30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaRakaman imej dramatik 640 warga Afghanistan berjaya menaiki pesawat tentera C-17 Globemaster...

Rakaman imej dramatik 640 warga Afghanistan berjaya menaiki pesawat tentera C-17 Globemaster ketika meninggalkan Kabul

Salah satu gambar paling dramatik ketika Afghanistan diambil alih kembali oleh kerajaan Taliban. Beratus warga Afghanistan memasuki pesawat kargo tentera Amerika Syarikat ketika mereka berusaha melarikan diri dari Kabul.

Wajah-wajah terdesak yang kebanyakannya lelaki tetapi terdapat juga kaum wanita dan kanak-kanak, memandang ke arah kamera, ekspresi bercampur-baur gelisah, bimbang dan mungkin melegakan.

Imej yang dirakam laman web analisis pertahanan Amerika Syarikat, Defense One, pada Ahad lalu yang menunjukkan orang awam yang panik telah memanjat dan memasuki ‘loading ramp’ pesawat kargo tentera. Pegawai Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menerusi US Air Mobility Command berkata kru pesawat memutuskan adalah lebih baik untuk terus berlepas daripada memaksa warga Afghanistan itu turun dari pesawat.

Twitter

Jumlah mereka yang berjaya menaiki pesawat adalah 640 orang, antara yang tertinggi pernah dibawa oleh pesawat tentera C-17 Globemaster.

Pegawai pertahanan Amerika Syarikat berkata penerbangan dari Kabul ke Qatar adalah salah satu daripada beberapa pesawat penerbangan yang berjaya memindahkan ratusan warga Afghanistan yang mahu berhijrah dari Kabul.

Gambar itu bertentangan dengan gambar kacau-bilau yang berlaku di lapangan terbang Kabul pada Isnin lalu ketika gambar cemas menunjukkan warga Afghanistan yang ketakutan dengan prospek pentadbiran Taliban sehingga keadaan menjadi tidak dapat dikawal oleh askar Amerika Syarikat.

Beberapa imej pada Isnin lalu menunjukkan beratus-ratus warga Afghanistan berlari mengejar pesawat yang bergerak, dengan ada yang berusaha berpaut di sisi pesawat. Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia dalam insiden terbabit.

Paparan Skrin / BBC

Agensi pelarian PBB, UNHCR, telah meminta negara-negara dunia untuk tidak memaksa kepulangan warga Afghanistan yang sebelum ini dianggap tidak memerlukan perlindungan atau mendapat suaka.

Dianggarkan 550,000 warga Afghanistan telah dipindahkan secara dalaman semenjak konflik yang bermula awal tahun ini.

Kira-kira 20,000 hingga 30,000 warga Afghanistan melarikan diri dengan melintasi sempadan setiap minggu, kata wakil UNHCR Afghanistan, Caroline Van Buren, kepada CNN. Dan angka kerajaan menunjukkan 120,000 orang telah berpindah ke Kabul selepas kemaraan Taliban.

Ramai dalam kalangan mereka yang ketakutan nyawa terancam adalah mereka yang bekerja di bawah pentadbiran Amerika Syarikat, terutama sebagai penterjemah atau kontraktor. Tetapi sejarah perlakuan Taliban terhadap wanita semasa mereka berkuasa sebelum ini iaitu pada tahun 1990-an dan pelaksanaan hukuman kejam adalah pendorong utama ramai yang mahu melarikan diri.

Rumah Putih mengumumkan rancangan untuk membenarkan ribuan warga Afghanistan yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat untuk menetap di negara itu. Pada 16 Ogos, Presiden Joe Biden mengumumkan peruntukan bantuan berjumlah AS$500 juta (RM2.1 bilion) untuk pelarian Afghanistan.

Paparan Skrin / BBC

Amerika Syarikat telah memindahkan kira-kira 2,000 warga Afghanistan ke luar negara di bawah Skim Visa Khas Imigran dan merancang untuk memindahkan ribuan yang lain, menurut para pegawai.

Negara Jerman turut membantu. Canselor Angela Merkel memberitahu pemimpin parti bahawa Jerman mungkin memindahkan kira-kira 10,000 warga Afghanistan, termasuk 2,500 kakitangan sokongan.

Setiausaha Luar United Kingdom, Dominic Raab memberitahu BBC Breakfast 150 warganegara Britain telah dikeluarkan dari Kabul pada 15 Ogos.

United Kingdom membawa keluar 289 warga Afghanistan dengan beberapa ratus lagi dilaporkan telah dipindahkan dalam masa 24 jam.

Pergolakan di Afghanistan telah menimbulkan ketakutan di Eropah mengenai kemasukan pelarian dan imigran baru secara besar-besaran. Turki memutuskan untuk meningkatkan tahap keselamatan di sempadannya yang panjang dengan Iran di mana negara itu kini sedang giat membina tembok konkrit.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI