26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasiAnjing pintar tiru manusia beli makanan, gunakan daun sebagai ‘wang’ di kedai

Anjing pintar tiru manusia beli makanan, gunakan daun sebagai ‘wang’ di kedai

Kajian mendedahkan bahawa anjing berupaya untuk menunjukkan pelbagai tingkah laku yang dikaitkan dengan kepintaran.

Malah mereka juga mampu meniru apa yang dilakukan oleh manusia, samalah seperti anjing bernama Nigro ini.

Punyalah bijak anjing berwarna hitam ini apabila dia meniru aksi pelajar Monterey Polytechnic University, Colombia dengan ‘membayar’ makanan.

Menurut sumber, ketika Nigro masih kecil, anjing berkenaan mula mempelajari tingkah laku tersebut apabila melihat pelajar berlari menuju ke kedai untuk membeli makanan.

Para pelajar kemudian dilihat memberikan kertas berwarna hijau (wang) kepada pekerja kedai sebagai pertukaran.

Melihat kepada perkara itu, Nigro turut ‘membayar’ biskut yang dibelinya menggunakan daun memandangkan daun berwarna hijau. Pandai betul!

Pada mulanya, pekerja kedai tidak begitu memahami apa yang cuba dilakukan Nigro. Namun tidak lama selepas itu, barulah dia menyedari bahawa Nigro sedang meniru apa yang dilakukan pelajar.

“Wang’ yang dibayar Nigro akan diambil pekerja lalu anjing bijak itu akan diberikan dengan biskut untuknya makan.

Sumber turut mengatakan bahawa Nigro dilihat mengutip daun untuk dijadikan wang di kawasan hutan berdekatan.

Pintar bukan? Dengan kebijakannya mengikut tingkah laku manusia, maka dapatlah Nigro menikmati biskut kegemarannya!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI