31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupDisangka aiskrim Malaysia banyak tergantung, rupanya kegunaan cecair pelbagai warna dalam plastik...

Disangka aiskrim Malaysia banyak tergantung, rupanya kegunaan cecair pelbagai warna dalam plastik kecil ini boleh runtun hati warganet

Orang kata dalam kehidupan kita mesti selalu bersyukur, walaupun dikurniakan rezeki yang sedikit.

Hargai segala nikmat yang diberi tidak kira kecil mahupun yang besar-besar lagilah kena bersyukur, dan jika perlu kongsikannya dengan orang lain.

Kerana kita maklum ramai orang di luar sana yang tidak mampu hidup dengan baik walaupun pada kadar yang sederhana dan cukup-cukup makan.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @AinulNunanaa yang cukup menyentuh hati.

Ainul memuat naik gambar yang memaparkan cecair di dalam plastik kecil yang digantung di hadapan sebuah kedai runcit. Plastik kecil ini biasa digunakan untuk membuat aiskrim Malaysia.

Twitter

Kelihatan cecair dalam plastik itu berwarna ungu, hijau, kuning dan hitam di dalamnya, tetapi hairan tidak pula disejuk beku seperti aiskrim Malaysia.

“Kisah ‘aiskrim tak boleh sejuk’ yang buat saya rasa sebak dan beri pengajaran hidup. Semalam terbaca kisah ‘aiskrim’ ni. Tengok gambar, tertanya-tanya kenapa ‘aiskrim’ ni tak letak dalam peti sejuk beku?” tulis Ainul.

“Rupanya… ini semua bukan ‘aiskrim’ yang macam kita sangka. Ini adalah penyelamat untuk mereka,” jelasnya.

Jelas Ainul, ini rupanya adalah cecair pencuci pinggan, kicap dan minyak masak yang mana setiap satunya dijual dengan harga mampu milik serendah 20 sen.

“Dynamo, Sunlight, minyak masak, kicap adalah susunan plastik dari kiri ke kanan yang mana setiap satunya bernilai 20 sen. Untuk mereka yang tak mampu beli 400 gram hingga 1kg untuk setiap kegunaan. Ya ALLAH, terjentik hati ni. Saya baca tu terus rasa macam Ya ALLAH, rasa bersyukur sangat!” tulis Ainul.

Tambahnya dalam ciapan itu, kita kalau hendak beli sabun, kicap, sebotol dalam RM4 ke RM7, boleh sahaja terus ambil dan bayar dekat kaunter tanpa perlu berfikir panjang.

“Nikmat yang kadang-kadang kita lupa untuk syukuri. Ada keluarga yang hanya mampu beli barang dapur dengan harga 20 sen untuk sekali guna. Atau kalau ada lebih, simpan,” tulisnya insaf.

“Rezeki kita adalah nikmat yang selayaknya dikongsi. Dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki orang lain. Kalau kita nampak RM10 kecil, sangat besar RM10 untuk satu lagi keluarga yang lain.” 

“Saya rasa bagus sangat tuan kedai buat opsyen macam ni. Dia sebenarnya sudah membantu orang lain dengan cara yang termampu. Semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan kedai yang jual barangan keperluan dalam kuantiti sedikit dengan harga yang kecil.”

“Semoga kisah ini juga jadi pengajaran untuk kita,” tulis Ainul.

Gambar Hiasan / Twitter

Difahamkan, barangan keperluan tersebut dijual dalam plastik aiskrim Malaysia ini oleh pekedai runcit tempatan yang prihatin dengan kesusahan orang lain.

“Dulu-dulu memang ada dijual sabun, syampu, kopi, susu pekat dan lain-lain lagi dalam sachet kecil. Sekarang tidak ada lagi di Malaysia. Tapi kalau pergi Indonesia, Filipina dan India, benda macam itu masih banyak dijual di kedai-kedai kecil di kawasan luar bandar,” tulis seorang pengguna Twitter.

Di samping kalangan pengguna Twitter yang lain terpanggil meninggalkan komen menyentuh hati:

“Buat masa pandemik ni kedai patut buat mcm ni. Sangat membantu. Insya-ALLAH benda baik mudah disebarkan.”

“Menjentik hati. Di kala kita pandang enteng bil barangan runcit di pasaraya ada yang berkira-kira membeli keperluan. Mungkin ada yang berkira untuk beli beras setengah kilogram di kedai Acheh. Pernah beli atau jumpa yang beli beras setengah kilogram? Sebaiknya dibantu jika boleh.”

Gambar Hiasan / Pixabay

“Kepada sesetengah orang, 20 sen itu besar nilainya, namun bagi sesetengah orang tertentu tidak diendahkan pun. Selalulah bersyukur apabila ALLAH memberikan nikmat.”

“Kita yang berduit masih bertengkar pasal telefon mana lebih canggih. Orang lain memikirkan macam mana hendak teruskan kehidupan.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI