31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 6, 2025
Utama Blog Laman 264

Aplikasi MySejahtera kini tawar fungsi cetak sijil vaksinasi dalam format PDF

0

KUALA LUMPUR- Aplikasi MySejahtera kini ia menawarkan fungsi muat turun dan mencetak sijil vaksinasi digital dengan menggunakan format dokumen mudah alih (PDF) yang boleh digunakan untuk kegunaan rentas negeri atau negara.

Menurut Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, ciri ini boleh didapati di profile Mysejahtera para pengguna. Apa yang perlu dilakukan ialah hanya tekan butang ‘download’ PDF dan tunggu sebentar untuk mendapatkan cetakan tersebut.

Wanita Indonesia nekad goreng ikan arowana gara-gara suami beri janji palsu cuci akuarium

0

Ikan arowana ataupun kelisa sememangnya terkenal dan bernilai tinggi memandangkan harganya yang agak mahal berbanding ikan lain.

Jika di dalam akuarium, aksesori lain tidak diperlukan bagi menghiasi akuarium kerana ikan itu sendiri mempunyai aura yang begitu menarik.

Namun padah menanti mereka yang enggan mencuci akuarium ikan kesayangan seperti apa yang berlaku kepada seorang lelaki ini.

Dikatakan enggan membersihkan akuarium, isteri kepada lelaki terbabit bertindak nekad dengan memasak ikan kelisa belaan suaminya itu.

Ia dikongsikan menerusi satu video di laman Tiktok oleh akaun @miakurniawan10, di mana Mia berbuat sedemikian kerana rasa geram dengan perangai suaminya.

Difahamkan bahawa wanita itu sudah meminta agar suaminya mencuci akuarium yang dimaksudkan tetapi si suami hanya tahu berjanji semata.

“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri”.

Namun inilah yang berlaku…

Akan tetapi ia secara tidak sengaja membuatkan ikan itu menjadi mabuk, memandangkan dia tidak tahu cara yang betul untuk membersihkannya.

Akhirnya ikan itu digorengkan sahaja. Dedah Mia, suaminya itu pada mulanya sedih namun akhirnya tergelak mengenangkan janji palsunya itu.

Hadap sahajalah!

Tindakan rakyat Malaysia beri laluan pada ambulans dapat pujian. Macam inilah rakyat yang bertanggungjawab!

0

Kita secara amnya mengetahui bahawa ambulans memainkan peranan yang cukup penting dalam operasi menyelamatkan nyawa pesakit sewaktu kecemasan.

Justeru, memberi jalan atau laluan kepada mereka di jalan raya adalah satu tindakan yang dapat kita lakukan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

Sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini mendapat perhatian netizen, menunjukkan sebuah ambulans yang sedang bergerak.

Lokasi video itu dirakamkan walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan. Namun jelas kelihatan keadaan jalan raya sewaktu ambulans berkenaan melalui jalan tersebut.

Kesemua kereta yang berada di arah bertentangan beralih ke bahu jalan bagi memberikan laluan kepada ambulans.

Ini kerana jelas kelihatan keadaan jalan di laluan ambulans tersebut sesak dan penuh dengan kereta yang tidak bergerak.

“Terima kasih kerana beri laluan”, tulis individu yang menggunakan nama akaun @abg_ambulan bagi menzahirkan terima kasih buat pengguna jalan raya pada ketika itu.

Syabas buat pengguna jalan raya di dalam video ini. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata kita semua untuk turut melakukan tindakan yang sama jika berdepan situasi ini.

Ia adalah tanggungjawab kita sesama insan dalam menyelamatkan nyawa mana-mana individu yang sedang mengalami detik genting dan kecemasan.

Justeru bertimbang rasalah dan bergerak ketepi jika anda terdengar bunyi siren ambulans mahupun bomba ya?

Saksikan video di sini.

Disangka aiskrim Malaysia banyak tergantung, rupanya kegunaan cecair pelbagai warna dalam plastik kecil ini boleh runtun hati warganet

0

Orang kata dalam kehidupan kita mesti selalu bersyukur, walaupun dikurniakan rezeki yang sedikit.

Hargai segala nikmat yang diberi tidak kira kecil mahupun yang besar-besar lagilah kena bersyukur, dan jika perlu kongsikannya dengan orang lain.

Kerana kita maklum ramai orang di luar sana yang tidak mampu hidup dengan baik walaupun pada kadar yang sederhana dan cukup-cukup makan.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @AinulNunanaa yang cukup menyentuh hati.

Ainul memuat naik gambar yang memaparkan cecair di dalam plastik kecil yang digantung di hadapan sebuah kedai runcit. Plastik kecil ini biasa digunakan untuk membuat aiskrim Malaysia.

Twitter

Kelihatan cecair dalam plastik itu berwarna ungu, hijau, kuning dan hitam di dalamnya, tetapi hairan tidak pula disejuk beku seperti aiskrim Malaysia.

“Kisah ‘aiskrim tak boleh sejuk’ yang buat saya rasa sebak dan beri pengajaran hidup. Semalam terbaca kisah ‘aiskrim’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa ‘aiskrim’ ni tak letak dalam peti sejuk beku?” tulis Ainul.

“Rupanya… ini semua bukan ‘aiskrim’ yang macam kita sangka. Ini adalah penyelamat untuk mereka,” jelasnya.

Jelas Ainul, ini rupanya adalah cecair pencuci pinggan, kicap dan minyak masak yang mana setiap satunya dijual dengan harga mampu milik serendah 20 sen.

“Dynamo, Sunlight, minyak masak, kicap adalah susunan plastik dari kiri ke kanan yang mana setiap satunya bernilai 20 sen. Untuk mereka yang tak mampu beli 400 gram hingga 1kg untuk setiap kegunaan. Ya ALLAH, terjentik hati ni. Saya baca tu terus rasa macam Ya ALLAH, rasa bersyukur sangat!” tulis Ainul.

Tambahnya dalam ciapan itu, kita kalau hendak beli sabun, kicap, sebotol dalam RM4 ke RM7, boleh sahaja terus ambil dan bayar dekat kaunter tanpa perlu berfikir panjang.

“Nikmat yang kadang-kadang kita lupa untuk syukuri. Ada keluarga yang hanya mampu beli barang dapur dengan harga 20 sen untuk sekali guna. Atau kalau ada lebih, simpan,” tulisnya insaf.

“Rezeki kita adalah nikmat yang selayaknya dikongsi. Dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki orang lain. Kalau kita nampak RM10 kecil, sangat besar RM10 untuk satu lagi keluarga yang lain.” 

“Saya rasa bagus sangat tuan kedai buat opsyen macam ni. Dia sebenarnya sudah membantu orang lain dengan cara yang termampu. Semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan kedai yang jual barangan keperluan dalam kuantiti sedikit dengan harga yang kecil.”

“Semoga kisah ini juga jadi pengajaran untuk kita,” tulis Ainul.

Gambar Hiasan / Twitter

Difahamkan, barangan keperluan tersebut dijual dalam plastik aiskrim Malaysia ini oleh pekedai runcit tempatan yang prihatin dengan kesusahan orang lain.

“Dulu-dulu memang ada dijual sabun, syampu, kopi, susu pekat dan lain-lain lagi dalam sachet kecil. Sekarang tidak ada lagi di Malaysia. Tapi kalau pergi Indonesia, Filipina dan India, benda macam itu masih banyak dijual di kedai-kedai kecil di kawasan luar bandar,” tulis seorang pengguna Twitter.

Di samping kalangan pengguna Twitter yang lain terpanggil meninggalkan komen menyentuh hati:

“Buat masa pandemik ni kedai patut buat mcm ni. Sangat membantu. Insya-ALLAH benda baik mudah disebarkan.”

“Menjentik hati. Di kala kita pandang enteng bil barangan runcit di pasaraya ada yang berkira-kira membeli keperluan. Mungkin ada yang berkira untuk beli beras setengah kilogram di kedai Acheh. Pernah beli atau jumpa yang beli beras setengah kilogram? Sebaiknya dibantu jika boleh.”

Gambar Hiasan / Pixabay

“Kepada sesetengah orang, 20 sen itu besar nilainya, namun bagi sesetengah orang tertentu tidak diendahkan pun. Selalulah bersyukur apabila ALLAH memberikan nikmat.”

“Kita yang berduit masih bertengkar pasal telefon mana lebih canggih. Orang lain memikirkan macam mana hendak teruskan kehidupan.”

Rasa mahu tampar orang? Individu di Shopee tawar tamparan ‘online’ kepada yang berminat

0

Urusan jual beli secara dalam talian merupakan satu urusniaga yang sangat memudahkan pada masa kini.

Apa sahaja yang dicari, pastinya ada di platform beli belah dalam talian bukan? Sehinggakan ada juga individu yang menawarkan ‘tamparan’ untuk dijual secara dalam talian!

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook, Suziani Abd Ghani. “Siapa yang mencari tamparan, di Shopee ada jual tamparan untuk dilepaskan”.

Tambahnya lagi harga tamparan itu juga agak berpatutan dan melihat kepada profil jualan tamparan itu, sebanyak 158 tamparan sudah terjual.

Ada yang berharga RM0.46

Ada juga serendah RM0.37

Ianya berbeza mengikut jenis – sama ada tamparan biasa mahupun berdefinisi tinggi (HD).

Pelanggan hanya perlu membuat pembelian kemudian tinggalkan mesej nombor telefon penerima  tamparan tersebut (Ia akan dihantar menerusi aplikasi Whatsapp).

Kemudian penjual akan menghantar foto tamparan tangannya. Inilah contoh apabila ‘tamparan’ secara dalam talian itu diberikan kepada penerima.

Namun jika tamparan jenis HD pula, penerima perlulah memuat naik dokumen yang dihantar oleh penjual terlebih dahulu. Barulah dapat ‘penampar’!

Menurut penjual, tamparan sebegini selayaknya diberikan kepada bekas kekasih, teman dan sebagainya.

Jadi ada sesiapa yang mahu cuba membelinya?

Wanita Arab Saudi terima pampasan RM2.2 juta gara-gara tertukar semasa bayi di hospital

0

Sering kali kita menonton drama tentang bayi yang tertukar semasa di hospital bukan? Bulan lalu, perkara yang sama menimpa seorang wanita di Arab Saudi.

Sewaktu kecil, wanita itu difahamkan tertukar dengan bayi yang lain dan dibesarkan oleh keluarga yang miskin selama lebih 3 dekad.

Sumber melaporkan bahawa wanita berusia 35 tahun itu sebenarnya berasal daripada keluarga yang kaya.

Berhubung dengan kesilapan itu, dia kemudian menerima pampasan sekurang-kurangnya 2 juta Riyal (RM2.2 juta).

Semasa dilahirkan, wanita berkenaan telah dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Makkah. Namun seorang jururawat yang selesai memandikannya kemudian menyerahkannya kepada ibu yang salah.

Laporan mengatakan bahawa wanita itu ada merasa bahawa dirinya berbeza daripada keluarganya, terutamanya dalam aspek kehidupan semenjak kecil hinggalah dewasa.

Menurutnya, terdapat perbezaan di antara mereka. Misalnya daripada segi warna, watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup.

Atas sebab itulah dirinya terpanggil untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) setelah dia melahirkan bayi selepas berkahwin dengan saudara daripada keluarga bukan kandungnya.

Setelah mengetahui dirinya mempunyai ikatan dengan bapa, dia kemudian melakukan pencarian rekod di hospital. Hasilnya menunjukkan identity sebenar saudara kandungnya.

Namun demikian, ibu kandung wanita itu sudah meninggal dunia sebelum sempat mengetahui akan kebenaran sebenar anak yang dikandungnya itu.

Justeru mahkamah memutuskan bahawa agak mustahil untuk menilai skala kesakitan dan kekecewaan yang ditanggung oleh kedua ibu bapa wanita tersebut.

Seorang lagi wanita yang terlibat dengan insiden pertukaran itu turut menerima pampasan bernilai 1.7 juta Riyal (RM1.8 juta) oleh mahkamah.

“Tak sanggup tengok awak kerja pakai kasut dah rosak,” Abang baik hati hulur kasut Nike miliknya kepada adik pekerja JNT ini buat ramai rasa terharu

0

Pekerjaan dalam bidang kurier itu bukan kerja yang mudah. Kebanyakan pekerja penghantaran bekerja keras tidak mengira masa sehingga kadang-kadang ada yang tidak perasan kasut pun boleh menjadi lusuh dan rosak. Sampai hendak menukar yang baru pun kadang-kadang tidak sempat.

Nasib salah seorang pekerja penghantaran yang rajin dan mesra ini amat baik setelah bertemu dengan pelanggannya yang baik hati, tambah pula dengan sikapnya yang menyentuh hati dan membuat hari semua orang bertambah baik.

Seorang wanita @erinerahim berkongsi video menyentuh hati di platform TikTok mencuri tumpuan warganet menjadi sangat tersentuh!

TikTok

Rupanya video itu merakam suaminya jadi simpati selepas ternampak kasut adik pekerja penghantaran yang sudah rosak, jadi dia spontan mengambil sepasang kasut Nike dari koleksi miliknya sendiri untuk ditukar tanpa berkata sepatah pun. Terkejut dan terharu adik tu…

Kisahnya pada 3 Oktober yang lalu, ketika seorang pekerja penghantaran bungkusan J&T tiba ke rumah Erine untuk menghantar bungkusan. Suami Erine, Mohd Faithal, mengambil barang itu di luar rumah, sementara Erine menunggu di dalam kereta.

TikTok

Kemudian, Erine melihat suaminya sudah lama juga berborak dengan adik penghantar itu dan tidak selesai-selesai, jadi dia mengambil telefon dan merakam video mereka berdua.

Tidak disangka pula pada detik berikutnya, Faithal masuk ke dalam rumah sebentar dan dia keluar membawa sepasang kasut Nike miliknya selepas secara tidak sengaja melihat kasut adik penghantar itu kelihatan sangat lusuh dan sudah terkoyak. Rupanya dia kasihan dan mahu menghulurkan kasut trendy Nike Kevin Durant dari koleksinya kepada adik ini.

TikTok

Walaupun ia bukan kasut baru, tetapi adik penghantar itu kelihatan tersenyum sangat gembira, bersyukur dan berterima kasih kepada Faithal kerana bersikap prihatin untuk memberinya kasut yang boleh digunakan ketika bekerja.

Secara kebetulan, saiz kasut Faithal sama dengan saiz kasut adik J&T itu. Faithal berkata kepadanya, “Kamu boleh pakai kasut ini untuk bekerja.” 

TikTok

Sambil tidak boleh elak menunjuk rasa tersentuh dan terharu, adik itu turut memuji kasut pemberian Faithal sangat cantik, boleh dibuat kasut berjalan makan angin.

TikTok

Video ini turut  membuat ramai warganet yang tersentuh dan meninggalkan komen di TikTok:

Kakak, saya sedang makan aiskrim ketika menonton video ni, makan aiskrim pun air mata bertakung.

Tidak perlu kaya pun mudah sahaja boleh membahagiakan hati orang lain.

Adik J&T ini nampak sangat menghargai sepasang kasut yang dia terima.

TikTok

Erine sangat berterima kasih kepada pekerja penghantaran itu kerana sentiasa menjaga bungkusannya dengan baik dan mendoakan supaya urusan pekerjaannya dipermudahkan. Dia menulis, “Bila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik-baik.”

Jadi sekiranya berkemampuan, anda juga boleh membantu orang lain dengan kemurahan hati sendiri, dapat membuat orang lain bahagia sekali gus turut membuat hati anda berasa gembira dan bahagia. Membandingkan hati anda yang baik dengan hati orang lain yang turut baik, nescaya dunia akan menjadi lebih baik.

China bersiap sedia hadapi kemungkinan berlaku COVID-19 berskala besar: Dokumen dalaman PKC yang bocor

0

Rejim China memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan untuk bersiap siaga menghadapi wabak COVID-19 yang berkemungkinan berskala besar, menurut dokumen dalaman yang bocor diperolehi oleh The  Epoch Times.

Satu dokumen, berjudul “Notis Pemberitahuan Pengukuhan Lebih Lanjut Pencegahan Epidemik” telah dikeluarkan oleh Majlis Negara rejim itu, dan dilanjutkan oleh pemimpin Wilayah Fujian kepada pihak berkuasa tempatan pada 30 September. Yang antara lain termasuk “Notis Pemberitahuan Pencegahan Epidemik Hari Kebangsaan” yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri pada 1 Oktober dan diedarkan oleh pegawai Wilayah Fujian kepada pihak berkuasa tempatan.

Kedua-dua dokumen tersebut bertanda “sangat penting”.

Pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19 di Shijiazhuang, utara Hebei selepas wilayah itu mengisytiharkan “darurat negeri” pada 16 Januari 2021. (Gambar STR/CNS/AFP /Getty Images)

Kedua-dua notis pemberitahuan tersebut meminta persiapan yang lebih baik untuk tindak balas darurat terhadap epidemik berkenaan, dengan Parti Komunis China (PKC) mengemukakan garis panduan dengan sekurang-kurangnya dua standard kepada pihak berkuasa tempatan.

Salah satunya ialah membina lokasi pengasingan berpusat, dengan pihak berkuasa tempatan dikehendaki pada akhir Oktober ini untuk menyediakan kemudahan tidak kurang dari 20 bilik untuk nisbah 10,000 orang. Skala setiap lokasi pengasingan mestilah melebihi 100 bilik.

Menurut data awam, populasi Wilayah Fujian pada tahun 2020 adalah 41.54 juta. Pada 19 September, wilayah ini telah membina 35,691 bilik kuarantin di 296 lokasi pusat.

Berdasarkan standard yang ditetapkan dalam notis pemberitahuan tersebut, Wilayah Fujian perlu membina sekurang-kurangnya 83,000 bilik kuarantin pada akhir bulan Oktober, iaitu yang menempatkan kira-kira 47,000 bilik dalam waktu kurang sebulan.

Menurut seorang pakar, syarat-syarat untuk menyediakan lokasi kuarantin COVID-19 mendedahkan keadaan sebenar pandemik itu di China.

Sean Lin, bekas penyelidik virologi di Institut Penyelidikan Tentera Amerika Syarikat, memberitahu The Epoch Times, “Ini mencerminkan kebimbangan PKC mengenai peningkatan epidemik. Ia pasti menyembunyikan wabak sebenar yang berlaku di tanah besar China, jika tidak, mengapa secara tiba-tiba mereka mengeluarkan notis kesiapsiagaan kecemasan kebangsaan.”

“Notis Pemberitahuan Pengukuhan Lebih Lanjut Pencegahan Epidemik” memerlukan pembentukan sistem kawalan dalam lima tahap.

Notis tersebut menyatakan, “Anggota pasukan perbandaran dan jalanan PKC, kakitangan jaringan masyarakat, petugas perubatan peringkat akar umbi, polis, dan sukarelawan perlu bersama-sama melaksanakan pencegahan epidemik dalam masyarakat,” seperti “melaksanakan pencegahan dan kawalan masyarakat secara ketat,” atau menutup kawasan kediaman komuniti.

Lin berkata sistem kawalan sebenarnya adalah untuk memperketatkan pengurusan sosial di kawasan setempat, dan “tujuan PKC adalah untuk memperketatkan kawalan.”

“Sekiranya tiada ujian asid nukleik, semua langkah pencegahan epidemik PKC adalah sama seperti kempen politik. Contohnya, anda boleh dikuarantin pada bila-bila masa dan dimasukkan ke dalam pusat kuarantin. Dan pusat kuarantin juga mungkin boleh menjadi tempat penganiayaan politik,” kata Lin.

“Tidak kira siapa anda, selagi PKC mengatakan yang anda positif dalam ujian asid nukleik, ia akan mencabut semua hak anda. Pusat kuarantin PKC sebenarnya merupakan salah satu bentuk alternatif kepada kem tahanan,” katanya.

Imuniti semula jadi: Alternatif kepada vaksin?

0

Soalan Senator Rand Paul (R.-Ky) begitu mudah:

“Adakah anda seorang doktor — doktor perubatan?” tanya Senator Paul, seorang doktor perubatan bertauliah dan berlesen, dalam perbicaraan pada 30 September.

“Saya telah bekerja lebih tiga puluh tahun dalam polisi kesihatan,” jawab Xavier Becerra, Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.

“Anda bukan doktor perubatan. Adakah anda mempunyai ijazah sains? Tetapi anda menjelajah seluruh negara memanggil orang ‘pendengar bumi rata’ yang telah mendapat COVID-19, melihat kajian berjuta-juta orang, dan membuat keputusan mereka sendiri bahawa imuniti yang diperolehi secara semula jadi sudah mencukupi.”

Paul memberi respons dengan dakwaan Becerra, yang dibuat di forum dalam talian pada 21 September, bahawa “kerana beberapa pendengar dan orang ini – terutama yang berada di kalangan mereka yang berpengaruh – memilih untuk menjaja fiksyen, bahawa kita telah kehilangan orang tersayang hari ini melebihi daripada apa yang kita telah kehilangan beberapa bulan lalu.”

Becerra juga menegaskan “mudarat yang ditimbulkan oleh mereka yang kurang berkeyakinan dan memperlekehkan yang vaksin tidak boleh diperbesar-besarkan.”

“Tetapi anda entah bagaimana menganggap untuk memberitahu lebih 100 juta orang Amerika yang terselamat daripada COVID-19 bahawa kami tidak berhak menentukan cara rawatan kami sendiri?” Anda sendiri yang berada di atas, dan anda telah membuat keputusan ini – seorang peguam yang tidak mempunyai latar belakang saintifik, tiada ijazah perubatan?” aju Senator Paul.

Saintis Pfizer

Walaupun Becerra tidak menjawab secara jelas akan pertanyaan Paul tentang imuniti semula jadi, yang lain telah campur tangan dalam pelanggaran yang ditimbulkan oleh pihak berkuasa kesihatan awam.

Pada 4 Oktober, Project Veritas mendedahkan ramai saintis di pengeluar vaksin COVID-19 Pfizer mula mempercayai imuniti semula jadi berada di peringkat teratas berbanding imuniti yang yang dihasilkan oleh produk mereka sendiri.

“Ketika seseorang secara semula jadi itu imun, seperti, mereka mendapat COVID-19 yang mungkin akan dijangkiti, seperti, tidak lebih baik, tetapi lebih banyak antibodi terhadap virus,” kata Nick Karl, ahli biokimia Pfizer.

“Kerana apa itu vaksin – adalah, seperti yang saya katakan, protein itu – hanya berada di luar,” tambah Karl, merujuk kepada protein yang timbul di permukaan virus PKC, bahawa vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bersifat meniru dengan tujuan untuk merangsang imuniti.

“Oleh itu, ia hanya satu antibodi terhadap satu bahagian spesifik virus itu. Apabila anda benar-benar dijangkiti virus, anda akan mula menghasilkan antibodi untuk menentang, seperti, beberapa bahagian virus – dan bukan hanya seperti bahagian luar, seperti bahagian dalam, virus yang sebenar,” tambah Karl.

“Jadi, antibodi anda mungkin lebih baik pada pada masa itu berbanding ketika divaksinasi,” katanya.

Chris Croce, saintis senior di Pfizer, memberitahu wartawan Veritas bahawa imuniti semula jadi membuat seseorang individu “dilindungi dengan kemungkinan lebih lama [berbanding vaksinasi] berikutan terdapat tindak balas semula jadi.”

“Sekiranya anda memiliki antibodi [COVID-19] yang tersedia, seperti itu, anda perlu membuktikan bahawa anda memiliki antibodi tersebut,” kata Rahul Khandke, saintis Pfizer yang lain.

Namun, liputan media mengenai imuniti semula jadi kadang-kadang kelihatan dirancang untuk mempertikaikan kewujudannya.

Ketika melaporkan keputusan hakim mahkamah daerah untuk menyokong mandat vaksin Universiti California, Reuters menggambarkan perkataan “imuniti semula jadi” dalam nada menakutkan.

Seorang wanita memakai pelitup muka di Midtown Manhattan, New York pada 29 Julai 2021 (Gambar oleh Kena Betancur /AFP /Getty Images)

Imuniti semula jadi

Apa itu sebenarnya imuniti semula jadi?

Adakah mempercayai imuniti semula jadi itu wujud, atau ia melindungi anda dengan lebih baik berbanding vaksin, menjadikan anda “pendengar bumi rata” – atau adakah para penyelidik di Pfizer sendiri yang menyembunyikan sesuatu?

Imuniti semula jadi itu cukup mudah: Kerana ia adalah imuniti anda daripada mendapat apa-apa penyakit setelah pulih daripada penyakit ini, kerana sistem imuniti anda akan mengingati bagaimana untuk melawan patogen dalam kedua-dua laluan silang pada masa akan datang.

Dari segi terma teknikal, imuniti semula jadi melibatkan tindak balas imun adaptif. Oleh itu, ia berpotensi untuk merangkumi bukan sahaja antibodi yang dibebaskan sebagai tindak balas terhadap ‘spike protein’ tetapi juga ke atas antibodi lain, bersama dengan pelbagai sel memori B dan memori T – yang secara ringkas, jenis tindak balas meluas dan mendalam yang dijelaskan oleh Pfizer melalui Nick Karl dalam temu bual rahsia oleh Veritas itu.

Hakikatnya, vaksinasi bertujuan untuk meniru imuniti semula jadi dengan mempromosikan tindak balas imun yang dapat dikendalikan supaya tidak menyebabkan penyakit menjadi lebih serius.

Penjelasan CDC

Namun di sebalik fakta-fakta masuk akal ini, sumber web CDC mengenai imuniti dan vaksin semula jadi amat samar-samar dan boleh dipertikai agak mengelirukan – terbahagi persoalan mengenai keunggulan imuniti semula jadi atau rasa ketidakyakinan terhadap imuniti yang disebabkan oleh vaksin untuk menekankan bahaya (secara nyata dan serius) yang disebabkan oleh pelbagai penyakit di mana vaksin itu telah tersedia:

“Sebilangan golongan mempercayai bahawa imuniti itu diperolehi secara semula jadi – imuniti daripada penyakit itu sendiri – yang lebih baik daripada imuniti yang disediakan oleh vaksin. Walau bagaimanapun, jangkitan semula jadi boleh menyebabkan komplikasi yang teruk dan boleh membawa maut.”

Tanpa keterangan jelas, dan dengan kos yang nyata untuk kepercayaan dan pemahaman umum, CDC telah mengemukakan dua tuntutan berasingan:

Tuntutan pertama – jangkitan dengan COVID-19 membawa kepada lebih banyak risiko daripada vaksinasi, terutama ke atas individu yang lebih tua atau mereka yang obes – fakta yang munasabah, walaupun itu bukan fokus utama artikel ini.

Sekiranya benar, dicadangkan individu yang secara tidak sengaja dijangkiti penyakit ini untuk mendapatkan imuniti semula jadi.

Tuntutan kedua – imuniti semula jadi terhadap COVID-19 adalah lebih lemah daripada imuniti yang dihasilkan oleh vaksin – tidak dipertahankan untuk penelitian.

Disamping itu, ini adalah bertentangan dengan pengalaman kita ketika menangani penyakit di masa lalu.

Bukti

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Monica Gandhi, pakar penyakit berjangkit dari Universiti California, San Francisco (UCSF), dalam bebenang di Twitter yang menekankan jangka masa imuniti COVID-19, dengan merujuk artikel Nature 2008 yang menunjukkan mereka yang terselamat daripada pandemik influenza pada tahun 1918 masih dapat meningkatkan tindak balas imun mereka ke atas virus 1918 kira-kira 90 tahun kemudian.

Selain itu, dan seperti yang ditekankan oleh Senator Paul ketika menyoal Becerra, CDC menganggap imuniti semula jadi, termasuk kemungkinan imuniti semula jadi bagi mereka yang lahir sebelum 1957, sebagai pengganti vaksinasi campak yang boleh diterima.

Sejajar dengan itu, Peraturan Angkatan Tentera Amerika Syarikat 40-562 menyatakan jangkitan sebelumnya dan imuniti semula jadi yang seterusnya boleh menjadi asas alasan untuk mendapatkan pengecualian perubatan dari imunisasi – peraturan yang mana dua anggota tentera yang masih aktif telah memfailkan rayuan dalam tuntutan mereka terhadap mandat vaksin Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin untuk semua anggota pasukan tentera.

Hasil kajian awal dari Denmark yang diterbitkan dalam The Lancet pada bulan Mac 2021, memberi petunjuk akan nilai perlindungan selepas jangkitan.

Dalam kajian itu, yang melibatkan ujian ke atas 69 peratus populasi negara, jangkitan terdahulu didapati mampu melindungi seseorang individu dengan baik daripada mendapat jangkitan semula, walaupun ia menunjukkan kadar yang rendah di kalangan golongan lebih tua.

The BMJ terbitan bulan September melaporkan sebuah syarikat di United Kingdom yang membantu memberikan maklumat perubatan kepada pakar klinikal, meringkaskan beberapa penyelidikan yang lebih lama dan terkini, yang menunjukkan imuniti semula jadi sama atau lebih berkesan daripada imuniti yang dihasilkan oleh vaksin.

Satu kajian yang dibuat pada bulan April 2021 menekankan seluruh populasi Israel mendapati bahawa vaksinasi oleh vaksin Pfizer-BioNTech secara kasar adalah sama perlindungannya dengan jangkitan terdahulu.

Kajian pada bulan Ogos 2021 berdasarkan data dari Maccabi Healthcare Services dari Israel melangkah lebih jauh, yang menunjukkan jangkitan terdahulu dikaitkan dengan risiko pengurangan kemasukan ke hospital dan penyakit simptomatik daripada dua dos vaksin di kalangan orang yang tidak pernah dijangkiti.

Kajian dari Austria, Cleveland Clinic di Ohio, juga negara dan organisasi lain, serta kajian sistematik dan ringkasan penyelidikan terdahulu yang sama, telah menunjukkan gambaran yang sama: imuniti daripada jangkitan terdahulu adalah sama atau lebih kuat berbanding imuniti diperolehi daripada vaksinasi.

Lebih jauh dalam menggariskan sistem imun atau ketahanan tubuh terhadap jangkitan, satu kajian terbaru dari Finnish Institute for Health and Welfare di Finland menunjukkan antibodi pelindung kekal berada dalam kebanyakan mereka yang pernah dijangkiti COVID-19, yang bertahan selama lebih dua belas bulan selepas jangkitan awal.

Sementara itu, penyelidikan terbaru dari Israel dan Qatar mendapati kesan perlindungan vaksin mula berkurangan beberapa bulan selepas dos kedua.

Petugas kesihatan di Hospital St. Joseph di Orange, California pada 16 Disember 2020. (Gambar oleh John Fredricks/The Epoch Times)

Sijil dan mandat vaksin

Beberapa negara sudah mula mengakui kesan perlindungan imuniti semula jadi.

Seperti yang dilaporkan dalam Science, beberapa negara termasuk Israel, Perancis, dan Itali, telah memberikan satu dos berbanding dua dos vaksin kepada individu yang sebelumnya telah dijangkiti virus PKC (atau dahulu dikenali novel coronavirus).

United Kingdom sudah mengiktiraf imuniti semula jadi ketika mengeluarkan ‘pasport’ (sijil) vaksin mereka.

Di bawah program “Key to NYC” di New York, sebaliknya, sijil lengkap vaksinasi diperlukan oleh individu berumur 12 tahun ke atas untuk akses ke restoran, gimnasium, dan tempat lain yang hanya mengiktiraf vaksinasi.

Sementara seorang profesor dari Universiti George Mason (GMU) Todd Zywicki akhirnya mendapat pengecualian terhadap mandat vaksin oleh institusi itu atas alasan imuniti semula jadi, namun ramai individu yang cuba menentang mandat (wajib) vaksin memiliki nasib yang tidak begitu baik.

Pada bulan Ogos, Hakim Mahkamah Agung Amy Coney Barrett, yang merupakan lantikan Trump telah menolak permohonan darurat daripada para pelajar Universiti Bloomington Indiana yang mencabar mandat vaksin institusi itu.

Para pelajar dalam writ mereka menyatakan mandat vaksin universiti itu “tidak memasukkan pengecualian bagi mereka yang mempunyai imuniti semula jadi, termasuk mereka yang sebelum ini telah dijangkiti dan pulih sepenuhnya.”

Tinjauan mandat vaksin oleh The Epoch Times “tidak menemui satu institusi pengajian yang menawarkan pengecualian kepada pelajar yang telah memperolehi imuniti semula jadi,” sejajar dengan mandat yang dikeluarkan oleh pelbagai negeri dan kerajaan persekutuan.

Penapisan

Sekiranya imuniti semula jadi terhadap COVID-19 adalah benar dan signifikan, mengapa ia dijauhkan daripada menjadi perbualan dan dibahaskan?

Penapisan yang meluas, termasuk mendiamkan para doktor dan saintis yang berpengetahuan, mungkin dapat memberikan sebahagian daripada jawapannya.

Institut Brownstone yang bukan berasas keuntungan mendakwa laman web LinkedIn telah menekan kandungan institusi itu, termasuk menapis kata-kata daripada ahli epidemiologi dari Universiti Harvard, Martin Kulldorff di mana beliau berpendapat hospital tidak boleh memecat jururawat yang enggan divaksin yang telah memperolehi imuniti semula jadi.

Pengguna Facebook juga turut melaporkan penapisan atau ancaman penapisan kerana berkongsi kajian imuniti semula jadi dari Israel, video Project Veritas, dan kandungan lain yang berkaitan dengan imuniti semula jadi.

Iklim penindasan hak untuk bersuara berkaitan COVID-19 bukanlah perkara baru.

Sementara pemberi maklumat Facebook Frances Haugen, yang nampaknya tampil memberi nasihat penapisan yang lebih besar di platform itu, telah dihadapkan ke Senat dan muncul dalam rancangan “60 Minutes”, pemberi maklumat Facebook yang sebelum ini mendedahkannya dalam Project Veritas, Morgan Kahmann, telah dipecat kerana tindakan beliau yang berkongsi dokumen mendedahkan rahsia syarikat itu yang menapis kandungan dianggap akan mendorong “keraguan terhadap vaksin.”

Haugen telah meninggalkan Facebook pada bulan Mei tahun ini, walaupun profil LinkedIn belum menunjukkan bahawa beliau telah meninggalkan syarikat itu. Berdasarkan kemas kini GiveSendGo terbaru Kahmann pula, beliau kini masih menganggur.

Lebih membimbangkan, pekerja Pfizer dalam rakaman Project Veritas mencadangkan iklim penapisan dan penapisan kendiri telah membelenggu para penyelidik farmaseutikal itu sendiri.

“Oh Tuhan, saya menandatangani NDA [perjanjian kerahsiaan] untuk menentang ini,” kata Karl.

“Anda tidak membincangkan apa-apa yang mungkin melibatkan anda atau, seperti, Big Pharma. Walaupun anda menutup pintu pejabat, ia adalah seperti, siapa yang mendengar?” kata Chris Croce.

Gorila gunung tular di Congo ekoran swafoto disahkan mati dalam dakapan penjaga

0

Seekor gorila gunung di Congo bernama Ndakasi yang sebelum ini tular ekoran swafoto bersama renjer di Taman Negara Virunga disahkan mati.

Difahamkan bahawa gorila yang berusia 14 tahun itu menghidapi penyakit dalam tempoh yang lama dan keadaan itu dengan pantas menyebabkan tahap kesihatannya merosot.

“Dengan kesedihan kami mengumumkan kematian gorila gunung yatim piatu yang kami sayangi, Ndakasi yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan Pusat Senkwekwe, Taman Negara Virunga.

Lebih menyedihkan lagi apabila Ndakasi menghembuskan nafas terakhirnya di dalam pelukan penjaga dan rakan kesayangannya, Andre Bauma.

Gorila berkenaan ditemui ketika usianya 2 bulan apabila dirinya sedang bergayut pada tubuh ibunya yang kaku ditembak oleh militant bersenjata pada tahun 2007.

Andre adalah insan yang menenangkan Ndakasi pada malam pertama gorila itu diselamatkan dengan memeluknya. Semenjak daripada itu, Andre menjaganya sebaik mungkin.

Pada tahun 2009, Ndakasi kemudian telah dipindahkan ke Pusat Senkwekwe untuk tinggal bersama dengan gorilla gunung yang lain setelah pusat itu ditubuhkan.

Ndakasi tidak dibebaskan kembali ke habitat asalnya memandangkan keadaan dirinya yang agak rentan.

“Saya bertuah kerana berpeluang untuk membantu dan menjaga seekor makhluk yang begitu penyayang”.

“Sifat lembut dan pintar Ndakasi membantu saya memahami hubungan antara manusia dan spesies sepertinya dan mengapa kita perlu berusaha untuk melindungi mereka”, ujar Andre.

“Saya menyayanginya sama seperti menyayangi anak kecil dan personalitinya yang mesra sentiasa membuatkan saya tersenyum apabila berinteraksi dengannya.

Taman Nasional Virunga adalah ‘rumah’ buat beberapa gorila gunung terakhir di dunia. Jika digabungkan populasi spesies ini di Rwanda dan Uganda, hanya lebih 1,000 sahaja yang tinggal.

Manakala hampir 700 orang renjer di Taman Negara Virunga yang merisikokan nyawa bagi melindungi hidupan ini daripada konflik bersenjata di negara terbabit.