Individu yang telah lengkap menerima dua dos vaskin kini diberikan kemudahan untuk aktiviti ‘dine-in’ bermula 20 Ogos.
Ia diumumkan oleh Perdana Menteri ‘caretaker’, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melibatkan individu di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang telah memenuhi kriteria berikut :
a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua
b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar pengusaha premis kedai makan untuk menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik.
Pemilik premis kedai makan juga perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk ‘dine-in’ menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 sebagai bukti.
Buat pasangan yang lengkap divaksinasi dan ingin membawa anak masing-masing berusia 17 tahun ke bawah ke kedai makan perlulah memastikan anak-anak mematuhi SOP yang ketat.