Pepatah ada menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sesukar mana pun sesuatu tugasan atau pekerjaan, jika mahu diselesaikan pasti ada caranya. Mungkin pada pandangan orang ia adalah sesuatu yang mustahil tetapi jika kita terus berusaha keras pasti akan mendapat hasilnya.
Seorang penghantar makanan Foodpanda membuktikan bahawa dia boleh mencapai kejayaan dengan caranya sendiri. Percaya atau tidak, lelaki ini berjaya menyelesaikan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) selepas empat tahun berjuang.
Baru-baru ini, Mohd. Akmal Azhar, 36, telah berkongsi gambar disertasi doktoralnya yang menunjukkan bahawa dia berjaya menyelesaikan PhD di dalam bidang Teknologi Perubatan (Teknologi Farmaseutikal) di Universiti Pahang (UMP).
Status Facebook Akmal disertakan dengan kapsyen yang menyatakan betapa bersyukurnya dia setelah menamatkan pengajian PhDnya setelah hampir empat tahun belajar di UMP.
Tesis PhDnya bertajuk “Product Development And Evaluation of Probiotic Tablet From Locally Isolated Yeast Saccharomyces Boulardii For Stomach Acid Tolerance” dipercayai diserahkan ke universiti pada minggu lalu ketika dia memuat naik gambar tesisnya yang telah siap dijilid.
Menurut Akmal, dia menamatkan PhD dalam Teknologi Farmaseutikal sambil bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa. Sebelum itu, dia bekerja sebagai pensyarah secara kontrak.
Jadi, untuk menampung hidup serta pengajian, dia memutuskan untuk bekerja sebagai penghantar makanan. Walaupun bukan mudah untuk bekerja sambil belajar namun dia bijak menyeimbangkan masa. Dia juga bersyukur kerana berjaya menyelesaikan kerja-kerja makmal sebelum wabak Covid-19 mula merebak. Pada waktu pagi, dia akan bekerja menghantar makanan dan pada sebelah petang pula dia akan menulis tesis.
Kejayaan Akmal bukan sahaja telah memberi inspirasi kepada orang ramai malah usaha kerasnya telah membuka mata ramai netizen yang membaca kisahnya. Apa yang dicapai bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dia telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita terus berusaha gigih.
Seekor kucing yang tinggal di sebuah pejabat yang terletak di Oklahoma, Amerika Syarikat berjaya mengumpulkan wang untuk disalurkan kepada golongan gelandangan.
Apa yang tidak disangka adalah sumber wang itu diperolehi oleh kucing bernama Sir Whines a Lot berkenaan.
Difahamkan Sir Whines a Lot telah ‘menangkap’ wang daripada penduduk tempatan yang memasukkan wang menerusi ruangan pada pintu sebuah firma pemasaran, GuRuStu.
Ketika pemilik kucing itu, Stuart McDaniel menyedari bahawa penduduk tempatan gemar menggunakang wang untuk bermain dengan kucingnya, Stuart memutuskan untuk menggunakan kaedah itu bagi tujuan yang baik.
Stuart juga adalah pemilik kepada GuRuStu, di mana ianya adalah perniagaan yang dimiliki keluarganya.
“Saya dapat panggilan daripada bapa saya mengatakan, “Mana semua wang yang berada di atas lantai pejabat? Ada lebih kurang $5 tadi di atas lantai berhampiran pintu”, cerita Stuart.
Stuart kemudiannya menyedari ia adalah ‘kerja’ kucingnya setelah menemukan beberapa helai wang kertas di kawasan Sir Whines a Lot bersantai.
Ia perlu juga dibuktikan. “Kami cuba memasukkan wang kertas menerusi ruang antara pintu daripada luar dan Sir Whines a Lot terus melompat dan menangkapnya”.
Kucing bertuah itu melakukan ‘aktiviti’ tersebut pada waktu malam, iaitu ketika sedang bersendirian di pejabat.
Apabila ada pejalan kaki yang melalui pejabat itu, Sir Whines a Lot akan menggunakan pesonanya untuk menarik minat individu itu untuk berhenti dan melihatnya.
Malah ada juga individu yang sempat mengeluarkan wang kertas bagi menggantikan permainan untuk bermain dengan Sir Whines a Lot di sebalik pintu.
“Sedang dirinya seakan leka bermain, pada ketika itulah Sir Whines a Lot akan menggigit dan merampas wang itu daripada individu berkenaan”, jelas Stuart.
Sungguhpun begitu, kucing ini berjaya meraih $100 dan ianya akan disalurkan kepada Tulsa Day Center for the Homeless.
Menurut sumber, ketika Nigro masih kecil, anjing berkenaan mula mempelajari tingkah laku tersebut apabila melihat pelajar berlari menuju ke kedai untuk membeli makanan.
Para pelajar kemudian dilihat memberikan kertas berwarna hijau (wang) kepada pekerja kedai sebagai pertukaran.
Melihat kepada perkara itu, Nigro turut ‘membayar’ biskut yang dibelinya menggunakan daun memandangkan daun berwarna hijau. Pandai betul!
Pada mulanya, pekerja kedai tidak begitu memahami apa yang cuba dilakukan Nigro. Namun tidak lama selepas itu, barulah dia menyedari bahawa Nigro sedang meniru apa yang dilakukan pelajar.
“Wang’ yang dibayar Nigro akan diambil pekerja lalu anjing bijak itu akan diberikan dengan biskut untuknya makan.
Sumber turut mengatakan bahawa Nigro dilihat mengutip daun untuk dijadikan wang di kawasan hutan berdekatan.
Pernahkah anda mendengar tumbuhan menyanyi? Percaya atau tidak semua tumbuhan itu sebenarnya boleh menyanyi.
Sebuah peranti dikenali PlantWave mengubah konduktiviti elektrik tanaman rumah menjadi audio, memberi peluang kepada tumbuhan untuk menyanyi.
Pada tahun 2011, dua artis berbakat, Joe Patitucci dan Alex Tyson meletakkan tumbuhan tropika di Muzium Seni Philadelphia dan mengundang tumbuhan itu untuk membuat persembahan. Para pengunjung berdiri dan mendengar ketika Data Garden Quartet, orkestra botani itu mempersembahkan penampilan sulungnya.
Tumbuhan Philodendron menjadi peneraju utama. Schefflera bermain bass, sementara schefflera yang kedua mengalun urus nada irama. Pokok lidah jin (Dracaena trifasciata) mengawal suasana dan kesan bunyi.
Patitucci dan Tyson memasang setiap tanaman dengan alat kecil yang menterjemahkan ‘biofeedback’ menjadi data sonik. Alat ini diletakkan di atas daun, seperti stetoskop miniatur, dan memantau turun naik konduktiviti elektrik pada permukaan daun.
Data yang dimasukkan ke dalam program yang mengubah signal tersebut menjadi alat kawalan untuk instrumen elektronik ketika cahaya mengelilingi daun, lalu ia melontarkan nada, atau mengubah irama.
Data Garden Quartet mempersembahkan empat lagu, kesemuanya menjadi gubahan lagu mendamaikan. Muzik yang terdengar seperti deruan ombak, nada sejuk dan damai di atas hum elektronik.
Muzik tidak hanya berubah berdasarkan ruang, penyebaran cahaya, atau angin melalui tingkap. Isyarat elektrik daripada tumbuhan itu juga nampaknya berubah, kadang-kadang secara dramatik, ketika orang tertentu memasuki atau meninggalkan sebuah bilik.
Seolah-olah tumbuhan memberi tindak balas tenaga yang berada di luar ruang lingkup persepsi manusia.
Peranti ini diperkenalkan pada tahun 2017 menerusi aplikasi iOS yang membolehkan ciptaan “peranti sonifikasi biodata” dikenali sebagai MIDI Sprout dipasang terus ke iPhone.
Sejak itu, komuniti pemuzik tumbuhan menjadi lebih bersemangat untuk berkarya. Mereka di The Data Garden telah melihat pelbagai video daripada komuniti ini menggunakan MIDI Sprout untuk membuat tumbuhan masing-masing menjadi ‘penyanyi’.
Sepanjang perjalanan alam semula jadi dengan pemandangan yang indah juga turut mengeluarkan irama yang indah. Peranti ini menukar ritma bio tumbuhan menjadi muzik.
“Kami hanya memasang dua sensor pada daun tumbuhan dan PlantWave mengesan sedikit variasi yang terjadi ke atas tumbuhan berdasarkan, seperti ketika air yang bergerak di sekitarnya,” kata Patitucci, pengasas bersama PlantWave.
“Kami membuat grafik variasi tersebut sebagai gelombang, menterjemahkannya ke dalam nada, dan kemudian menjalankan pesanan nada itu melalui instrumen yang kami rancang. Oleh itu, hasilnya adalah aliran muzik menyenangkan yang terus menerus memberi kita semua jendela sonik ini ke dalam rahsia kehidupan tumbuhan,” jelasnya.
Muzik daripada tumbuhan ini dipengaruhi oleh faktor alam semulajadi seperti cahaya matahari dan air.
Jika tumbuhan benar-benar berada di bawah air, mungkin ada beberapa catatan. Manakala tumbuhan yang benar-benar hidup sihat akan menghasilkan pelbagai barisan irama.
Ketika demonstrasi ke atas tumbuhan yang mati, ia tidak dapat mengeluarkan ‘suara’. Tumbuhan yang mati tidak dapat menyanyi.
“Biasanya ketika menguji cendawan, mereka hidup di atas pohon yang mati. Jadi kita akan mendengar hubungan irama antara dua cendawan melalui tumbuhan mati,” kata Patitucci.
Patitucci berharap peranti PlantWave akan memperbaharui penghargaan manusia terhadap alam semula jadi, juga akan mengubah persepsi setiap orang ketika melihat tumbuhan dan tanaman.
“Peranti ini berfungsi sebagai jambatan penghubung buat pengguna telefon pintar dan gajet mereka kembali ke alam semula jadi, di samping membantu menjalinkan hubungan yang lebih mendalam dengan tumbuhan yang mereka tanam,” kata Joe Patitucci.
Air kosong sememangnya baik untuk kesihatan. Jika dibandingkan antara air kosong dan air bergula pastinya air kosong lebih baik. Jika ditanya kepada pakar kesihatan mereka pasti bersetuju. Air kosong bukan sahaja boleh membuatkan kita sentiasa hidrasi, bahkan boleh membantu mengurangkan berat badan.
Namun begitu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa air kosong sebenarnya tidak boleh diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 6 bulan. Air kosong memang baik untuk kita yang dewasa tetapi sangat bahaya untuk bayi.
Berikut adalah 6 bahaya air kosong jika diberikan kepada bayi:
Menyingkirkan lapisan perlindungan yang telah dibina oleh susu ibu pada usus bayi dan menyebabkan bayi terdedah kepada pelbagai jangkitan dan alergi.
Water intoxication atau berlebihan air menyebabkan bayi kenyang air dan tidak mahu menyusu.
Mengganggu penyusuan di mana bayi kurang menyusu, lalu menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas.
Berisiko menghadapi masalah kekurangan zat kekurangan makanan.
Membebankan ginjal bayi yang belum matang untuk memprosesnya.
Mengganggu fungsi tubuh bayi sehingga boleh menyebabkan kematian.
Tidak hanya itu, kajian turut menemui beberapa sebab lain mengapa air kosong tidak boleh diberikan kepada bayi.
MENYEBABKAN CIRIT-BIRIT Air masak atau air kosong kemungkinan diperolehi daripada sumber yang tidak bersih. Pencemaran yang terdapat pada air mungkin dapat bertahan dalam badan orang dewasa, tetapi amat merbahaya kepada bayi, terutamanya bayi yang baru lahir.
MENYEBABKAN BAYI KURANG MENYUSU Boleh menjejaskan selera bayi untuk menyusu akibat perut yang sudah penuh. Bayi juga akan kerap tertidur dan menyebabkannya terlepas waktu penyusuan. Hal ini menjadi punca bayi kekurangan zat akibat kurang menyusu. Tumbesaran bayi boleh terjejas sehingga terjadinya kurang berat badan, malnutrisi atau bantut.
SUSU IBU TERJEJAS Penghasilan susu badan adalah bergantung kepada permintaan bayi. Biasanya, ia mempunyai kekerapan yang tertentu dan spesifik kepada keperluan bayi tersebut. Apabila bayi minum air kosong dan kurang menyusu, penghasilan susu ibu juga akan turut terjejas. Jika keadaan ini berterusan, susu ibu akan kering dan bayi terpaksa bertukar kepada susu formula.
SUSU IBU SUDAHPUN MENGANDUNGI 80% AIR Susu ibu mengandungi kuantiti air yang diperlukan oleh bayi. Bagi bayi yang meminum susu formula pula, anda boleh memberi sedikit air kosong (sekadar perlu) kepada bayi kerana bayi yang meminum susu formula lebih mudah terhidrat. Ibu bapa perlu memastikan bancuhan susu tepung dan air masak anda adalah mengikut sukatan yang sebenar.
BAHAYA ‘ORAL WATER INTOXICATION’ Dalam sebuah artikel Reuters, kajian mengesahkan bayi minum air kosong terdedah kepada keadaan yang disebut ‘oral water intoxicaton’ iaitu penyakit di mana badan mengalami kekurangan garam disebabkan bayi minum terlalu banyak air kosong. Kehadiran terlalu banyak air akan mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras yang kritikal. Dalam kes-kes teruk, bayi boleh mengalami sawan, koma, kecederaan otak dan jika tidak dikesan awal akan menyebabkan kematian.
Walau bagaimanapun, air kosong boleh diberikan kepada bayi berusia lebih daripada 6 bulan tetapi dalam kuantiti yang terkawal. Bayi juga boleh diberikan sedikit air untuk membersihkan kesan susu yang ada pada lidah mereka.
Sungguhpun dibantu oleh anak-anak, wang itu masih gagal untuk ditarik keluar. “Akibat nak kek tarik duit, kek keras kejung. Happy birthday, aki. Surprise tak jadi”, tulis anaknya.
Tambah individu yang berkongsi kisah ini, penjual kek itu kemudian mahu memberi ganti rugi terhadap kejadian berkenaan.
Namun ianya ditolak memandangkan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. “Seller pun tak nak jadi macam itu. Nanti dia improve skill”.
Awal bulan September, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ada mengumumkan bahawa negara akan berubah daripada fasa fasa pandemik ke endemik pada akhir Oktober kelak.
Ringkasnya endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah dalam keadaan yang stabil dan berkadar rendah.
“Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 menjadi endemik”.
Untuk pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial dengan selamat #ReopeningSafely dan beralih ke fasa endemik, perkara paling asas yang perlu dilakukan adalah untuk kita semua menjalani gaya hidup sihat – Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan pic.twitter.com/2OmeFrmH9U
Ini termasuklah diabetes, darah tinggi, penyakit kardio-serebrovaskular dan lain-lain lagi.
Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2019 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat kira-kira 3.9 juta (1 dari 5) orang dewasa Malaysia yang menghidap diabetes.
Sementara 6.4 juta (3 dari 10) rakyat Malaysia menderita darah tinggi. 8 juta orang dewasa (4 dari 10) di Malaysia pula telah mengalami peningkatan kadar kolesterol.
Oleh kerana statistik yang membimbangkan ini, Khairy mengatakan bahawa barisan pertahanan pertama setiap orang (selain mendapat vaksin) adalah untuk kekal sihat.
Terserempak dengan haiwan liar pastinya memberikan kita satu pengalaman yang mendebarkan bukan?
Itulah yang terjadi pada seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun di Akita, Jepun ini apabila dia telah diserang oleh beruang.
Disebabkan kejadian itu berlaku pada awal pagi dan keadaan masih gelap, lelaki itu hanya mampu mempertahankan dirinya dan langsung tidak tahu makhluk apa yang menyerangnya.
Malahan dia sempat bertanya “Siapa kamu?” pada beruang terbabit dan semestinya pertanyaannya itu tidak berjawab.
Menurut media tempatan, insiden berkenaan terjadi pada jam 3 pagi, 17 September lalu apabila lelaki tersebut sedang bertugas mengedarkan surat khabar.
Sejurus sahaja keluar daripada kereta dan ingin meletakkan surat khabar di pintu penduduk, secara tiba-tiba dia diserang dan ditolak jatuh ke tanah.
Dia hanya mampu menggunakan kudratnya untuk mempertahankan diri di dalam kegelapan. Oleh kerana bingung, dia sempat juga bertanya siapakah yang menyerangnya itu.
Sungguhpun begitu, lelaki berkenaan dapat juga memukul beruang itu sehingga ia akhirnya pergi meninggalkan kecederaan pada bahu dan bahagian belakang lelaki terbabit.
Kecederaan itu walau bagaimanapun tidak begitu serius dan dia juga berupaya untuk pulang sendiri ke rumah dan menghubungi pihak polis.
Jelas lelaki itu, dia langsung tidak tahu bahawa dia diserang oleh seekor beruang memandangkan dia memakai sarung tangan, makanya dia tidak dapat merasakan bulu beruang terbabit.
Dia juga beranggapan bahawa serangan itu adalah daripada manusia memandangkan tinggi beruang itu lebih kurang tingginya iaitu 160 sentimeter.
Tambahnya, jika dia tahu bahawa beruang yang menyerangnya, dia tidak berani dan takut untuk membalas kembali serangan.
Difahamkan bahawa pada pagi yang sama, seorang wanita berusia 84 tahun yang berada 250 meter daripada situ pula menjadi mangsa serangan beruang.
Pada ketika itu, mangsa keluar untuk berjalan. Serangan itu telah membawa kepada kecederaan pada lengannya.
Pihak berkuasa percaya bahawa kedua-dua serangan itu melibatkan beruang yang sama dan meminta penduduk untuk berwaspada serta melaporkan jika beruang itu dilihat.
Memikul tanggungjawab sebagai bu bapa bukanlah satu perkara yang mudah. Tanpa didikan dan penjagaan yang baik, masa depan anak-anak mungkin akan menjadi taruhan yang berisiko. Justeru, setiap ibu bapa pasti akan memberikan yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi mengekalkan momentum dan tenaga untuk menjaga anak, tidur yang mencukupi sangat penting. Namun kadangkala, anak kecil sukar untuk tidur malam dan ini pastinya akan menjejaskan produktiviti anda sebagai ibu bapa dan juga individu yang perlu bekerja.
Tetapi pernahkah anda mendengar tentang teknik grounding atau earthing? Menerusi satu perkongsian di Tik Tok oleh @hazirah.zaini, para ibu bapa digalakkan untuk mengamalkan teknik ini bagi memastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 10 malam.
Teknik ini memerlukan anak-anak untuk membiasakan diri memijak tanah, rumput, pasir dan sebagainya dengan berkaki ayam. Sebagai contoh, sekiranya anda membawa anak anda bermain di taman permainan ataupun mandi di sungai, biarkan anak-anak berkaki ayam ketika memijak tanah (alam).
Teknik ini sesuai dilakukan selama 30 minit setiap hari dan dipercayai berupaya untuk merendahkan hormon stres di dalam badan (cortisol). Sekiranya paras hormon ini rendah, anak-anak akan lebih mudah tidur di waktu malam.
Satu lagi tips yang menarik di dalam teknik ini adalah dengan membawa anak keluar sebelum jam 9 pagi. Dikatakan cahaya matahari pada waktu awal pagi boleh menghasilkan melatonin iaitu hormon tidur.
Teknik ini bukan hanya sesuai digunapakai oleh kanak-kanak tetapi semua peringkat umur. Malah, ia juga membantu untuk merawat penyakit ekzema serta merangsang deria sentuhan kaki kanak-kanak.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan seramai 10,317 individu telah diisytihar muflis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula Mac tahun lalu hingga Julai 2021.
Jumlah kes kebankrapan dilaporkan sejak Mac 2020. Sumber: Astro Awani
Berdasarkan sumber data Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl), jumlah individu yang diisytiharkan muflis mencatatkan seramai 2,555 orang di Selangor; 1,288 orang di Wilayah Persekutuan dan 792 orang di Johor. Sementara itu, jumlah syarikat yang gulung tikar dan terpaksa menghentikan operasi susulan pandemik ini adalah sebanyak 1,246 kes.
“Mdl tidak mempunyai rekod mengenai jumlah pekerja yang diberhentikan sepanjang tempoh PKP memandangkan Mdl hanya bertindak untuk mengendalikan pentadbiran kes kebankrapan individu dan pentadbiran kes syarikat yang telah mendapat perintah penggulungan daripada mahkamah”.
Jelas Ismail Sabri lagi, bagi golongan peniaga, kerajaan mengambil pendekatan untuk memberikan bantuan dan insentif wajar bagi membolehkan golongan ini meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing. Oleh itu, buat peniaga yang ingin menamatkan perniagaan, tiada bantuan akan disediakan oleh pihak kerajaan.
Jumlah kes penggulungan syarikat (terpaksa) sejak Mac 2020. Sumber : Astro Awani
“Sehubungan itu, pelbagai program dan inisiatif dilaksanakan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan kewangan yang telah diumumkan dengan fokus untuk menyokong perniagaan mereka dan melindungi rakyat”.
Antara inisiatif dan program yang dilaksanakan adalah seperti :
Geran Khas Prihatin
Program Subsidi Upah
Pengecualian Levi HRDF
Moratorium pembayaran balik pinjaman
Skim kredit mikro
Elaun mencari pekerjaan
Bantuan kehilangan pendapatan
Kemudahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)