Berbuat baik sesama manusia amatlah dituntut oleh mana-mana agama, apatah lagi menyantuni warga kelainan upaya atau OKU.
Baru-baru ini tular akan satu video menunjukkan individu sohor di Instagram, Hafiz Mahamad melayani sahabatnya yang juga seorang warga OKU.
Hafiz Mahamad/Instagram
Hafiz yang pada ketika itu berada di sebuah restoran bersama anaknya, terjumpa dengan seorang lelaki berbangsa India kelainan upaya yang sedang menjual tisu.
“Sahabat India saya ini rajin sangat, tiap hari jual tisu dekat kedai-kedai. Saya beli semua tisu dia jual waktu itu. Dia peluk saya cakap terima kasih”.
Hafiz Mahamad/Instagram
Ujar Hafiz, kali kedua jumpa pula, mereka sempat berswafoto bersama. “Hari ini jumpa lagi! Saya ajak dia makan sekali, pekena kebab dengan anak saya”.
Wang turut dihulurkan kepada lelaki terbabit dan Hafiz sempat memesan agar kesemua tisu yang dibawa lelaki berkenaan pada hari itu untuk diberikan kepada orang lain.
Hafiz Mahamad/Instagram
“Saya belanja dia makan. Kasihan dia satu hari berusaha hari ini”, tulis Hafiz menerusi video yang dimuat naiknya.
Anak Hafiz, Raisya turut gembira melihat contoh baik yang dipaparkan bapanya. “Raisya kena buat ramai orang senyum tau! Jangan sombong”.
Saksikan video mereka di sini.