31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalSatu-satunya ikan berdarah panas dan jarang ditemui, Moonfish ditemui terdampar di pantai...

Satu-satunya ikan berdarah panas dan jarang ditemui, Moonfish ditemui terdampar di pantai AS

Suatu pemandangan yang jarang berlaku baru-baru ini muncul di sebuah pantai di Oregon, Amerika Syarikat apabila seekor ikan laut tropika raksasa berwarna-warni berukuran lebih 1 meter terdampar. Dek kerana penampilannya yang sangat unik, ia menarik perhatian ramai orang untuk melihatnya.

Sebenarnya makhluk indah ini dijumpai oleh sepasukan sukarelawan dari Oregon Waterfront Aquarium (Seaside Aquarium) di bahagian barat laut negeri Sunset Beach pada pagi 15 Julai yang lalu.

Kakitangan muzium kemudiannya dengan segera pergi untuk melihat dan mendapati panjang badannya kira-kira 3.5 kaki, manakala beratnya sekitar 45 kilogram dan ikan ini dikenali sebagai ‘Moonfish’.

Ikan jenis ini lazimnya mempunyai bentuk yang aneh – badan berbentuk oval rata, bahagian dalam matanya pula bewarna jingga keemasan selain bahagian tubuh lain berwarna perak dengan sisiknya pula jingga keemasan. Malah terdapat juga bintik-bintik putih.

Menurut pihak The Seaside Aquarium, ikan ini jenis ini jarang terdapat di pantai Oregon.

Penolong pengurus Waterfront Aquarium, Tiffany Boothe dengan pengalaman kerja selama 20 tahun berkata, “Kami telah melihat foto ikan ini, tetapi kami tidak pernah melihatnya dengan mata kepala kami sendiri”.

“Dari foto-foto itu, nampak seperti ianya tidaklah begitu besar tetapi sebaik sahaja kami melihatnya di depan mata, kami terkejut dengan ukuran dan beratnya”.

Tambahnya, dia melihat ikan tersebut di pantai daerah itu pada bulan pertama ikan. Masih belum jelas bagaimana ikan itu mati, tetapi keadaannya cukup baik.

Dianggarkan bahawa pasukan itu menemui ikan berkenaan sejam setelah ianya terdampar di pantai. Ikan Moonfish itu juga tidak dimakan oleh burung-burung di laut.

Menurut pihaknya, lazimnya ikan jenis itu agak besar dan mampu membesar sehingga 6 kaki  dan beratnya pula boleh mencecah sekitar 270 kilogram.

Difahamkan, ikan ini merupakan satu-satunya ikan berdarah panas yang diketahui di dunia. Ia hidup terutamanya di perairan tropika dan beriklim sederhana dan memakan udang kecil dan sotong.

Insang ikan karnivor air dalam ini mempunyai saluran darah yang membolehkan darah hangat beredar ke seluruh badan.

Oleh kerana kekurangan data, komuniti akademik hanya tahu sedikit info tentang spesies ini, sementara ahli biologi masih mengkaji cara menentukan usia ikan unik terbabit.

Buat masa ini, pihak Seaside Aquarium telah membekukan ikan tersebut dan merancang untuk bekerjasama dengan organisasi tempatan Columbia River Maritime Museum.

Ia bagi membolehkan sekumpulan pelajar melakukan anatomi pada ikan tersebut pada tahun persekolahan berikutnya, dengan harapan untuk mendapatkan semua data bagi mengetahui lebih lanjut mengenai spesies Moonfish.

“Tindakan ini juga akan menawarkan pengalaman berharga buat para pelajar terlibat dalam membedah ikan indah dan jarang ditemui berkenaan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI