Negara Barat khususnya sangat menjaga kebajikan kanak-kanak, di mana polisi sosial mereka berorientasikan perlindungan kanak-kanak sepenuhnya daripada keganasan dan lain-lain.
Awal bulan lalu, seorang wanita dari Britain bernama Kayleigh berkongsi kisahnya yang dituduh mendera ‘anaknya’, George oleh jirannya.
“Insiden ini berlaku pada awal September apabila terdapat seorang wanita mengetuk pintu rumah saya dan mendakwa dia daripada agensi kebajikan kanak-kanak”.
Menurut pekerja sosial terbabit, dia telah menerima laporan. “Ada individu mengatakan anak lelaki kamu, George telah diabaikan dalam tempoh yang lama”.
Tambahnya, ada pihak yang mendengar bahawa Kayleigh menjerit kepada George dan tidak membenarkannya makan.
Setelah mendengar kata-kata pekerja sosial itu, Kayleigh kemudiannya bertanya sama ada pekerja itu mahu berjumpa dan melihat sendiri keadaan George.
Dia kemudian membawa wanita terbabit melihat George, yang sebenarnya merupakan seekor kucing berwarna jingga sedang santai berbaring di atas lantai.
Terkejut pekerja sosial itu dibuatnya. “Individu yang melaporkan kes ini sepatutnya melaporkan ia kepada pekerja kebajikan haiwan”, ujar Kayleigh padanya.
Ujar Kayleigh, dirinya sama sekali tidak mengabaikan anak saya. George sememangnya sudah gemuk dan tamak kerana mahu makan semuanya”.
“George makan 3 kali sehari dan kadang kala, George akan mencuri apa-apa untuk dijadikan snek bagi memenuhi keinginan makannya”.
“Jadi, jika kamu semua dengar saya menjerit dan tidak memberikan makan kepada anak saya, biarkan sahaja”, kara Kayleigh yang ditujukan kepada jiran-jirannya.