26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 24, 2025
Utama Blog Laman 270

Pembantu rumah Indonesia diselamatkan setelah jadi mangsa penderaan dan buruh paksa selama 3 tahun

0

Seorang pembantu rumah wanita warganegara Indonesia, yang dipercayai menjadi mangsa penderaan dan buruh paksa oleh majikan akhirnya berjaya diselamatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam operasi menyelamat di sebuah kediaman di Ayer Tawar, Perak pada 23 September.

Kementerian Sumber Manusia melaporkan selain melemparkan pelbagai bentuk penganiayaan, majikan kepada wanita Indonesia itu juga dilaporkan berhutang tiga tahun gaji berjumlah kira-kira RM25,000 antara tahun 2018 dan 2021.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya berkata, “Majikan / suspek juga mengeksploitasi mangsa dengan ugutan bahawa dia bukan pekerja sah yang didokumentasikan dan sering kali dimarahi sekiranya dia meminta untuk kembali ke negara asal.”

Facebook

Mereka menjelaskan usaha menyelamat wanita itu adalah sebahagian daripada operasi bersepadu oleh pasukan petugas Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjong berikutan aduan dan maklumat dari Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur pada 20 September.

“Mangsa didera secara fizikal, iaitu disepak pada bahagian muka apabila dia meminta baki gajinya yang tertunggak,” menurut kenyataan itu.

Wanita itu dilaporkan memasuki Malaysia secara sah dengan permit kerja sebagai pembantu rumah pada Jun 2003 melalui ejen yang dikenalinya. Selepas mendapat pekerjaan, gaji mangsa berjumlah RM350 sebulan telah ditolak selama empat bulan sebagai kos bayaran kepada ejen berkenaan.

Gambar Hiasan / Pixabay

Mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini kerana dia menyerahkan semuanya kepada ejen dan tiada kontrak bertulis dibuat mengenai proses pekerjaan, termasuk bayaran kepada ejen.

Siasatan awal menunjukkan permit kerja sah wanita itu berakhir pada bulan Jun 2020. Oleh itu, dia diklasifikasikan sebagai buruh paksa dengan wujudnya beberapa indikator yang digunakan bagi mengenal pasti bahawa seseorang pekerja itu bekerja tanpa dibayar gaji, dinafikan kembali ke negara asalnya, dan dia mengalami penganiayaan.

Indikator kukuh menunjukkan majikan telah melakukan kesalahan ini di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, menurut Kementerian Sumber Manusia.

Kementerian menambah mangsa yang masih trauma kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Zon Tengah di Damansara selepas diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO) oleh Mahkamah Majistret Sri Manjung pada hari yang sama dia diselamatkan.

Facebook

IPO selama 21 hari sehingga 13 Oktober bertujuan melengkapkan kertas siasatan menurut Akta ATIPSOM 2007 yang dikendalikan oleh JTK, dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi semakan dan membuat keputusan.

“Operasi ini jelas menunjukkan negara tidak pernah berkompromi dalam masalah buruh paksa tanpa mengira kewarganegaraan pekerja yang terlibat,” jelas Kementerian Sumber Manusia.

Walaupun tiada tangkapan yang dilaporkan oleh kementerian, diharap pelakunya akan dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat.

Berjaya kumpul RM223,935 dalam masa 72 jam, YouTuber dari Sabah ini lega segera dapat membantu mangsa banjir di Penampang dan Kinarut

0

Salah seorang personaliti digital dan YouTuber terkenal dari Sabah, Adam Shamil, telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM223,935.72 hanya dalam masa 72 jam, untuk membantu mangsa banjir di Penampang dan Kinarut, Sabah.

Ini menjadikannya sumbangan dana awam terpantas oleh seorang individu di Borneo dengan hampir suku juta ringgit berjaya dikumpulkan dalam jangka masa hanya tiga hari, menurut Borneo Post.

Adam Shamil / Facebook

“Semua tidak dapat dilakukan tanpa sumbangan anda. Semasa memulakan inisiatif ini tiga hari yang lalu, saya terus bertanya kepada diri sendiri sekiranya saya boleh mengumpulkan RM50,000 dalam seminggu atau saya hanya mengaibkan diri sendiri,” tulis Adam dalam hantaran di Facebook.

“Tetapi rasanya jika anda meletakkan setulus hati ke atas sesuatu dengan niat yang murni untuk membantu orang lain, Tuhan menunjukkan caranya dengan pelbagai jalan yang misteri untuk merealisasikan visi anda,” tambahnya.

Adam Shamil / Facebook

Adam Shamil merupakan personaliti digital dan YouTuber terkenal dengan lebih 22 juta tontonan di pelbagai platform media sosial, mula mengambil inisiatif membuka tabung sumbangan misi bantuan mangsa banjir Penampang dan Kinarut secara dalam talian dengan sasaran RM50,000.

Namun, tanpa disangka sambutan luar biasa daripada para pengikutnya telah memungkinkan sumbangan dana itu melebihi sasaran.

Adam, juga berasal dari Penampang yang terjejas banjir telah berikrar bahawa beliau akan memastikan ketelusan dan berusaha mengagihkan sumbangan orang ramai dengan sebaik mungkin serta semua dokumentasi akan dikongsi di platform media sosial miliknya.

Adam Shamil / Facebook

“Terima kasih kerana telah mempercayai saya sebagai orangnya ketika menyalurkan sumbangan anda untuk mangsa yang terjejas melebihi orang lain. Anda menaruh harapan dan kepercayaan kepada saya dalam memanfaatkan sepenuhnya sumbangan ini untuk membantu rakan-rakan kami di Penampang dan Kinarut yang sangat memerlukan bantuan,” tulisnya.

“Kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mengikuti saya di media sosial, terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi terhadap kempen ini dengan berkongsi hantaran saya juga menyalurkan wang anda sendiri ke dalam usaha menderma ini,” tambahnya.

Adam Shamil / Facebook

Adam telah mula mengagihkan sumbangan tersebut ke kampung yang terjejas bermula 26 September lalu.

“Saya berjanji akan selalu memastikan ketelusan dan dokumentasi ketika melakukan semua bentuk pembelian, transaksi pemindahan atau pengeluaran wang. Ini bermakna setiap resit pembelian, perbualan, log panggilan dan sejarah transaksi akan direkod dan dimuat naik di media sosial,” kata Adam.

Adam Shamil / Facebook

Menurutnya untuk warga terjejas banjir di Penampang dan Kinarut, sumbangan ini hanyalah hadiah kecil untuk meringankan beban mereka.

Ramai pengikut di media sosial memuji inisiatif itu dan mengucapkan terima kasih atas usaha Adam Shamil yang amat murni.

Adam Shamil / Facebook
Adam Shamil / Facebook

Menurut Adam dalam kemas kini terbarunya di media sosial, sebahagian besar sumbangan telah disalurkan untuk penduduk terjejas di Kampung Sugud, Penampang dan Kampung Labak, Kinarut.

Adam Shamil / Facebook

Sumbangan yang diperincikan Adam menerusi hantaran di Facebook termasuk dapur gas, beras, air minuman, alatan pembersih rumah, ‘wheel barrow’ dan penyodok seperti yang dipohon oleh para mangsa dan penduduk kampung yang terjejas, juga sumbangan wang tunai telah disalurkan.

Bantu beli tisu, belanja OKU makan biarpun berbeza agama dan bangsa, lelaki ini buat netizen tersentuh

0

Berbuat baik sesama manusia amatlah dituntut oleh mana-mana agama, apatah lagi menyantuni warga kelainan upaya atau OKU.

Baru-baru ini tular akan satu video menunjukkan individu sohor di Instagram, Hafiz Mahamad melayani sahabatnya yang juga seorang warga OKU.

Hafiz yang pada ketika itu berada di sebuah restoran bersama anaknya, terjumpa dengan seorang lelaki berbangsa India kelainan upaya yang sedang menjual tisu.

“Sahabat India saya ini rajin sangat, tiap hari jual tisu dekat kedai-kedai. Saya beli semua tisu dia jual waktu itu. Dia peluk saya cakap terima kasih”.

Ujar Hafiz, kali kedua jumpa pula, mereka sempat berswafoto bersama. “Hari ini jumpa lagi! Saya ajak dia makan sekali, pekena kebab dengan anak saya”.

Wang turut dihulurkan kepada lelaki terbabit dan Hafiz sempat memesan agar kesemua tisu yang dibawa lelaki berkenaan pada hari itu untuk diberikan kepada orang lain.

“Saya belanja dia makan. Kasihan dia satu hari berusaha hari ini”, tulis Hafiz menerusi video yang dimuat naiknya.

Anak Hafiz, Raisya turut gembira melihat contoh baik yang dipaparkan bapanya. “Raisya kena buat ramai orang senyum tau! Jangan sombong”.

Saksikan video mereka di sini.

Pekerja sosial tergamam bila lawat wanita dituduh dera, tak bagi ‘anak’ makan. Rupanya terlebih makan…

0

Negara Barat khususnya sangat menjaga kebajikan kanak-kanak, di mana polisi sosial mereka berorientasikan perlindungan kanak-kanak sepenuhnya daripada keganasan dan lain-lain.

Awal bulan lalu, seorang wanita dari Britain bernama Kayleigh berkongsi kisahnya yang dituduh mendera ‘anaknya’, George oleh jirannya.

“Insiden ini berlaku pada awal September apabila terdapat seorang wanita mengetuk pintu rumah saya dan mendakwa dia daripada agensi kebajikan kanak-kanak”.

Menurut pekerja sosial terbabit, dia telah menerima laporan. “Ada individu mengatakan anak lelaki kamu, George telah diabaikan dalam tempoh yang lama”.

Tambahnya, ada pihak yang mendengar bahawa Kayleigh menjerit kepada George dan tidak membenarkannya makan.

Setelah mendengar kata-kata pekerja sosial itu, Kayleigh kemudiannya bertanya sama ada pekerja itu mahu berjumpa dan melihat sendiri keadaan George.

Dia kemudian membawa wanita terbabit melihat George, yang sebenarnya merupakan seekor kucing berwarna jingga sedang santai berbaring di atas lantai.

Terkejut pekerja sosial itu dibuatnya. “Individu yang melaporkan kes ini sepatutnya melaporkan ia kepada pekerja kebajikan haiwan”, ujar Kayleigh padanya.

Ujar Kayleigh, dirinya sama sekali tidak mengabaikan anak saya. George sememangnya sudah gemuk dan tamak kerana mahu makan semuanya”.

“George makan 3 kali sehari dan kadang kala, George akan mencuri apa-apa untuk dijadikan snek bagi memenuhi keinginan makannya”.

“Jadi, jika kamu semua dengar saya menjerit dan tidak memberikan makan kepada anak saya, biarkan sahaja”, kara Kayleigh yang ditujukan kepada jiran-jirannya.

Tuan rumah hati pemurah tinggalkan snek untuk diambil pekerja penghantaran dengan sesuka yang mahu

0

Siapa yang bergelar pekerja penghantaran pasti memahami kerja menghantar barang bukan semudah yang pelanggan lihat ketika mereka tiba di hadapan pintu premis dan kediaman.

Pekerjaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi, di mana setiap penghantaran ke rumah memiliki ragam dan cabarannya yang tersendiri.

Juga masa penghantaran barangan dan makanan memakan masa sehingga ke waktu malam, yang kadangkala ada masanya mereka terlupa untuk makan dan minum dengan baik.

The Epoch Times / Facebook

Memikirkan perkara tersebut, maka tuan rumah yang baik hati dan pemurah ini memutuskan untuk meninggalkan pelbagai makanan ringan di luar rumahnya untuk diambil para pekerja penghantaran barang dan makanan sebagai pengalas perut ketika bekerja.

The Epoch Times / Facebook

Tuan rumah itu, Kim Nguyen dari California merupakan seorang cef yang memahami semua pekerjaan kadangkala boleh datang dengan tekanan.

Jadi pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membeli pelbagai makanan ringan dan minuman dari Costco dan meninggalkannya di dalam bakul di hadapan pintu rumahnya untuk dibawa pulang oleh para pekerja penghantaran.

The Epoch Times / Facebook

Kim yang pemurah meletakkan pelbagai pilihan snek yang terdiri daripada buah-buahan dan biskut. 

The Epoch Times / Facebook

Juga air mineral, minuman ringan dan jus yang sejuk.

The Epoch Times / Facebook

Sehingga kepada kerepek dan coklat untuk mereka ambil dan bawa pulang, atau memakannya semasa dalam perjalanan menghantar barangan ke pelbagai lokasi lain.

The Epoch Times / Facebook

Sikap prihatin dan pemurah Kim ke atas semua pekerja penghantaran termasuk pemungut sampah di rumahnya telah menyentuh hati mereka.

The Epoch Times / Facebook

Yang turut menceriakan hari mereka yang bertandang di hadapan pintu rumahnya untuk menghantar pelbagai barangan dan makanan yang dipesan.

Mereka tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih dengan senyuman.

The Epoch Times / Facebook

Ingatan dan tindakan mulia Kim kini turut menjadi ikutan beberapa netizen yang turut melakukan perkara yang sama.

Ramai yang turut terpanggil meninggalkan makanan ringan dan minuman di hadapan pintu rumah masing-masing untuk diambil pekerja penghantaran sebagai tanda menghargai khidmat dan jasa pengorbanan pekerja ini ketika di era pandemik.

Tonton video di sini.

Resipi sardin ‘marvellous’, kena goreng dulu. “Percayalah..sardin lebih sedap”

0

Lauk sardin dalam tin sememangnya menjadi penyelesaian sekiranya kita mahu segera menyediakan lauk untuk dimakan dalam masa yang singkat.

Rata-rata kita mempunyai cara tersendiri untuk memasaknya bukan? Namun tahukah anda cara untuk melazatkan lagi masakan sardin?

Mengikut seorang pengguna Facebook, Rafiza Idayu, ikan sardin perlu digorengkan terlebih dahulu, barulah lebih sedap!

Justeru buat anda yang teringin mencuba resipi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan :

  • Ikan sardin
  • Cili kisar (ikut citarasa)
  • ½ sudu gula
  • Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (dihiris nipis)
  • Beberapa ulas cili padi

Cara-caranya :

#1 Asingkan sardin dengan kuah namun kuahnya jangan dibuang. Kemudian panaskan sedikit minyak di atas api yang kecil.

#2 Masukkan ikan ketika minyak belum panas sepenuhnya bagi mengelakkan ikan daripada meletup-letup.

Boleh tutup dengan penutup kuali, cukup sekadar membalikkannya sekali sahaja. Ketepikan ikan seketika setelah masak.

#3 Menggunakan minyak tadi, tumiskan bawang yang sudah dihiris sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili kisar. Masakkan sehingga sedikit garing.

#4 Masukkan gula, kemudian tuangkan kuah ikan sardin yang terdapat di dalam tin. Lauk ikan sardin dalam tin siap sedia untuk dinikmati!

Menurut Rafiza,resipi ini adalah turun temurun daripada ibunya dan hasil resipi ini menjadikan hidangan ikan sardin lebih lazat.

Apa lagi, jomlah kita cuba!

Gara-gara selisih faham dengan jiran, individu di Taiwan pasang jam penggera setiap masa selama 2 bulan

0

Jam penggera merupakan penyelamat khasnya buat individu yang bergantung padanya untuk bangun di pagi hari.

Namun jika ianya terlalu kuat sehingga mengganggu ketenangan jiran, tentunya ia adalah satu situasi yang sangat menjengkelkan.

Itulah yang berlaku pada seorang wanita dari Kaohsiung, Taiwan apabila dia memutuskan untuk berkongsi kisah yang dialaminya itu di laman Facebook.

Menurutnya, jam penggera milik jirannya akan berbunyi sepanjang hari dan keadaan itu telah membelenggunya selama 2 bulan!

Tidak kira waktu, sama ada siang, tengah hari, petang dan malam, jam penggera jirannya akan berbunyi di pangsapuri berkenaan. Mengganggu betul..

Malah menurutnya, ada juga dua jam penggera yang berbunyi pada waktu yang sama. Ini membuatkan wanita itu tertanya-tanya.

Pagi buta pun masih berbunyi!

Difahamkan bahawa pihak polis sudah pun menyiasat dan mahu berjumpa dengan jiran wanita terbabit namun gagal apabila pintu tidak dibuka.

Tidak lama kemudian, jiran bernama Tang itu akhirnya mengalah dan datang ke balai polis untuk membantu siasatan.

Ujar Tang, dia melakukan perkara itu kerana dia berselisih faham dengan jiran tentang perkara yang remeh. Jadi dia membunyikan penggera untuk menjengkelkan jiran di sana.

Oleh yang demikian, Tang dikenakan denda maksimum berjumlah RM904 kerana mengganggu ketenteraman awam di bawah undang-undang Pemeliharaan Ketertiban Sosial.

Tonton video di sini.

Tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca dipendekkan kepada enam minggu mulai 1 Oktober- Khairy

0

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca akan dipercepatkan kepada enam minggu dari 1 Oktober.

Menurutnya, keputusan tersebut dilakukan untuk memberi kemudahan kepada mereka yang telah menerima dos pertama vaksin AstraZeneca.

“Kami akan memendekkan tempoh antara dos pertama dan dos kedua vaksin AstraZeneca dari sembilan minggu hingga enam minggu dan mereka boleh menerima dos kedua selepas enam minggu.”

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa bekalan vaksin adalah mencukupi dan 3.2 juta remaja akan mendapat tarikh temujanji vaksinasi dalam masa terdekat. Beliau juga mengingatkan pelajar untuk menunggu tarikh temujanji dan tidak melakukan ‘walk-in’.

Tidur pun mahu mahu bawa anak kucing kesayangan, telatah comel kanak-kanak dan kucingnya buat ramai tersenyum

0

Kanak-kanak dan barang permainan memang tidak boleh dipisahkan. Kadangkala bangun sahaja dari tidur mereka akan terus mencari barang mainan mereka. Tidak hanya itu, jika mereka memiliki haiwan kesayangan mereka juga tidak mahu berpisah dengan haiwan kesayangan mereka. Ada pula yang tidur dengan haiwan mereka di atas katil.

Sama lah gelagatnya seperti kanak-kanak ini yang sepertinya tidak mahu langsung berenggang dengan anak kucing kesayangannya.

Bayangkan, ketika ke luar rumah pun dia tidak mahu meninggalkan si comel itu. Anak kucing itu juga sepertinya mahu terus berada dekat dengan tuan kecilnya dan menemaninya ketika tertidur.

Apa yang paling comel ialah cara mereka memandang antara satu sama lain. Mereka kelihatan sangat saling menyayangi dan mahu terus bersama-sama di sisi masing-masing.

Lelaki 22 tahun maut setelah teguk 1.5 liter Coca Cola dalam tempoh 10 minit

0

CHINA – Seorang lelaki berusia 22 tahun maut setelah meminum 1.5 liter minuman berkarbonat Coca Cola dalam tempoh 10 minit.

Menurut pakar perubatan, kematian mengejut lelaki ini adalah disebabkan oleh pengambilan minuman bergas itu yang menyebabkan pengumpulan gas di dalam badan sekali gus membuatkan hatinya kekurangan oksigen.

Lelaki yang tidak dikenali itu dipercayai telah pergi ke hospital setelah enam jam dia mengambil minuman berkenaan. Dia memaklumkan doktor bahawa dia mengambil minuman itu untuk menyejukkan badan akibat cuaca panas sebelum mula merasai gejala seperti kesakitan dan bengkak pada bahagian perut.

Doktor turut mengesahkan lelaki itu mengalami kadar degupan jantung yang tinggi, tekanan darah rendah dan bernafas dengan laju. Hasil imbasan CT mendapati terdapat kehadiran gas yang luar biasa pada bahagian dinding usus dan saluran darah. Hasil ujian itu turut mendapati lelaki berkenaan mengalami hepatic ischemia yang juga disebut sebagai ‘kejutan hati’, sejenis kecederaan yang berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen pada organ.

Anak panah menunjukkan kehadiran gas di saluran darah antara hati dan organ lain

Doktor segera memberikan rawatan untuk membebaskan gas berkenaan daripada sistem pencernaan lelaki tersebut. Dia diberikan ubat untuk melindungi organ hatinya dan menstabilkan fungsi tubuh lain daripada terus rosak.

Akan tetapi selepas 12 jam, ujian darah menunjukkan lelaki ini mengalami kerosakan hati yang serius dan dia meninggal dunia setelah 18 jam mendapatkan rawatan di Hospital Chaoyang di Beijing.

Bagaimanapun, seorang pakar biokimia dari Universiti Kolej London iaitu Profesor Nathan Davies meragui fakta yang menyatakan lelaki itu maut akibat pengambilan minuman bergas dan beliau mahu pihak terbabit memberikan laporan sahih bagi mengesahkan perkara sebenar yang menyebabkan kematian lelaki itu.

“Meminum minuman ringan sebanyak 1.5 liter atau lebih daripada 3 gelas tidak akan mengakibatkan kematian. Peluangnya tipis. Kebiasaannya keadaan ini berlaku sekiranya ada bakteria yang memasuki salur usus dan dalam kes ini, bahagian usus kecil”.

“Sudah tentu minuman bergas tidak bagus untuk gigi anda, itu yang utama. Pengambilan minuman bergas dalam kuantiti yang banyak boleh menjejaskan kandungan mineral dalam tulang”.

Jelas beliau lagi, “Meminum beberapa minuman bergas sehari tidak akan menimbulkan masalah kesihatan kecuali kadar gula yang anda ambil”.

Profesor Nathan juga menjelaskan bahawa sekiranya minuman bergas boleh menjadi punca kematian, pasti akan ada banyak kes kematian lain di dunia yang berpunca daripada pengambilan minuman ini.