28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupMelihat hanya ibu bapa yang makan tanpa memberikan makan kepada anak, pelayan...

Melihat hanya ibu bapa yang makan tanpa memberikan makan kepada anak, pelayan yang prihatin berjaya selamatkan kanak-kanak dengan “sehelai kertas”

Apa yang anda akan lakukan jika mengetahui tentang kes dera kanak-kanak? Ada yang pantas bertindak tetapi ada juga yang teragak-agak kerana bimbang akan keselematan diri dan sebagainya.

Namun, bagi seorang pelayan sebuah restoran dia tidak membiarkan kanak-kanak yang disyaki didera dibiarkan begitu sahaja. Dia bahkan terus bertindak pantas dan tindakannya telah menyelamatkan dua orang kanak-kanak!

Flavaine Carvalho ialah seorang pelayan di sebuah restoran di Florida. Ketika restoran hendak ditutup pada waktu petang, sepasang ibu bapa dan anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun masuk. Mereka duduk untuk memesan makanan. Sekali lihat mereka seperti keluarga lain, tiada yang mencurigakan.

Namun, Flavaine mula mengesyaki sesuatu apabila dia melihat hanya ibu bapa yang makan, tetapi anak kecil itu tidak mempunyai makanan. Ketika Flavaine bertanya kepada ibu bapanya mengapa mereka tidak memberi makan anak mereka, mereka memberitahu bahawa dia makan apabila pulang nanti.

Flavaine juga seorang ibu dan naluri keibuannya mula merasakan ada masalah dengan keluarga tersebut. Dia kemudian melihat budak lelai itu secara lebih dekat. Walaupun dia memakai topi, pelitup muka, cermin mata, dan seluruh wajahnya hampir ditutup, Flavaine masih boleh melihat beberapa bekas luka di wajahnya, dengan calar di antara alisnya serta lebam-lebam.

Flavaine berfikir sebentar dan memutuskan untuk mengambil sehelai kertas kosong dan menulis nota di atasnya:

‘ Adakah anda memerlukan pertolongan?’

Kemudian berdiri di belakang ibu bapa dan mengangkat kertas untuk menunjukkan anak kecil itu. Ketika anak kecil itu melihat nota itu, dia menggeleng pada mulanya tetapi Flavaine merasakan bahawa kanak-kanak itu mungkin takut, jadi dia mengangkatnya lagi, kali ini, kanak-kanak itu mengangguk.

Flavaine segera menghubungi polis dan pihak polis segera bergegas ke restoran.

Mereka meminta anak itu menarik lengan bajunya untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya. Anak kecil itu sedikit takut pada mulanya, tetapi dia akhirnya menarik legan bajunya dan kelihatan banyak kesan lebam di situ.

Polis segera menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mendapati bahawa anak kecil itu kekurangan zat makanan. Beratnya 9 kg lebih ringan daripada berat badan minimum kanak-kanak normal. Tidak hanya itu, seluruh tubuhnya juga penuh dengan bekas luka.

Setelah disoal siasat oleh polis, si kecil memberitahu tentang penyiksaan yang ditanggungnya di rumah. Lelaki yang makan dengannya sebenarnya adalah ayah tirinya, dia sering memukulnya dengan menumbuknya, menggunakan penyapu kayu dan penggaru belakang. Dia juga pernah diikat dengan troli selain pergelangan kaki dan lehernya juga pernah diikat.

Untuk menghukumnya, orang tuanya sering tidak memberinya makanan dan memukulnya.

Pada sidang media itu, seorang jurucakap polis berkata: “Anak ini telah mengalami penyiksaan. Melihat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menderita penyiksaan seperti itu akan menggegarkan jiwa semua orang.” “Terima kasih kerana Flavaine telah membantu di restoran. Dia telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.”

Kini, ibu bapa kanak-kanak itu telah ditangkap, dan ayah tiri anak lelaki itu telah dituduh dengan beberapa pertuduhan seperti penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang serius. Ibu kanak-kanak itu tahu bahawa penderaan itu berlaku, tetapi membiarkannya terus dilakukan dan dia didakwa dengan dua tuduhan mengabaikan anak-anak.

Sekarang anak kecil itu, dan adik perempuannya yang berusia 4 tahun, telah dijaga oleh jabatan kanak-kanak di Florida. Orang ramai menyumbangkan wang untuk mendirikan akaun amanah untuk kedua-dua anak itu untuk memberikan bantuan kewangan bagi kehidupan mereka pada masa depan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI