25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 284

‘Sidai’ abang FoodPanda dalam hujan lebih daripada 15 minit, netizen kecewa terhadap pelanggan yang tidak bertimbang rasa

0

Sanggup meredah panas dan hujan, itu lah mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan. Semasa musim Covid ini peranan mereka sangat penting. Mungkin ada yang berpendapat karier sebagai penghantar makanan tidaklah sepopular mana tetapi percayalah kehadiran mereka tersangatlah diperlukan.

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Misalnya apa yang berlaku kepada seorang penghantar makanan FoodPanda ini yang ‘disidai’ oleh pelanggan di luar rumah.

Kejadian tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Twitter, @potatochips_o yang turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan seorang penghantar makanan terpaksa menunggu lama di luar rumah untuk menunggu pelanggan keluar bagi mengambil makanan mereka.

Apa yang lebih menyayat hati lelaki tersebut terpaksa menunggu lebih daripada 15 minit di dalam hujan lebat!

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih daripada 800 ribu kali di laman Twitter. Ramai yang memberi komen terhadap video tersebut- tidak kira pelanggan mahupun mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Ada yang mengatakan mereka juga pernah mengalami pengalaman yang sama, tidak dihiraukan oleh pelanggan dan terpaksa menunggu sehingga 30 minit. Ada pula yang tidak menyediakan wang secukupnya sedangkan ketika itu hujan lebat dan terpaksalah penghantar makanan mencari-cari wang syiling untuk dipulangkan.

Hal seperti ini seharusnya tidak berlaku. Nasihat kepada mereka yang membuat pesanan makanan jangan biarkan penghantar makanan anda terpaksa menunggu lama seperti ini. Jika anda tiada di rumah bagitahu mereka awal-awal supaya mereka boleh meninggalkan makanan di mana-mana yang selamat. Jika tiada wang syiling kecil lebih baik bayar makanan anda secara dalam talian. Ia lebih mudah untuk kedua-dua belah pihak.

Menarik tetapi agak mencabar keberanian, permainan tradisional dari Bali ini hanya dimainkan setahun sekali

0

Ada antara anda yang rindu untuk bermain permainan di taman tema? Pasti ramai yang suka dengan permainan yang mencabar keberanian yang ada di sana.

Di Bali, terdapat sebuah permainan tradisonal yang tidak kurang menariknya dan apa yang penting ia agak mencabar. Tidak semua orang berani untuk naik ke situ dan buat yang tidak berani berada di tempat tinggi mungkin permaian tersebut tidak sesuai dengan anda.

Permaian Meayunan merupakan permainan ayunan tradisional masyarakat Desa Tenganan, sebuah desa di Bali. Di sana, permainan tersebut hanya diadakan setahun sekali sebagai sebahagian daripada upacara adat.

Sekali lihat ianya seperti buaian yang berpusing atau ‘ferris wheel’ di taman tema cuma kali ini ianya lebih unik kerana ianya diperbuat daripada kayu. Permaian ini melibatkan lapan orang gadis yang duduk di atas tempat duduk dan terdapat dua orang lelaki di bahagian kiri dan kanan yang ditugaskan untuk membuat pusingan ayunan.

Pada mulanya ayunan hanya dipusing dengan perlahan tetapi lama-kelamaan ayunan semakin laju dan menyeronokkan. Apa yang lebih menarik, permainan tersebut dimainkan diiringi dengan muzik gamelan.

Selepas memusing ayunan ke bahagian hadapan, arah ayunan ditukarkan ke arah belakang pula.

Permainan tradisional tersebut dikatakan bukan sekadar hiburan malah ia merupakan simbolik kepada kehidupan di mana hidup kita sentiasa berputar. Kadangkala kita berada di atas, dan ada masa kita juga boleh berada di bawah.

Tonton video di sini.

Akibat sering kacau kucing betina jiran sebelah, kucing ini ‘dihukum’ gantung di dalam plastik depan rumah

0

Haiwan peliharaan memang banyak ragamnya. Ada sahaja yang mereka mahu lakukan setiap saat. Kadangkala kelakukan mereka memang tidak terjangkau dek akal tetapi seringkali melucukan.

Kali ini seekor kucing terpaksa ‘dihukum’ atas kesalahan yang dilakukannya. Kisah lucu ini diceritakan oleh seorang netizen di Zhejiang, China, yang dikatakan baru pulang kerja pada suatu hari. Apabila sampai di hadapan pintu rumahnya dia ternampak kucingnya berada di dalam plastik yang tergantung di pintu.

Dia mula tertanya-tanya apa yang berlaku kepada kucingnya dan di situ terdapat sebuah nota yang menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya nota tersebut daripada jirannya yang memintanya untuk menjaga kucingnya supaya dia tidak ke rumahnya untuk mencari kucingnya betina di situ.

Jirannya juga turut menasihatkannya supaya dia menjaga kucingnya dengan baik.

Pilihan Editor:

Dapat balasan ‘nota cinta’ daripada Abang J&T, biskut yang dihantar juga selamat dan dalam keadaan baik

0

Antara mereka yang sering berhadapan cabaran ketika bekerja ialah mereka yang bekerja sebagai penghantar barang. Mana tidaknya, mereka bukan sahaja perlu menghantar semua barang yang dipesan pelanggan malah mereka perlu memastikan barang yang dihantar selamat dan tidak rosak. Jika tidak, mereka yang akan dipersalahkan dan ganti rugi mungkin perlu dijelaskan.

Namun begitu, ada ramai penghantar barang yang sememangnya baik dan bersungguh-sungguh untuk menjaga barang pelanggan. Misalnya penghantar barang dari J&T yang mula mendapat perhatian netizen di Facebook apabila servis yang diberikan sangat memuaskan hati.

Seorang pemilik kedai roti dari HAFU BAKERY berkongsi pengalamannya mengguna perkhidmatan J&T di mana pesanan yang dihantar kepada pelanggannya sampai dengan baik. Sebelum dia menghantar pesanan biskut tersebut dia ada menulis sesuatu yang berbunyi:

“Dari tepung saya jadi cookies. Jangan buat saya jadi tepung balik. Love you abang”

Dan apa yang paling tidak disangka pesanan ringkas tersebut dibalas oleh ‘Abang J&T’ dengan mengatakan:

“Noted sayang. I love you too. #Abang J&T”

Pelanggan yang menerima pesanan tersebut sangat gembiran kerana biskut yang diterima dalam keadaan baik sekali. Hanya beberapa keping sahaja yang pecah dan itu pun tidak teruk serta masih boleh dimakan.

Dia juga sangat berterima kasih kerana biskut sampai dalam keadaan baik. Walaupun bukan mudah untuk memastikan biskut tersebut tidak hancur tetapi ‘Abang J&T’ berjaya melakukannya. Apa yang lebih manis dia juga menerima ‘pesanan cinta’ daripada pekerja syarikat kurir tersebut.

Bukan sahaja bersungguh-sungguh kerja tetapi romantis juga ya Abang J&T!

Melihat hanya ibu bapa yang makan tanpa memberikan makan kepada anak, pelayan yang prihatin berjaya selamatkan kanak-kanak dengan “sehelai kertas”

0

Apa yang anda akan lakukan jika mengetahui tentang kes dera kanak-kanak? Ada yang pantas bertindak tetapi ada juga yang teragak-agak kerana bimbang akan keselematan diri dan sebagainya.

Namun, bagi seorang pelayan sebuah restoran dia tidak membiarkan kanak-kanak yang disyaki didera dibiarkan begitu sahaja. Dia bahkan terus bertindak pantas dan tindakannya telah menyelamatkan dua orang kanak-kanak!

Flavaine Carvalho ialah seorang pelayan di sebuah restoran di Florida. Ketika restoran hendak ditutup pada waktu petang, sepasang ibu bapa dan anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun masuk. Mereka duduk untuk memesan makanan. Sekali lihat mereka seperti keluarga lain, tiada yang mencurigakan.

Namun, Flavaine mula mengesyaki sesuatu apabila dia melihat hanya ibu bapa yang makan, tetapi anak kecil itu tidak mempunyai makanan. Ketika Flavaine bertanya kepada ibu bapanya mengapa mereka tidak memberi makan anak mereka, mereka memberitahu bahawa dia makan apabila pulang nanti.

Flavaine juga seorang ibu dan naluri keibuannya mula merasakan ada masalah dengan keluarga tersebut. Dia kemudian melihat budak lelai itu secara lebih dekat. Walaupun dia memakai topi, pelitup muka, cermin mata, dan seluruh wajahnya hampir ditutup, Flavaine masih boleh melihat beberapa bekas luka di wajahnya, dengan calar di antara alisnya serta lebam-lebam.

Flavaine berfikir sebentar dan memutuskan untuk mengambil sehelai kertas kosong dan menulis nota di atasnya:

‘ Adakah anda memerlukan pertolongan?’

Kemudian berdiri di belakang ibu bapa dan mengangkat kertas untuk menunjukkan anak kecil itu. Ketika anak kecil itu melihat nota itu, dia menggeleng pada mulanya tetapi Flavaine merasakan bahawa kanak-kanak itu mungkin takut, jadi dia mengangkatnya lagi, kali ini, kanak-kanak itu mengangguk.

Flavaine segera menghubungi polis dan pihak polis segera bergegas ke restoran.

Mereka meminta anak itu menarik lengan bajunya untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya. Anak kecil itu sedikit takut pada mulanya, tetapi dia akhirnya menarik legan bajunya dan kelihatan banyak kesan lebam di situ.

Polis segera menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mendapati bahawa anak kecil itu kekurangan zat makanan. Beratnya 9 kg lebih ringan daripada berat badan minimum kanak-kanak normal. Tidak hanya itu, seluruh tubuhnya juga penuh dengan bekas luka.

Setelah disoal siasat oleh polis, si kecil memberitahu tentang penyiksaan yang ditanggungnya di rumah. Lelaki yang makan dengannya sebenarnya adalah ayah tirinya, dia sering memukulnya dengan menumbuknya, menggunakan penyapu kayu dan penggaru belakang. Dia juga pernah diikat dengan troli selain pergelangan kaki dan lehernya juga pernah diikat.

Untuk menghukumnya, orang tuanya sering tidak memberinya makanan dan memukulnya.

Pada sidang media itu, seorang jurucakap polis berkata: “Anak ini telah mengalami penyiksaan. Melihat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menderita penyiksaan seperti itu akan menggegarkan jiwa semua orang.” “Terima kasih kerana Flavaine telah membantu di restoran. Dia telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.”

Kini, ibu bapa kanak-kanak itu telah ditangkap, dan ayah tiri anak lelaki itu telah dituduh dengan beberapa pertuduhan seperti penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang serius. Ibu kanak-kanak itu tahu bahawa penderaan itu berlaku, tetapi membiarkannya terus dilakukan dan dia didakwa dengan dua tuduhan mengabaikan anak-anak.

Sekarang anak kecil itu, dan adik perempuannya yang berusia 4 tahun, telah dijaga oleh jabatan kanak-kanak di Florida. Orang ramai menyumbangkan wang untuk mendirikan akaun amanah untuk kedua-dua anak itu untuk memberikan bantuan kewangan bagi kehidupan mereka pada masa depan.

Lihat ada yang berpakaian dan bertudung sama seperti ibu, kanak-kanak lelaki ini nampak keliru yang mana satu ibunya

0

Rasanya ramai sahaja yang pernah memakai pakaian yang sama dengan orang lain ketika berada di tempat awam. Kadang-kadang baju, atau mungkin kasut yang sama dan bagi wanita pula adakala warna atau corak tudung yang dipakai hari itu sama dengan tudung yang dipakai wanita lain.

Semua itu bukanlah masalah kerana ianya hanya kebetulan tetapi buat anak kecil ini ia adalah masalah apabila dia keliru dengan apa yang dilihatnya.

Kejadian lucu itu diceritakan oleh seorang netizen, Adda Zaffali di laman TikTok miliknya dengan memuat naik sebuah video anak kecilnya yang kelihatan keliru dengan seorang wanita lain. Ketika itu mereka berada di sebuah klinik dan di situ ada seorang wanita yang berbaju dan bertudung yang sama dengannya.

Melihat dua orang memakai pakaian yang sama buatkan anak lelakinya bingung yang mana ibunya. Si kecil itu malah siap merenung wajah wanita tersebut untuk memastikan siapa ibunya yang sebenar.

Apa yang membuatkannya keliru, bukan sahaja pakaian malah pelitup muka yang digunakan wanita tersebut sama seperti yang dugunakan oleh ibunya dan yang membezakannya ialah ibunya memakai cermin mata.

Video lucu tersebut telah menerima pelbagai respons netizen yang rata-rata berasa lucu dengan apa yang berlaku. Sehingga kini video yang dimuat naik itu telah ditonton lebih daripada 100 ribu kali oleh netizen di laman sosial itu.

Penduduk di negeri Fasa 1 PPN lengkap divaksinasi boleh ‘dine-in’ bermula 20 Ogos

0

Individu yang telah lengkap menerima dua dos vaskin kini diberikan kemudahan untuk aktiviti ‘dine-in’ bermula 20 Ogos.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri ‘caretaker’, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melibatkan individu di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang telah memenuhi kriteria berikut :

a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua

b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar pengusaha premis kedai makan untuk menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik.

Pemilik premis kedai makan juga perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk ‘dine-in’ menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 sebagai bukti.

Buat pasangan yang lengkap divaksinasi dan ingin membawa anak masing-masing berusia 17 tahun ke bawah ke kedai makan perlulah memastikan anak-anak mematuhi SOP yang ketat.

Satu-satunya ikan berdarah panas dan jarang ditemui, Moonfish ditemui terdampar di pantai AS

0

Suatu pemandangan yang jarang berlaku baru-baru ini muncul di sebuah pantai di Oregon, Amerika Syarikat apabila seekor ikan laut tropika raksasa berwarna-warni berukuran lebih 1 meter terdampar. Dek kerana penampilannya yang sangat unik, ia menarik perhatian ramai orang untuk melihatnya.

Sebenarnya makhluk indah ini dijumpai oleh sepasukan sukarelawan dari Oregon Waterfront Aquarium (Seaside Aquarium) di bahagian barat laut negeri Sunset Beach pada pagi 15 Julai yang lalu.

Kakitangan muzium kemudiannya dengan segera pergi untuk melihat dan mendapati panjang badannya kira-kira 3.5 kaki, manakala beratnya sekitar 45 kilogram dan ikan ini dikenali sebagai ‘Moonfish’.

Ikan jenis ini lazimnya mempunyai bentuk yang aneh – badan berbentuk oval rata, bahagian dalam matanya pula bewarna jingga keemasan selain bahagian tubuh lain berwarna perak dengan sisiknya pula jingga keemasan. Malah terdapat juga bintik-bintik putih.

Menurut pihak The Seaside Aquarium, ikan ini jenis ini jarang terdapat di pantai Oregon.

Penolong pengurus Waterfront Aquarium, Tiffany Boothe dengan pengalaman kerja selama 20 tahun berkata, “Kami telah melihat foto ikan ini, tetapi kami tidak pernah melihatnya dengan mata kepala kami sendiri”.

“Dari foto-foto itu, nampak seperti ianya tidaklah begitu besar tetapi sebaik sahaja kami melihatnya di depan mata, kami terkejut dengan ukuran dan beratnya”.

Tambahnya, dia melihat ikan tersebut di pantai daerah itu pada bulan pertama ikan. Masih belum jelas bagaimana ikan itu mati, tetapi keadaannya cukup baik.

Dianggarkan bahawa pasukan itu menemui ikan berkenaan sejam setelah ianya terdampar di pantai. Ikan Moonfish itu juga tidak dimakan oleh burung-burung di laut.

Menurut pihaknya, lazimnya ikan jenis itu agak besar dan mampu membesar sehingga 6 kaki  dan beratnya pula boleh mencecah sekitar 270 kilogram.

Difahamkan, ikan ini merupakan satu-satunya ikan berdarah panas yang diketahui di dunia. Ia hidup terutamanya di perairan tropika dan beriklim sederhana dan memakan udang kecil dan sotong.

Insang ikan karnivor air dalam ini mempunyai saluran darah yang membolehkan darah hangat beredar ke seluruh badan.

Oleh kerana kekurangan data, komuniti akademik hanya tahu sedikit info tentang spesies ini, sementara ahli biologi masih mengkaji cara menentukan usia ikan unik terbabit.

Buat masa ini, pihak Seaside Aquarium telah membekukan ikan tersebut dan merancang untuk bekerjasama dengan organisasi tempatan Columbia River Maritime Museum.

Ia bagi membolehkan sekumpulan pelajar melakukan anatomi pada ikan tersebut pada tahun persekolahan berikutnya, dengan harapan untuk mendapatkan semua data bagi mengetahui lebih lanjut mengenai spesies Moonfish.

“Tindakan ini juga akan menawarkan pengalaman berharga buat para pelajar terlibat dalam membedah ikan indah dan jarang ditemui berkenaan.

Rakaman imej dramatik 640 warga Afghanistan berjaya menaiki pesawat tentera C-17 Globemaster ketika meninggalkan Kabul

0

Salah satu gambar paling dramatik ketika Afghanistan diambil alih kembali oleh kerajaan Taliban. Beratus warga Afghanistan memasuki pesawat kargo tentera Amerika Syarikat ketika mereka berusaha melarikan diri dari Kabul.

Wajah-wajah terdesak yang kebanyakannya lelaki tetapi terdapat juga kaum wanita dan kanak-kanak, memandang ke arah kamera, ekspresi bercampur-baur gelisah, bimbang dan mungkin melegakan.

Imej yang dirakam laman web analisis pertahanan Amerika Syarikat, Defense One, pada Ahad lalu yang menunjukkan orang awam yang panik telah memanjat dan memasuki ‘loading ramp’ pesawat kargo tentera. Pegawai Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menerusi US Air Mobility Command berkata kru pesawat memutuskan adalah lebih baik untuk terus berlepas daripada memaksa warga Afghanistan itu turun dari pesawat.

Twitter

Jumlah mereka yang berjaya menaiki pesawat adalah 640 orang, antara yang tertinggi pernah dibawa oleh pesawat tentera C-17 Globemaster.

Pegawai pertahanan Amerika Syarikat berkata penerbangan dari Kabul ke Qatar adalah salah satu daripada beberapa pesawat penerbangan yang berjaya memindahkan ratusan warga Afghanistan yang mahu berhijrah dari Kabul.

Gambar itu bertentangan dengan gambar kacau-bilau yang berlaku di lapangan terbang Kabul pada Isnin lalu ketika gambar cemas menunjukkan warga Afghanistan yang ketakutan dengan prospek pentadbiran Taliban sehingga keadaan menjadi tidak dapat dikawal oleh askar Amerika Syarikat.

Beberapa imej pada Isnin lalu menunjukkan beratus-ratus warga Afghanistan berlari mengejar pesawat yang bergerak, dengan ada yang berusaha berpaut di sisi pesawat. Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia dalam insiden terbabit.

Paparan Skrin / BBC

Agensi pelarian PBB, UNHCR, telah meminta negara-negara dunia untuk tidak memaksa kepulangan warga Afghanistan yang sebelum ini dianggap tidak memerlukan perlindungan atau mendapat suaka.

Dianggarkan 550,000 warga Afghanistan telah dipindahkan secara dalaman semenjak konflik yang bermula awal tahun ini.

Kira-kira 20,000 hingga 30,000 warga Afghanistan melarikan diri dengan melintasi sempadan setiap minggu, kata wakil UNHCR Afghanistan, Caroline Van Buren, kepada CNN. Dan angka kerajaan menunjukkan 120,000 orang telah berpindah ke Kabul selepas kemaraan Taliban.

Ramai dalam kalangan mereka yang ketakutan nyawa terancam adalah mereka yang bekerja di bawah pentadbiran Amerika Syarikat, terutama sebagai penterjemah atau kontraktor. Tetapi sejarah perlakuan Taliban terhadap wanita semasa mereka berkuasa sebelum ini iaitu pada tahun 1990-an dan pelaksanaan hukuman kejam adalah pendorong utama ramai yang mahu melarikan diri.

Rumah Putih mengumumkan rancangan untuk membenarkan ribuan warga Afghanistan yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat untuk menetap di negara itu. Pada 16 Ogos, Presiden Joe Biden mengumumkan peruntukan bantuan berjumlah AS$500 juta (RM2.1 bilion) untuk pelarian Afghanistan.

Paparan Skrin / BBC

Amerika Syarikat telah memindahkan kira-kira 2,000 warga Afghanistan ke luar negara di bawah Skim Visa Khas Imigran dan merancang untuk memindahkan ribuan yang lain, menurut para pegawai.

Negara Jerman turut membantu. Canselor Angela Merkel memberitahu pemimpin parti bahawa Jerman mungkin memindahkan kira-kira 10,000 warga Afghanistan, termasuk 2,500 kakitangan sokongan.

Setiausaha Luar United Kingdom, Dominic Raab memberitahu BBC Breakfast 150 warganegara Britain telah dikeluarkan dari Kabul pada 15 Ogos.

United Kingdom membawa keluar 289 warga Afghanistan dengan beberapa ratus lagi dilaporkan telah dipindahkan dalam masa 24 jam.

Pergolakan di Afghanistan telah menimbulkan ketakutan di Eropah mengenai kemasukan pelarian dan imigran baru secara besar-besaran. Turki memutuskan untuk meningkatkan tahap keselamatan di sempadannya yang panjang dengan Iran di mana negara itu kini sedang giat membina tembok konkrit.

Jemaah surau terkejut lihat fenomena puluhan ikan puyu naik ke darat ketika hujan

0

Pada 18 Ogos lalu telah tular sebuah video di laman Facebook berdurasi 3 minit 47 saat memaparkan kejadian aneh di luar sebuah surau yang terletak di Sawah Sempadan, Tanjong Karang.

Dalam kejadian tersebut, puluhan ikan puyu dilihat naik ke darat ketika cuaca hujan sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi yang menyatakan banjir besar bakal berlaku. Pada masa yang sama, segelintir warganet turut memberikan pendapat masing-masing dan beranggapan fenomena ini berlaku akibat perubahan musim dan sebagai tanda pemberian rezeki.

“Allahuakbar banyaknya. Ajaib, ajaib. Keajaiban Surau Sulaiman. Hari ini, 18 Ogos 2021 banyaknya ikan puyu naik”.

“Allah kalau hendak beri kita rezeki, boleh datang dari bermacam-macam cara. Bersyukurlah. Tidak mustahil bagi-Nya”.

“Hujan lebat menyebabkan berlakunya perubahan parameair yang mungkin menjadi lebih asid”.

“Biasalah itu. Kalau air naik, ikan puyu dan haruan akan cuba pindah tempat lain dengan naik ke darat. Sebab itu lah ikan puyu dipanggil sebagai climbing perch dalam bahasa Inggeris”.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan berjaya meraih sekitar 402k kali tontonan dengan 1.7k komen daripada pengguna Facebook.