Jam penggera merupakan penyelamat khasnya buat individu yang bergantung padanya untuk bangun di pagi hari.
Namun jika ianya terlalu kuat sehingga mengganggu ketenangan jiran, tentunya ia adalah satu situasi yang sangat menjengkelkan.
Itulah yang berlaku pada seorang wanita dari Kaohsiung, Taiwan apabila dia memutuskan untuk berkongsi kisah yang dialaminya itu di laman Facebook.
Menurutnya, jam penggera milik jirannya akan berbunyi sepanjang hari dan keadaan itu telah membelenggunya selama 2 bulan!
Tidak kira waktu, sama ada siang, tengah hari, petang dan malam, jam penggera jirannya akan berbunyi di pangsapuri berkenaan. Mengganggu betul..
Malah menurutnya, ada juga dua jam penggera yang berbunyi pada waktu yang sama. Ini membuatkan wanita itu tertanya-tanya.
Pagi buta pun masih berbunyi!
鈴琋黃/Facebook
Difahamkan bahawa pihak polis sudah pun menyiasat dan mahu berjumpa dengan jiran wanita terbabit namun gagal apabila pintu tidak dibuka.
Tidak lama kemudian, jiran bernama Tang itu akhirnya mengalah dan datang ke balai polis untuk membantu siasatan.

Ujar Tang, dia melakukan perkara itu kerana dia berselisih faham dengan jiran tentang perkara yang remeh. Jadi dia membunyikan penggera untuk menjengkelkan jiran di sana.
Oleh yang demikian, Tang dikenakan denda maksimum berjumlah RM904 kerana mengganggu ketenteraman awam di bawah undang-undang Pemeliharaan Ketertiban Sosial.
Tonton video di sini.