26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaBerjaya kumpul RM223,935 dalam masa 72 jam, YouTuber dari Sabah ini lega...

Berjaya kumpul RM223,935 dalam masa 72 jam, YouTuber dari Sabah ini lega segera dapat membantu mangsa banjir di Penampang dan Kinarut

Salah seorang personaliti digital dan YouTuber terkenal dari Sabah, Adam Shamil, telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM223,935.72 hanya dalam masa 72 jam, untuk membantu mangsa banjir di Penampang dan Kinarut, Sabah.

Ini menjadikannya sumbangan dana awam terpantas oleh seorang individu di Borneo dengan hampir suku juta ringgit berjaya dikumpulkan dalam jangka masa hanya tiga hari, menurut Borneo Post.

Adam Shamil / Facebook

“Semua tidak dapat dilakukan tanpa sumbangan anda. Semasa memulakan inisiatif ini tiga hari yang lalu, saya terus bertanya kepada diri sendiri sekiranya saya boleh mengumpulkan RM50,000 dalam seminggu atau saya hanya mengaibkan diri sendiri,” tulis Adam dalam hantaran di Facebook.

“Tetapi rasanya jika anda meletakkan setulus hati ke atas sesuatu dengan niat yang murni untuk membantu orang lain, Tuhan menunjukkan caranya dengan pelbagai jalan yang misteri untuk merealisasikan visi anda,” tambahnya.

Adam Shamil / Facebook

Adam Shamil merupakan personaliti digital dan YouTuber terkenal dengan lebih 22 juta tontonan di pelbagai platform media sosial, mula mengambil inisiatif membuka tabung sumbangan misi bantuan mangsa banjir Penampang dan Kinarut secara dalam talian dengan sasaran RM50,000.

Namun, tanpa disangka sambutan luar biasa daripada para pengikutnya telah memungkinkan sumbangan dana itu melebihi sasaran.

Adam, juga berasal dari Penampang yang terjejas banjir telah berikrar bahawa beliau akan memastikan ketelusan dan berusaha mengagihkan sumbangan orang ramai dengan sebaik mungkin serta semua dokumentasi akan dikongsi di platform media sosial miliknya.

Adam Shamil / Facebook

“Terima kasih kerana telah mempercayai saya sebagai orangnya ketika menyalurkan sumbangan anda untuk mangsa yang terjejas melebihi orang lain. Anda menaruh harapan dan kepercayaan kepada saya dalam memanfaatkan sepenuhnya sumbangan ini untuk membantu rakan-rakan kami di Penampang dan Kinarut yang sangat memerlukan bantuan,” tulisnya.

“Kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mengikuti saya di media sosial, terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi terhadap kempen ini dengan berkongsi hantaran saya juga menyalurkan wang anda sendiri ke dalam usaha menderma ini,” tambahnya.

Adam Shamil / Facebook

Adam telah mula mengagihkan sumbangan tersebut ke kampung yang terjejas bermula 26 September lalu.

“Saya berjanji akan selalu memastikan ketelusan dan dokumentasi ketika melakukan semua bentuk pembelian, transaksi pemindahan atau pengeluaran wang. Ini bermakna setiap resit pembelian, perbualan, log panggilan dan sejarah transaksi akan direkod dan dimuat naik di media sosial,” kata Adam.

Adam Shamil / Facebook

Menurutnya untuk warga terjejas banjir di Penampang dan Kinarut, sumbangan ini hanyalah hadiah kecil untuk meringankan beban mereka.

Ramai pengikut di media sosial memuji inisiatif itu dan mengucapkan terima kasih atas usaha Adam Shamil yang amat murni.

Adam Shamil / Facebook
Adam Shamil / Facebook

Menurut Adam dalam kemas kini terbarunya di media sosial, sebahagian besar sumbangan telah disalurkan untuk penduduk terjejas di Kampung Sugud, Penampang dan Kampung Labak, Kinarut.

Adam Shamil / Facebook

Sumbangan yang diperincikan Adam menerusi hantaran di Facebook termasuk dapur gas, beras, air minuman, alatan pembersih rumah, ‘wheel barrow’ dan penyodok seperti yang dipohon oleh para mangsa dan penduduk kampung yang terjejas, juga sumbangan wang tunai telah disalurkan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI