Antara mereka yang sering berhadapan cabaran ketika bekerja ialah mereka yang bekerja sebagai penghantar barang. Mana tidaknya, mereka bukan sahaja perlu menghantar semua barang yang dipesan pelanggan malah mereka perlu memastikan barang yang dihantar selamat dan tidak rosak. Jika tidak, mereka yang akan dipersalahkan dan ganti rugi mungkin perlu dijelaskan.
Namun begitu, ada ramai penghantar barang yang sememangnya baik dan bersungguh-sungguh untuk menjaga barang pelanggan. Misalnya penghantar barang dari J&T yang mula mendapat perhatian netizen di Facebook apabila servis yang diberikan sangat memuaskan hati.
Facebook|HAFU BAKERY
Seorang pemilik kedai roti dari HAFU BAKERY berkongsi pengalamannya mengguna perkhidmatan J&T di mana pesanan yang dihantar kepada pelanggannya sampai dengan baik. Sebelum dia menghantar pesanan biskut tersebut dia ada menulis sesuatu yang berbunyi:
“Dari tepung saya jadi cookies. Jangan buat saya jadi tepung balik. Love you abang”
Dan apa yang paling tidak disangka pesanan ringkas tersebut dibalas oleh ‘Abang J&T’ dengan mengatakan:
“Noted sayang. I love you too. #Abang J&T”
Pelanggan yang menerima pesanan tersebut sangat gembiran kerana biskut yang diterima dalam keadaan baik sekali. Hanya beberapa keping sahaja yang pecah dan itu pun tidak teruk serta masih boleh dimakan.
Facebook|HAFU BAKERY
Dia juga sangat berterima kasih kerana biskut sampai dalam keadaan baik. Walaupun bukan mudah untuk memastikan biskut tersebut tidak hancur tetapi ‘Abang J&T’ berjaya melakukannya. Apa yang lebih manis dia juga menerima ‘pesanan cinta’ daripada pekerja syarikat kurir tersebut.
Bukan sahaja bersungguh-sungguh kerja tetapi romantis juga ya Abang J&T!