26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya Hidup'Sidai' abang FoodPanda dalam hujan lebih daripada 15 minit, netizen kecewa terhadap...

‘Sidai’ abang FoodPanda dalam hujan lebih daripada 15 minit, netizen kecewa terhadap pelanggan yang tidak bertimbang rasa

Sanggup meredah panas dan hujan, itu lah mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan. Semasa musim Covid ini peranan mereka sangat penting. Mungkin ada yang berpendapat karier sebagai penghantar makanan tidaklah sepopular mana tetapi percayalah kehadiran mereka tersangatlah diperlukan.

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Misalnya apa yang berlaku kepada seorang penghantar makanan FoodPanda ini yang ‘disidai’ oleh pelanggan di luar rumah.

Kejadian tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Twitter, @potatochips_o yang turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan seorang penghantar makanan terpaksa menunggu lama di luar rumah untuk menunggu pelanggan keluar bagi mengambil makanan mereka.

Apa yang lebih menyayat hati lelaki tersebut terpaksa menunggu lebih daripada 15 minit di dalam hujan lebat!

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih daripada 800 ribu kali di laman Twitter. Ramai yang memberi komen terhadap video tersebut- tidak kira pelanggan mahupun mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Ada yang mengatakan mereka juga pernah mengalami pengalaman yang sama, tidak dihiraukan oleh pelanggan dan terpaksa menunggu sehingga 30 minit. Ada pula yang tidak menyediakan wang secukupnya sedangkan ketika itu hujan lebat dan terpaksalah penghantar makanan mencari-cari wang syiling untuk dipulangkan.

Hal seperti ini seharusnya tidak berlaku. Nasihat kepada mereka yang membuat pesanan makanan jangan biarkan penghantar makanan anda terpaksa menunggu lama seperti ini. Jika anda tiada di rumah bagitahu mereka awal-awal supaya mereka boleh meninggalkan makanan di mana-mana yang selamat. Jika tiada wang syiling kecil lebih baik bayar makanan anda secara dalam talian. Ia lebih mudah untuk kedua-dua belah pihak.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI