaruhi peningkatan kes muflis bagi tahun 2020 meskipun tahap ekonomi terkesan. Hal ini kerana pada ketika itu, pihak kerajaan bertindak meningkatkan tahap hutang minimum daripada RM50,000 kepada RM100,000 sebelum prosiding muflis dimulakan menerusi pemfailan petisyen kebankrapan.

Yeah turut berpendapat bahawa pengurangan kes muflis dicatatkan pada tahun lalu boleh berlaku disebabkan oleh kelewatan kesan kewangan. Misalnya, pemiutang akan berusaha untuk mendapatkan kembali hutang daripada peminjam sebelum benar-benar memfailkan individu itu sebagai muflis.

Sumber: iProperty

Sementara itu, ketua ekonomi AmBank Group iaitu Anthony Dass turut mengakui berlakunya penurunan kes muflis di Malaysia sejak tahun 2018 meskipun keadaan ekonomi berada pada tahap yang buruk pada tahun 2020. Jelas Dass, salah satu faktor yang mendorong kepada penurunan kadar muflis ini adalah penutupan mahkamah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dass turut menjelaskan bahawa pelaksanaan moratorium yang diperkenalkan pada Julai tahun ini untuk individu dan syarikat akan meningkatkan lagi kadar muflis sekiranya peminjam termasuk dalam kategori mempunyai baki hutang melebihi RM100,000.

Peminjam yang mempunyai baki hutang kurang daripada RM100,000 tidak akan dimasukkan ke dalam kategori muflis tetapi akan disenaraihitam sekali gus menyukarkan peminjam untuk membuat permohonan pinjaman di masa hadapan.

Pada masa sama, Yeah menyatakan sektor perniagaan memiliki harapan yang tipis untuk membaik pulih keadaan perniagaan masing-masing sekiranya perintah berkurung terus dilaksanakan memandangkan mereka tidak dibenarkan beroperasi sehingga terpaksa mengambil tindakan dengan memberhentikan pekerja.

Sumber: The Star

Yeah turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil inisiatif bagi membantu perniagaan yang terjejas untuk pulih semula dengan menyalurkan lebih banyak sumber daya ke unit latihan hutang yang dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia bagi menyelamatkan syarikat yang mempunyai prospek pemulihan kuat.

Dass pula menyarankan kerajaan untuk membantu syarikat yang mencari modal kerja untuk menopang perniagaan mereka sekali gus mencegah daripada muflis. Hal ini sekali gus akan membantu menyelamatkan pekerjaan bagi majoriti rakyat Malaysia.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI