Puting beliung dan ribut hujan batu dilaporkan melanda beberapa wilayah di China pada awal pagi Jumaat, 1 Oktober.
Beberapa rakaman video yang tular menunjukkan ribut hujan batu melanda pusat bandar Dalian, Wilayah Liaoning.
Beberapa saksi merakam video kejadian ribut bersama hujan batu berukuran sebesar telur ayam dan bola golf di wilayah ini.
Beberapa pesawat di Lapangan Terbang Dalian dilaporkan mengalami kerosakan, mengakibatkan penerbangan tertunda dan dibatalkan.
Sejumlah besar kenderaan di bandar itu dilihat mengalami kerosakan di bahagian cermin depan dan belakang serta bumbung yang pecah dan remuk, seperti terkena tembakan peluru.
Kerosakan atau kemusnahan pada beberapa buah bangunan juga dilaporkan.
Seorang pengguna Twitter, Eric Wang yang juga penggemar cuaca ekstrem turut merakam puting beliung melanda sebuah bandar di Wilayah Shandong pada 1 Oktober.
Beliau menulis kemusnahan akibat kejadian selaras dengan kadar EF-1. Skala EF yang dikuatkuasakan pada 1 Februari 2007 mengira kekuatan puting beliung berdasarkan kelajuan angin dan kemusnahan yang berkait dengan kejadian itu.
Menurut Eric Wang, puting beliung yang melanda pusat bandar Yantai telah menyebabkan kemusnahan pada kenderaan dan bangunan ekoran ribut hujan batu sebesar bola golf telah turun dengan lebatnya.
Tonton video di sini.