26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaLelaki 22 tahun maut setelah teguk 1.5 liter Coca Cola dalam tempoh...

Lelaki 22 tahun maut setelah teguk 1.5 liter Coca Cola dalam tempoh 10 minit

CHINA – Seorang lelaki berusia 22 tahun maut setelah meminum 1.5 liter minuman berkarbonat Coca Cola dalam tempoh 10 minit.

Menurut pakar perubatan, kematian mengejut lelaki ini adalah disebabkan oleh pengambilan minuman bergas itu yang menyebabkan pengumpulan gas di dalam badan sekali gus membuatkan hatinya kekurangan oksigen.

Lelaki yang tidak dikenali itu dipercayai telah pergi ke hospital setelah enam jam dia mengambil minuman berkenaan. Dia memaklumkan doktor bahawa dia mengambil minuman itu untuk menyejukkan badan akibat cuaca panas sebelum mula merasai gejala seperti kesakitan dan bengkak pada bahagian perut.

Doktor turut mengesahkan lelaki itu mengalami kadar degupan jantung yang tinggi, tekanan darah rendah dan bernafas dengan laju. Hasil imbasan CT mendapati terdapat kehadiran gas yang luar biasa pada bahagian dinding usus dan saluran darah. Hasil ujian itu turut mendapati lelaki berkenaan mengalami hepatic ischemia yang juga disebut sebagai ‘kejutan hati’, sejenis kecederaan yang berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen pada organ.

Anak panah menunjukkan kehadiran gas di saluran darah antara hati dan organ lain

Doktor segera memberikan rawatan untuk membebaskan gas berkenaan daripada sistem pencernaan lelaki tersebut. Dia diberikan ubat untuk melindungi organ hatinya dan menstabilkan fungsi tubuh lain daripada terus rosak.

Akan tetapi selepas 12 jam, ujian darah menunjukkan lelaki ini mengalami kerosakan hati yang serius dan dia meninggal dunia setelah 18 jam mendapatkan rawatan di Hospital Chaoyang di Beijing.

Bagaimanapun, seorang pakar biokimia dari Universiti Kolej London iaitu Profesor Nathan Davies meragui fakta yang menyatakan lelaki itu maut akibat pengambilan minuman bergas dan beliau mahu pihak terbabit memberikan laporan sahih bagi mengesahkan perkara sebenar yang menyebabkan kematian lelaki itu.

“Meminum minuman ringan sebanyak 1.5 liter atau lebih daripada 3 gelas tidak akan mengakibatkan kematian. Peluangnya tipis. Kebiasaannya keadaan ini berlaku sekiranya ada bakteria yang memasuki salur usus dan dalam kes ini, bahagian usus kecil”.

“Sudah tentu minuman bergas tidak bagus untuk gigi anda, itu yang utama. Pengambilan minuman bergas dalam kuantiti yang banyak boleh menjejaskan kandungan mineral dalam tulang”.

Jelas beliau lagi, “Meminum beberapa minuman bergas sehari tidak akan menimbulkan masalah kesihatan kecuali kadar gula yang anda ambil”.

Profesor Nathan juga menjelaskan bahawa sekiranya minuman bergas boleh menjadi punca kematian, pasti akan ada banyak kes kematian lain di dunia yang berpunca daripada pengambilan minuman ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI